Friday, October 18, 2024

Late Lunch Di Warung Hutan Bangi

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua...

Masih lagi kisah last week...ada jugak citer2 lain yang x update lagi...2 hari ni SA bz sangat...nak bermaah mesra tinggalkan jejak kat rumah korang pun x sempat sangat..mana yang sempat je sesambil buat kerja...

Jom sambung..lepas dari sessi Physio tu kami berdua kan x lunch lagi so singgah la Warung Hutan Bangi ni...itupun masa mula- mula nak pi PhysioCare Rehab tu ternampak Warung Hutan ni ramai sanagt orang. Mesti ada sesuatu yang best kan..so SA dah ingatkan suami awal- awal..nanti balik kita singgah sini sebab SA nak makan mee celup...

Maka singgah la sini..parking sedikit susah ye...first come first served.



pintu masuk





Nescafe ais


Nasi bujang suami order walaupun dia bukan bujang


Sup untuk nasi bujang


Mee celup untuk SA, daging + perut muda


cili jeruk dan condiments yang lain

So menepati ke tak mee celup tu...

SA jujur ye...ikutkan ini bukan mee celup, ini lebih kepada mee sup..tapi dah rezeki setakat itu aje..terima la hakikat..boleh je SA makan..so misi pencarian mee celup sebenar untuk SA adalah GAGAL...

Tapi takpe..mereka ada je menu lain yang boleh dicuba nanti..ada ikan bakar, kerang bakar, sotong bakar dan macam- macam lagi. Ada colek yang campur2 tu...ada seafood goreng tepung dan ada jugak makanan yang dijual secara pakej. Antaranya jugak pakej untuk 4 orang, 8 orang dan lebih orang..adalah amount yang dikenakan untuk menu pakej, yang pada SA sangat reasonable dengan pilihan makanan yang menarik.

Korang nak cuba makan kat sini? 

Warung Hutan Bangi, 
Lot 1963, Jalan Gembira, 
Kampung Teras Jernang, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor

Telefon: 011-2124 6614

Lepas makan petang tu terus SA dan suami balik Seremban. Penat dan badan dah start x selesa lepas Physio...silap buat appointment hari Ahad...patut buat hari Sabtu so Ahad boleh rehat kan

10 comments:

  1. kiranya lps fisio bdn jd sakit2 effect fisio ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya memang macam tu...dia akan sakit dulu, lepas tu baru maken ok...

      Delete
  2. Listing menu2 lain tu meriah =D

    ReplyDelete
  3. mee celup yg sedap takat ni makan kat kedai tom thai. Kalo kat nilai ni, suka makan kat Wawa Seafood.

    ReplyDelete
  4. perut muda tu yang mengancam!

    ReplyDelete
  5. Warung dia menarik. Nampak dari rupa tu memang nampak lebih kepada mi sup. Kalau mi celup dia jernih dan gelap sikit kuahnya kan kalau tak silap saya. Banyak juga menu yang ada kat sini. Bakar bakar tu macam menarik juga untuk dicuba.

    ReplyDelete
  6. setakat hari nie, mee celup pernah jumpa sedap dekat melaka, memang kedai thailand..somtam pun sedap situ

    ReplyDelete
  7. mi celup tu buat sy terus rasa laparrrrrr

    ReplyDelete
  8. Saya jadi penasaran seperti apa mee celup yg sebenarnya . Mee yg terlihat di foto ini pun dah nampak sedap 😍.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......