Tuesday, October 1, 2024

Bekal Hari Ini

Assalamualaikum..

Dah pukul 3pm baru SA nak update bekal hari ni..actually  SA baru lepas makan..sibuk skit hari ni...

Sebenarnya SA masak lauk-lauk ni malam tadi...sempena enyambut kepulangan suami SA officially pindah ke Seremban. No more PJJ/LDR dah...kami menjadi complete family dah...tinggal SA, suami dan Pak Zain. Dania kat UCAM..weekend baru complete family..esok officially  SA akan ke tempat kerja di hantar dan dijemput suami..sementara suami blom start kerja baru, suami akan buat grab dulu secara part time di KL..

Udang harimau sambal petai..SA buang kulitnya supaya senang suami dan PZ nak makan..


Ikan cencaru goreng kunyit hidup + bawang putih


Sayur bokchoy goreng



Ni plak bekal SA hari ini..left over dari lauk malam semalam...

Nasi sesenduk aje

Sambal udang petai 


Sayur bok choy

Buah lai aje...


Alhamdulillah  rezeki hari ini...

Ikan tu malam tadi habis dah ...sekarang ni SA masak ngam ngam aje..supaya xde berlebih..SA balik kerja memang rehat kejap, lepas mandi and solat SA akan terus masak..sekarang waktu tido SA pun dah berubah..dari 9.30pm ke 10.30pm..basuh baju dan pagi sblom gerak  pi kerja SA akan ampai..x nak bagi PZ buat kerja dan banyak bergerak..kesian dia sekarang makan pun SA kena banyak study apa yang boleh dan apa yang x boleh...banyak yang x boleh dari boleh nampaknya so dia kena la ikut..x leh main belasah aje..

Jumpa lagi next entry esok ye...


Happy National Coffee Day

Assalamualaikum...

Hi korang...

Happy National Coffee Day!!!

Sejak Zus dh ada kat bawah office ni almost every day SA order CEO Latte pepagi...hehehe...

World coffee day ni adalah untuk mempromosikan dan meraikan kopi sebagai minuman dan acara ini diraikan di seluruh pelosok dunia Tarikh rasmi pertama adalah pada 3 Oktober 2015 tetapi ianya diraikan secara globally pada 1 Oktober bagi menghormati salah satu minuman kegemaran yg menawarkan lebih daripada sekadsr caffeine boost.



Korang dh dapatkan coffee korang hari ni?


Mine....


Happy National Coffee Day semua..

Sekarang SA dan coffee berpisah tiada....

Seminggu  2-3 kali mesti minum coffee....suami jeling je....


Pemenang Top Komentator September 2024

Assalamualaikum...


Goodbye September Welcome Oktober!!!!..please be nice to us sepanjang bulan Oktober ni..tapi hari ni SA nak umumkan pemenang top Komentator September ye....as usual la..

Lambat skit up entry hari ni sebab busy meeting...ni baru ok...



Tak nak lengah masa lagi...SA sedikit busy hari ni...

Sebelum tu SA nak maklumkan macam biasa, SA memang akan memilih pemenang yang berlainan setiap bulan..SA akan pilih pemenang lain setiap bulan supaya SA berlaku adil dan konsep yang SA jalankan selama ni adalah semua merasa dan no repeated winner.

Pemenang untuk bulan September tak lain dan tak bukan dari tangga kelima...Tahniah buat Sheila Arshad atau Ammi..terima kasih sebab sudi komen banyak2 kat semua entry SA..thanks for your effort..kepada yang tak menang..jangan patah semangat..Contest ini diteruskan lagi untuk mencari pemenang Okt pula..so korang dh boleh terus komen sampai lebam..bukan tertakluk kepada entry baru 2024 sahaja malah entry lama2 pun boleh komen..

Selamat mencuba..

Kepada pemenang sila emailkan detail anda kepada Suriaamanda@yahoo.com
Tajuk email : Pemenang Top Komentator September 2024..

Eh....

Untuk Ammi, kita jumpa aje la dalam bas ke kat Pasar Seni ke, kat area rumah ke, SA hantar sendiri hadiah...jom calling2 or whatsaap aje...

Dengan pengumuman tersebut SA buka kembali contest Top Komentator ini dan mencari pemenang baru untuk Oktober 2024

Special thanks to blogger berikut yang tak pernah jemu meninggalkan jejak di blog SA...

Korang boleh lawati blog diorang..they are really awesome...kalau belum follow sila follow ye...macam- macam cerita best ada...lets support each other...kita jadikan komuniti blogging ni satu komuniti yang meriah di alam maya...next mana tau boleh buat small gathering kan?dari alam maya ke alam reality...who knows...ye tak?


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah