Assalamualaikum...
Lepas je sarapan di Mee Kari Udang Galah Route N9 Pedas/Linggi tu, suami bawak SA jenjalan Melaka. Santai- santai je la kami ke Melaka..buat hal betul kan..tapi sesekali dating macam ni memang best..trip Kuantan kami will be on Nov insyaallah...hujung bulan ni balik JB jap suami nak jumpa anak bujang dia...
Sampai je Melaka, panas terik..kami parking kat area kedai2 depan Kapal Samudera tu...eh ye ke nama dia Kapal Samudera..betul rasanya...malas nak google...slowly kami jalan ke Bangunan Stadthuys. Pelancong ramai betul masa ni...suami ajak masuk Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera ni...okey la..layankan aje..SA dan Dania dah pernah masuk sini..kita bagi chance kat suami...tak ramai pun yang masuk...
Suami seram tengok patung2 ni..macam hidup katanya...sabar je la...
Mana yanga ada patung- patung tu suami cakap seram betul kalau ada kat rumah 1-2 patung..confirm rasa macam patung tu hidup...masalahnya dah kenapa nak ada patung tu semua kat rumah...suami SA ni kan dia punya imaginasi tinggi betul...kalau letak kat rumah SA pun x berani...hahaha...
Lama kami habiskan masa kat dalam ni..selain menghayati sejarah, kami selfie la apa lagi..gambar selfie berdua x berapa banyak...so amik la gambar...nama pun short trip kan..healing pun ye gak sebab SA kurang rehat lately..
Kami amik gambar guna timer je...hehehe...kira aci la kan...selalu Dania ada...bila Dania ada x yah nak suruh2 dia akan pandai je amik gambar...most of the pic dia amik selalunya candid la...sesekali je gambar posing betul- betul..
Dalam pukul 11.30am kami kena keluar sebab Muzium tu tutup rehat solat Jumaat...awal betul tutup rehat..sebab masa nak keluar tu ramai nak masuk especially pelancong luar Malaysia...hampa je nampak muka diorang x bleh masuk..buka semula dalam pukul 2pm rasanya...
Tiket nak masuk sini yang kami bayar untuk SA dan suami sorang RM10. Kena bayar through MAE ye..Banyak tempat harga tiket dah naik kalau x salah...
Harga Tiket ( SA google)
Pelancong tempatan ( MyKad/ MyKid)
Dewasa: RM 10.00 / seorang
Kanak-kanak ( 7-12 tahun): RM 5.00 / seorang
Kanak-kanak (< 7 tahun): Percuma
Pelancong asing
Dewasa: RM 20.00 / seorang
Kanak-kanak ( 7-12 tahun): RM 10.00 / seorang
Kanak-kanak (< 7 tahun): Percuma
Waktu Operasi
Isnin-Ahad: 9.00 pagi – 5.30 petang
Lokasi : berdekatan dataran Stadthuys
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Masa lawatan: 20- 30 minit
wah..bestnya dating ke melaka...
ReplyDeleteWahhh... bestnya jalan-jalan ke Melaka
ReplyDeleteLama tak masuk museum nie...
ReplyDeleteSeram tengok patung2 tu. Kalau cukup sifatnya lagi la seram....macam hidup.
ReplyDeletejemput datang Kuantan kak...tapi kuantan dah masuk musim tengkujuh skrg ni
ReplyDeleteBestnya jalan2 Melaka. Datang Kuantan nanti roger2 ya.
ReplyDeleteNegeri Sembilan-Melaka dekat takpe lagi kan kak. Berkali kali datang sini tapi tak pernah lagi masuk dalam tu. Tengok pun dah seram patung-patung tu. Bersemut tengok gambar akak dan encik suami. Sesekali bermanis-manis gitu.
ReplyDeleteammi kalau amik gambar berdua ada je tak kena.. mata tak readylah. sorang elok sorang hauk mukanya
ReplyDeletesweetlah SA pakai tudung tu...
ReplyDeleteni yang sama dengan hijau kan.
Akak kan suka floral/pattern printed colour, tu yang suka nengok orang pakai tudung kaler2
Menyesal waktu ke Melaka saya tak masuk ke dalam museum. Memanglah kak SA, saya pun tak terpikir nak letak patung seperti ini dalam rumah 🤣🤣🤣. Horor macam. Malaikat pun taknak masuk nanti 😂
ReplyDelete