Tuesday, October 22, 2024

Program Khidmat Masyarakat Surau Nur Hidayah Tampin

Assalamualaikum...

Dania bagi SA gambar dia join program khidmat masyarakat Surau Nur Hidayah, Tampin semalam . Program gotong royong bersihkan surau bermula dari 2 petang sampai 5 petang. Aktif betul kelab Dania joined ni...bagus aktiviti ini kerana khidmat masyarakat mengutamakan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti masyarakat setempat.

Jom tengok gambar..


Masa dalam bas baru nak gerak ke Tampin. Dari UCAM ke Tampin tak la jauh sangat..


Sampai- sampai je terus briefing..jangan buang masa lagi...buat kerja cepat


Sebelum aktiviti pembersihan start baca doa dulu..semoga dipermudahkan..



Start bersihkan surau


Bersihkan stor surau


Dania bersama AJK surau


Dah settle kerja, rehat dan minum petang, mereka di jamu dengan bihun goreng, kuih muih, tembikai, mangga dan banyak lagi...alhamdulillah rezeki..


Penutup program


mereka -mereka yang terlibat dan AJK serta Imam surau



Bergambar setelah selesai program.

Bagus aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat macam ni...SA memang suka...dan Dania memang dah didedahkan dengan aktiviti macam ni dari sekolah rendah.

Program Khidmat Masyarakat mampu
  • Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan  terhadap komuniti di persekitaran.
  • Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.
  • Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran.
  • Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.
  • Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
  • Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan

Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan secara berkumpulan dan berkala untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan pelajar- pelajar universiti.

Semoga aktiviti yang dilakukan mendapat manfaat yang baik kepada kedua- dua pihak yang terlibat iaitu para pelajar dan pengurusan surau.


8 comments:

  1. join program macam ni memang seronok. boleh tambah kawan

    ReplyDelete
  2. Memang bagus sangat program macam ni.

    ReplyDelete
  3. Aktiviti macam ni dapat menambah kenalan. Bagus Dania aktif begini.. :)

    ReplyDelete
  4. Good job Dania join aktiviti begini. Mesti seronok pergi dengan kawan-kawan.
    Last Sabtu masa akak pergi Pantai Remis pun ada student U buat khidmat bakti bersihkan pantai.
    Usaha yang murni cuma yang tak bagusnya pengunjung tu napa lah buang sampah merata-rata padahal ada je tong sampah disediakan.

    ReplyDelete
  5. Aktiviti yang sangat bagus dijalankan oleh pihak UCAM.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah