Wednesday, October 9, 2024

Bekal Lunch SA Hari Ini

Assalamualaikum...

Setelah berhempas pulas turun tangga dan tunggu giliran naik semula ke office, setelah berpanas..secepat mungkin nak naik atas sebab nak aircond..panas betul hari ni...tapi sekarnag dah mendung plak..

SA macam biasa bawak bekal hari ni...balik kerja semalam SA siapkan bahan...pukul 4am tadi SA masak...masak nasi, masak lauk dan siapkan sandwich untuk suami..hari ni dia nak bawak sandwich aje..senang je kerja SA..SA memang bangun 4am siapkan semua ni..hari- hari...harap akan berterusan..Jumaat je cheating day so x bawak bekal.

Jom tengok apa SA bawak..


nasi sesenduk lebih skit..


Ayam goreng berlada, x pedas sebab SA guna cili besar


Kangkung goreng kicap kipas udang...sedapppp....


Buah jambu seedless..

Alhamdulillah kenyang...

Takde la lambat sanagt SA makan hari ni..SA makan pukul 1, pukul 12.30pm tadi SA pi Sam Grocerries beli stok buah...SA beli betik dan epal hijau 4 biji...cukup lah stok minggu ni...betik tu SA dah siap- siap potong dan masukkan dalam bekas...simpan dalam fridge office untuk snacking esok plak..betik bagus untuk pencernaan dan ia juga kaya dengan antioksida, vitamin serta mineral yang membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan garis dan kedutan kulit.

Siapa nak kulit sihat dan cantik..jom makan betik... 


11 comments:

  1. sedapnya semua..alhamdulillah
    hari ni ayu makan betik

    ReplyDelete
  2. sedap bekal dia, akak ni rajin la macam akak mummy ayu, hari2 bawak bekal

    ReplyDelete
  3. Cerita pasal betik, balik dari menoreh siang tadi kami cari betik tapi banyak gerai tak jual betik. Akhirnya terus ke pasar, jumpa betik. Cuma lima biji jew ada. Itu pun mengkal. Beli kesemuanya sekali. Hairan juga, betik yang senang dijumpai hari ini tak ada pula.

    ReplyDelete
  4. Buah jambu seedless tu lama tak makan.

    ReplyDelete
  5. Saya pun sukaaaa sangat betik. Apalagi mudah didapat kan. Harga pun tak mahal. JD memang buah paling sering dibeli ya betik ini 😄

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa ayam goreng berlado👍👍👍

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah