Thursday, October 31, 2024

Main Masak-Masak Di Hari Deepavali

Assalamualaikum...

Asalnya nak masak Kari kambing sempena Deepavali...tapi malas nak pi pasar..next time la beli kambing...

Tengah lepak lepas sarapan...

Dania : Ma...what are we gonna eat today
Me : Don't know..what you wanna eat? We only have chicken in the fridge 
Dania : Grilled chicken can?
Me : Can...but not enough item..
Dania : simple2 sudah...
Me : wokay..let's cook...

Makan kami dua beranak masak la sama-sama..SA ajar Dania marinade ayam...Kali ni Kami marinade guna roasted kewpie...tambahan bahan sis tiram, mintak bijan, sos cili, sos tomato dan secukup rasa. Perap 1 jam..

Sementara tu SA goreng Sayur Dan buat sup ayam simple ala-ala sup kosong nasi ayam.


Marinade dan simpan dalam fridge


Keluarkan dan sedia untuk dibakar..bakar pada suhu 180° selamat 30 minit


 Wow...nice Kan...juice Dari ayam keluar so SA balikkan ayam..siram sis yg sedia Ada keluar Dari ayam tu dan bakar semula 20 minit...


SA tumis sup ayam


Sup ayam dh siap


First round


Sayur book choy goreng


Sambal sardines sarapan pagi td cicah cekodok


Alhamdulillah..

Sesi main masak-masak dengan Dania berjaya...seronok...

Dania cuti study week...so seminggu ni dia akan ada kat rumah la..best la SA..Ada geng...

Kami Complete Minggu ni...

Assalamualaikum...

Akhirnya kami complete family...yeay..cuma Khalaf je xde...so kami je la 3 beranak...semalam lepas balik kerja kami keluar ke dobi...dobi baju kami suami isteri...then keluar pinisi minyak dengan lepak kat Imani Seafood...kedai toye..hahaha...

Suami x nak makan..SA plak macam biasa nak hirup tomyam..Dania pun sama hirup tomyam merah..macam dah lama sangat x lepak sama-sama...



Minuman kami..

Makanan kami..no nasi at all..only tomyam ni je...

Air barli lemon...

Kesian dia penat...dan sedikit stress sebab cuaca panas..

Tgok la tu dia buat muka cenggitu..

Muka mengantuk

Tomyam putih memang the best so far kat sini compared other kedai toye 


Tomyam.merah sedap..SA suka...cukup segala rasa..
 

Semalam cuaca panas kan...

Sampai ke malam panas....

Lepak pun kejap aje...kul 10 lebih kami balik...baju pun dah siap kering dah masa ni.. 

Cerita Didalam Kasut Kita Semua Memangnya Takkan Pernah Sama.

Assalamualaikum..

Happy Deepavali kepada semua yang menyambutnya...cuti hari ni tapi esok kerja..korang mesti ada yang pi bercuti, glamping, camping dan jalan-jalan kan..SA x kemana la..Pak Zain x sihat...

Jalan-jalan FB terjumpa cerita ni...allahu sedih..x tau la sekadar cerita atau kejadian benar..SA share kat sini untuk perkongsian kita bersama..kalau SA tau siapa dan ini real story..Nak SA tolong anak kecil ni...


Jom Baca

👇👇👇

Beberapa bulan lepas Amanda balik dari sekolah bercerita tentang seorang kawan dia yang waktu rehat tak ada kerja lain kecuali mengepaw makanan kawan-kawan.

Let's name her Dhamira.

Yang bermaksud jiwa. ❤️

Amanda kata dia perasan yang si Dhamira ni memang tak membeli dikantin. Cuma makan sesudu dua dari makanan kawan A dan kawan B. Sekadar cukup untuk mengalas perut.

Kesian agaknya, satu hari anak den tu beri seringgit. Berlari budak tu ke kantin tapi rupanya cuma beli air. Dahaga amat barangkali.

Mereka berdua tak berkawan. Masing-masing ada geng sendiri cuma Amanda ni ada sedikit menurun Kak Eli yang suka memerhati dan mudah simpati. Sebijik sama perangai yang ini. 

Lepas dengar cerita, mak seperti biasa tanya seribu soalan dulu. Suruh Malaeka siasat rupa paras budak ini sebab Amanda ni kadang-kadang tak boleh dipercayai. Suruh dia terangkan rupa buku teks pun dekat 2 hari baru dapat jawapan inikan pulak nak menyoal orang kan?

Malaeka kata tak boleh sebab macam tak berpeluang nak jumpa. Sebab waktu rehat tahun 4 dan tahun 1 tak sama. Waktu balik pun berbeza dan jarang sekali mereka berselisih sesama.

Okey tak apa.

Bermula esoknya, Amanda diminta oleh daddy dan mommy bawa duit lebih ke sekolah. Setiap waktu rehat dia kena pass duit itu pada Dhamira tanpa culas. Oh mereka berdua lain kelas jadi waktu rehat dikantin adalah tempat pass duit.

Jadi yes, kami menanggung anak orang yang kami langsung tak kenal siapa dan entah apa cerita disebaliknya. Eh ini bukan cerita riak tau sebab bukan banyak mana pun belanja kantin sekolah rendah tu. Dan ianya langsung tidak membebankan. 

Ia lebih kepada mendidik Amanda supaya lebih empati, penuh rasa belas, memahami bahawa setiap kasut itu tidak sama ceritanya. 

Kadang ada juga report dari Amanda, 

'Mommy, hari ni Dhamira tu tak datang.'

'Mommy, setiap hari Dhamira tunggu Amanda.'

'Mommy, dia tak pernah beli makan cuma air.'

'Mommy, dia masih makan makanan kawan.'

'Mommy, lepas cakap tu dia dah beli makanan.'

Ada sehari tu Amanda balik sekolah dengan muka cuak. Bila ditanya,

'Mommy, Amanda terlupa nak bagi duit pada dia hari ni sebab kedai koperasi jual buku nota cantik jadi Amanda pun beli guna duit tu'

🙄

Terlupa lah sangat.

Jenuh dia kena bebel hari itu. Mak bilang kamu boleh beli di koperasi tapi jangan guna duit Dhamira. Guna duit sendiri kalau tak cukup tahan dulu dari membeli. Balik rumah beritahu daddy dan minta duit seringgit extra esoknya.

Selepas hampir 4 bulan, ada satu hari tu Kak Eli dan suami jemput lambat dari sekolah. Amanda dan Malaeka meluru datang sambil cakap' mommy itu Dhamira!'

Polos.

Wajahnya seperti kanak-kanak lain. Bersih tiada dosa. Kak Eli turun dan datang pada dia yang berdiri seorang diri di kantin. Tunduk dan pegang kedua tangan dia sambil dongak bertanya. 

Tunggu siapa?

' Mama.'

Mama kerja dimana?

' kilang'

Rumah dimana?

'kampung ***'

Dhamira dapat tak duit Amanda beri hari-hari?

Angguk.

Okey. Kamu beli makanan tau. Jangan minta makanan kawan lain dah. Kalau tak cukup bagitahu Amanda ya?

Angguk. 

Kemudian jangan beli air manis. Sirap oren sarsi semua tu tak mau. Minum air kosong aje bawa dari rumah. Baru kita sihat. Kenapa tak bawa bekal air? 

'Mama kata tak ada duit nak beli bekas.' 

Kenapa kamu tak bawa duit belanja?

'Mama kata belum gaji.'

Papa ada?

'Ada. Tak kerja. Tengok tv dan jaga adik dirumah'.

Kak Eli tak tanya apa dah. Beri satu pelukan dan gosok belakang badan dia kemudian say bye-bye.

Berat dugaan keluarga kamu Dhamira tapi inilah kehidupan. Situasi kita setiap satu tak pernah sama. Jalan cerita kita juga berbeza. Tak semua perjalanan hidup itu seindah kisah. 

Dan sebab itu andai orang seolah tak faham bahawa jalan hidup manusia itu tidak sama kemudian pukul rata dengan menuduh kita malas, tak cukup banyak berusaha, bertenang itu perkara membuang masa, sesungguhnya tolong lah doakan orang itu.

Kak Eli cari 2 kawan yang juga cikgu di sekolah itu dan mungkin mereka dah cek details agaknya, minggu lepas Amanda kata Dhamira dah dapat makanan RMT. Syabas cikgu kerana sungguh cemerlang! 

Alhamdulillah.

Tak perlu lagi Kak Eli susah hati risau budak itu masih mengepaw makanan orang, tak perlu lagi menahan kelaparan andai kawan kedekut untuk berkongsi, tak perlu lagi menunggu-nunggu Amanda di kantin.

Semalam kami ke kedai dan minta Amanda pilihkan botol air untuk Dhamira. Nanti boleh beri pada dia dan pesan setiap hari bawa bekal air sendiri ke sekolah. Cakap juga 'mak saya pesan jangan minum air manis!' 

Tahniah Amanda kerana di umur belum pun masuk 7 tahun tapi sudah cemerlang menjalankan tugas beberapa bulan ini. Harapnya ia membawa sehingga kamu dewasa. Semoga setiap langkah itu kamu akan sentiasa menoleh melihat kesusahan orang lain dahulu.

Berfikir itu baik.

Kerana berfikir adalah pelita hati.

Doakan Dhamira sang jiwa itu juga cemerlang dan berjaya. Kamu akan menjadi salah seorang pemegang panji kejayaan dan jiwa yang menjadi pelopor untuk berusaha sebelum berserah menerima takdir. 

Cerita didalam kasut kita semua sememangnya takkan pernah sama.

Wednesday, October 30, 2024

Lunch Beli Nasi Goreng Aje...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Ada yang kerja ke hari ni? Yang staff indian semua cuti dah so office agak lengang..malas nak kelaur jauh- jauh...terus SA pi tapau je kat food court bawah office ni...ntah bila la agaknya penyakit MALAS ni akan keluar dari badan SA..


 tak ramai yang tau...


SA beli air barli panas


Ayam goreng


Nasi goreng...


Alhamdulillah....

Kenyang...

Dan SA dah bangun dari tido...dapat tido 1/2 jam tadi...hahahaha...dengarnya ada pelepasan balik kul 4pm...tapi x semua department plak...eh..eh.....nak kena ni....

Akhirnya Dapat Makan Di Hua Mui JB

Assalamualaikum...

Semalam 2 entry je kan..sebab semalam banyak sangat makan sampai nak angkat mata pun x larat...lepas tu ada terasa hati skit tapi takpe just move on..so hari ni kita kembali dengan mood ok..SA nak citer tentang JB trip baru ni...

Sebelum check in hotel kami berdua pergi makan di Hua Mui JB, Hua Mui merupakan restoran atau kopitiam lama. Hua Mui sangat popular di kalangan orang- ramai x kira agama apa since 1946. Singaporean pun suka makan kat sini. Bab halal pulak korang jangan risau sebab Restoran Hua Mui sekarang sudah pun mendapat sijil halal yang sah dari JAKIM Malaysia di mana dari daging, sos dan kesemua bahan makanan dibuat dan dihantar ke kesemua cawangan. Hua Mui boleh jugak didapati di aplikasi Grabfood dan foodpanda.

Sebenarnya dari awal perkenalan dengan suami, memang dah banyak kali nak makan kat sini tapi always full house..suami cakap Hua Mui merupakan well known Hainanese restaurant di JB



Ni la Restoran Hua Mui, orang JB tau la ni..




Kami berdua makan di tingkat atas...memang very old school suasananya


Buku menu


Suami ajak makan chicken chop or chicken grill tp SA sebagai peminat noodles nak makan mee goreng



Banyak pilihan makanan dan semuanya nampak sedap


Dari hp suami




Suami salah order noodles SA...SA nak beef tapi dia order chicken...kena jeling ngan SA...


Nasi goreng kicap suami punya


SA amik passion fruit, suami setia ngan kopi ais dia..kopi ke nescafe?


Sebab nampak cili jeruk ni tu yang SA nak makan mee goreng


Order kami..


Candid photo


Dah jom balik


Kasut tu buat kaki SA sakit melecet...lepas tu bag anyaman mengkuang tu baru beli kat Melaka baru- baru ni...


So far okey la makan kat sini...sepanjang SA makan kat sini...boleh dikatakan ramai yang masuk dan naik tingkat atas ni...pelanggan silih berganti...dan kebanyakkan order Hainanese food..next time boleh la repeat lagi..itupun kalau tak beratur panjang...

Lepas makan tu kami terus check in hotel dan citer dah publish awal di SINI

Hari ni SA busy arrange travel boss dan colleague ke Oman..so maybe sedikit lambat publish entry lain ye...

Tuesday, October 29, 2024

Terima Kasih Boss...

Assalamualaikum...

Aduhaiiiii...acaner ni...X Kan nak tolak plak pemberian boss kan..hahaha...dia pun satu hal x mention pun kat kami nak bagi breakfast...wife dia buat nasi lemak rupanya..so dia bawakkan untuk kami sekali... alhamdulillah rezeki...cumanya SA tadi pagi dh makan mee goreng mamak...Lepas tu tengahari nak makan banana leaf kat Brickfield bawah ni...nak jenjalan bazar Deepavali kat little India...aduhaiiiii....sabar je la...Rasa smabal nasi lemak sedap plak...lepas tu dia bagi extra kacang dan ikan bilis...Memang best la kan.....

Last2 habis dah...hahahah...sambal sedap oiii.....



Nasi lemak masak penuh kasih syg ni..by wife En Hedzuan


Ini paling best..


Buah ni semalam SA beli lagi..


Nampaknya kena berpada- pada la kat Brickfield jap lagi...x tau la larat ke x larat nak makan kat Banana Leaf...kalau x larat meratah lauk je la..hahahaha...boleh erk mcm tu...

Sekarang....at this time...mata SA dah berat...

Sape nak tolong ni...

 

Birthday Treat For Khalaf Zikri At Carl's Jr Sogo The Mall, Mid Valley Southkey JB

Assalamualaikum..

Hari ni kan...pergi kerja kononnya nak naik bas sebab suami ada kerja kat Nilai...sekali...bas takde..bukan xde maybe lambat kot...SA call suami semula suruh amik and mintak hantar ke opis..hahaha....memang rosak la diet IF dia...kami sarapan kat kedai biasa kat Bangsar...makanan pun repeat biasa so tak yah la up citer sebab gambar sama je..

So hari ni kita citer birthday treat untuk anak tiri SA, Khalaf Zikri...of course la belated birthday..birthday Khalaf pada 17 September..sama bulan lain tahun dengan kakak Dania. Jalan jammed macam biasa la nak pi Mid Valley Southkey tu...punya la lama...dah la amik Khalaf hari Sabtu kan...esoknya nak sekolah dah..so tak leh nak keluar lama- lama...



Memang payah la nak masuk parking...banyak betul kereta


Kita selfie la dulu


One more snap..


Sampai je cari Carl's Jr lepas tu terus order...order ikut birthday boy, mama dan babah memang x order pape..odd on air je...


Nasib air unlimited refill, bayar sekali je


Dah besar dh budak ni...banyak benda kena ubah...no more childdish..suara pun dah berubah jadi dewasa





Semua yang dia order...kami cubit2 sikit-sikit je...sebab mama dan babah dah kenyang makan kat Hua Mui

The rest korang tengok gambar la ye..resit pun hilang dah..so x ingat nama makanan yang kami order..









 

Alhamdulillah...

He really enjoyed the food...maaf sebab tak dapat nak lama- lama. Next time mama dan babah balik lagi...insyaallah bulan 12 nanti...lepas mama x busy dengan Family Day company...jenuh la busy bulan 11 ni sebab tetiba jadi AJK plak..kitonya malas tapi terpaksa...hahaha...