Monday, October 28, 2024

Bekal Nasi Putih & Kari Kambing 40 Hari

Assalamualaikum...

Hari ni SA bawak bekal ye...semalam on the way balik dari JB, suami ikut jalan dalam konon nak singgah Restoran Kari Kambing 40 hari tu..tak pernah singgah lagi..sekali sampai penuh ngan mat- mat motor. Cuaca dah la panas..sudahnya SA mintak suami tapaukan lauk kambing je..satu pek RM11 so suami beli 2 pack kecik je bekas taufufa tu...beli satu kang takut tak cukup..dia tau bini dia suka makan kari kambing..

SA sedikit confuse pasal kari kambing 40 hari ni...Kambing tuh perap 40 hari ke? umur kambing 40 hari baru sembelih? mustahil!! banyak versi yang diaorang cuba cerita dari media sosial, buah mulut orang dan sebagainya. Namun pemilik sebenar kedai kambing 40 hari ini mendedahkan bahawa maksud kambing 40 hari ini ialah keluar 40 hari. kiranya orang yang keluar dijalan Allah (tabligh). Sejauh mana kebenarannya SA x tau tapi SA jumpa penjelasan di google oelh pemilik restoran. Pengasas restoran ini menjelaskan nama 40 hari itu diambil daripada sirah para Nabi yang banyak membabitkan angka 40. Katanya, ia termasuklah peristiwa Nabi Yunus AS yang berada di perut ikan selama 40 hari dan Nabi Ibrahim AS berada di dalam api juga selama 40 hari.



Nasi ni SA bawak dari rumah..bukan guna nasi arab yang diorang jual..SA hanya beli lauk je..


Ni la kari kambing 40 hari tu...

Sedap tak?

Sedap dan kena la kat tekak SA...

Yang x kenanya SA dapat banyak tulang dari daging, korang boleh nampak dari gambar tu kan.....itu yang x best, daging rasanya x sampai 3 slice kecik je..selebihnya tulang je..sedih oii...nasib baik ada satu bekas lagi kat rumah..balik nanti la makan, hope yang tu ada la daging nya.....suami memang x makan kari kambing..dia x berapa suka...

11 comments:

  1. Harganya pun murah, RM11. Rupanya penuh tulang.

    ReplyDelete
  2. Alahai banyak tulang je ye rugi pulak bayar harga tulang. Ada hari tu tengok kat tv sejarah nama 40 tu tapi tak ingat dah. Hihi

    ReplyDelete
  3. Ohhh JD bukan kambing 40 hari dipotong kan. Kasian pula saya tengok . Masih baby...

    Nampak sedap, tp kalo banyak tulang, aissh kecewa memang 😔.

    ReplyDelete
  4. Daging kambing kalau dipanggang/ bakar tekak saya boleh terima.. Kalau masak lain, seperti kari, saya tak biasa makan.

    ReplyDelete
  5. Gamaknya pelayan main ceduk je tak tengok apa yang diisi.

    ReplyDelete
  6. Kita kalau ke sini suka makan nasi arab ayam.

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap, tapi banyak tulang ya. Lalu few times dulu, asyik ramai je beratur. Tak jadi.

    ReplyDelete
  8. MZ pun suka kari kambing, boleh geng dgn SA

    ReplyDelete
  9. kengkadang gitulah bila beli kat luar...rasa macam tak berbaloi bayar mahal tp dapat makan tulang je

    ReplyDelete
  10. Minggu lepas masa gi Johor Kambing 40 Hari ni dah masuk itinerary ...last minutes tak jadi...kuciwa🤭

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......