Thursday, October 24, 2024

Dania Joined Program Khidmat Masyarakat Secangkir Kasih

 Assalamualaikum..

Hari ni Dania joined program khidmat masyarakat Secangkir Kasih di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Duyong Melaka..

Lawatan amal kebajikan diadakan oleh pelajar di bawah subjek MPU 3412 untuk tajuk khidmat masyarakat bagi memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada pelajar, serta menanamkan rasa simpati dan kasih sayang kepada penghuni rumah kebajikan yang terpilih.  Seramai 31 pelajar  mengambil bahagian dalam aktiviti lawatan ini.

Villa Harapan ini adalah rumah perlindungan yang disediakan bagi penghuni yg mengalami kecacatan mental dan terdapat juga warga tua.




sessi senamrobik membabitkan pelajar dan penghuni Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan.



Aktiviti mewarna


Bermain Dam Aji.



pelajar yang terlibat dalam program ini..


Antara aktiviti semasa lawatan ke rumah perlindungan atau kebajikan adalah perluada aktiviti  yang menyeronokkan antaranya mempelawa mereka menyertai permainan yang menyeronokkan. Bawalah bersama permainan seperti jigsaw puzzle, dam ular dan sebagainya agar pelajar mempunyai sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama dengan mereka.

Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi turut menyingkirkan rasa sedih dan kesunyian yang dialami oleh penghuni rumah kebajikan sekali gus mengubati kerinduan mereka kepada keluarga mereka.

Secara kesimpulannya, program yang dianjurkan sangat bagus dan pengalaman ini bukan sahaja mempamerkan komitmen para pelajar  terhadap kerja komuniti tetapi juga meninggalkan kesan yang berkekalan kepada pekerja rumah kebajikan dan semua penghuni di rumah kebajikan tersebut.

SA percaya melalui program khidmat masyarakat ini, ianya sangat berpotensi bukan sahaja membawa senyuman ke wajah penghuni rumah kebajikan tersebut tetapi juga mencipta kenangan yang berkekalan untuk pasukan pelajar yang terlibat.

2 comments:

  1. Aktiviti kesukarelawanan ni memang bagus. Boleh masuk dalam resume nanti.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah