Monday, October 21, 2024

Bukan Benci..Tapi Sudah Kecil Hati...

 Assalamualaikum..

Korang pernah rasa macam ni tak? Atau pernah terjadi dalam kehihupan korang? SA sedang laluinya...bukan masalah rumahtangga tapi lebih kepada masalah pergaulan di tempat kerja..

Apa yang SA buat adalah menjauhkan diri dari terlibat dalam permasalahan macam ni..SA rela sorang-sorang dari rasa atau makan hati..dh tua2 ni nak tenang-tenang aje kan...penat sebenarnya melayan karenah orang macam ni...tapi seeloknya elakkan diri dari rasa sakir hati...kalau orang x ajak pergi mana- mana..x perlu sibuk nak pergi..buat hal sendiri je...

Perkongsian dari pemilik FB ni menarik perhatian SA...sedikit sebanyak kena dengan apa yang SA hadapi..

Jom baca..



Kita kalau sudah tersinggung dengan kata-kata orang, jangan kata mahu menyapa, pandang muka dia pun rasa malas. Bukan benci tapi sudah kecil hati. Orang yang biasa merendahkan kita, biarlah mereka. Tak perlu kita rasa tersinggung, apatah lagi merasa sedih. Yang penting kita tetap yakin dan tidak merasa rendah diri.

Orang yang selalu mencari kekurangan dan kesalahan orang lain, tidak akan pernah menemukan kekurangan dan kesalahan dirinya sendiri. Jika kita dinilai baik ya Alhamdulillah, dinilai tak baik.. takpe, terserah. Semua yang hadir dalam hidup kita memiliki peranan masing2. Entah mereka memberi kita kebahagian atau memberi kepedihan.

Dalam berbagai hal tidak semua orang akan menyokong, menyukai atau pun membantu. Sebahagiannya suka menghalang dan ada yang menghina tanpa sebab kita ketahui. Inilah hidup, kita tidak boleh memaksa semua orang agar menyukai kita. Kita tidak mampu menutup mulut orang lain yang berkata buruk. Apa yang mampu kita lakukan adalah menutup kedua telinga dari perkataan yang menyakiti.

Memaksa diri agar disukai semua orang itu sangatlah melelahkan. Maka, jadilah diri sendiri walaupun tak banyak yang menyukai, hingga kita menemukan yang menyukai kini dan nanti tanpa tapi. Jauhi orang yang membuat kita kecewa. Berhenti berusaha menyenangkan orang yang tidak pernah menghargai. Semakin kita menjauhi yang meracuni jiwa, kita akan lebih sihat.


Kredit: Rohana Saad


11 comments:

  1. bila dah usia 40an ni, malas nak besar besarkan perkara... chill sudah.. tak suka kita, takpe... kita buat macam biasa je.. tapi takde lah nak mengendeng kat dia lagi dah

    ReplyDelete
  2. Dulu I pernah berkecil hati dgn org tapi tetap juga dipaksa oleh sesorg utk get along juga dgn org tu seolah2 I pula yg salah. Skg bila dia sendiri terkena, dah tak ckp apa. 🤣🤣.

    Sometimes, being forced into uncomfortable positions makes it harder to navigate our feelings, but eventually, people get their dues. 🤭

    ReplyDelete
  3. Betul. LeYa pernah merasainya. Ya... LeYa abaikan saje kata-kata buruk tu. Buat hal sendiri. Dtg kerja, buat kerja, time balik, terus balik.

    ReplyDelete
  4. Naseb lah skrng dok opis berdua je... Takde lah nak terasa2.. Tapi, dari dulu pun memang jenis tak kisah, org nak ajak.. Org ajak.. Org tak nak ajak, kita p lah sendiri..

    ReplyDelete
  5. Sekarang fasa tenang² je.
    Ada ex office mate ni sampai sekarang lah toksik nya. Kalau dalam grup whatsapp masihlah nak buruk² kan company.. dia tak sedar kat dalam tu masih ada yang cari rezeki. Malas melayan orang yang gitu.

    ReplyDelete
  6. Kannn bila dah kecil hati ni kita buat acuh tak acuh la jawap nya..

    ReplyDelete
  7. Nasib baiklah kawan2 wak ramainya haiwan2 dan pokok2 sahaja.

    ReplyDelete
  8. Agree kak. Di usia sekarang, kita pikirkan saja kebahagiaan diri sendiri dan keluarga inti. Tak payahlah ikutkan apa yg Orang2 suka. Kalo mereka tak suka dengan kita, trus kenapa?

    Memang tak akan bisa menyenangkan hati semua orang. Kalo tak cocok dengan circle mereka, better kita jauhi. Demi kewarasan pikiran sendiri.

    ReplyDelete
  9. at our age now, kita fokus utk tenang2 ajer..abaikan/put aside apa2 yg buat kita sakit hati etc

    ReplyDelete
  10. Dulu2 selalu kecil hati.. sekarang malas nak layan.. kita bina cerita kita sendiri. happykan diri sendiri. kalau kecil hati selalu lama2 jiwa mati.. diri sendiri yang rugi

    ReplyDelete
  11. Mana2 pun ada, memang terkesan perasaan. Tapi bila makin berusia, better put aside, tak pasal2 kacau mental health kita. Kita, mind our own business je lah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah