Wednesday, September 25, 2024

WW~ Resepi Ayam Goreng Seringgit

Assalamualaikum...

Hi korang..

Pernah tak beli ayam seringgit? SA kadang terfikir orang yang jual ayam seringgit ni dia dapat untung tak erk..sebab harga ayam mahal kan..sekilo sekarang letak la RM8 lebih...tapi SA x tau la kos sebenar orang meniaga...SA pernah beli ayam seringgit ni kat tepi jalan area rumah...okey la..sedap..beli 10 ketul sekali sebab kat rumah banyak mulut nak kena isi masa tu...

Semalam SA scroll FB dalam bas sekali tengok ada yang share resepi..eh menarik..x susah pun nak buat resepi ni...SA share sini untuk rujukan dan if korang nak cuba buat jugak...SA nak buat jugak ni weekend..harap2 3 si kecik2 bertuah tu balik la minggu ni...



credit photo pada pemilik resepi..

 
AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-bahan perap:

Ayam seekor potong 24

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 inci halia

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil lada putih

1 sudu besar serbuk kari

Garam

Serbuk perasa adabi


Bahan-bahan tepung salut ayam:

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum jenama ros

1 sudu tepung ubi/tepung beras


Cara-cara:

1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.

2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.

3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.

4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.

5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.


Kredit : Murni Rahmat

Selamat Mencuba semua 😋

10 comments:

  1. sedapnya ayam gorenggg..makan panas2..

    ReplyDelete
  2. Aah kan, untung ke tak jual ayam goreng seringgit ni sbb tengok bahan2 ni mcm banyak jugak. Pernah beli ayam dia mmg kecik sesuai utk org yg tengah diet hehe.

    ReplyDelete
  3. sedapnya! MZ goreng ayam guna tepung bestari tu jer..my boys sukaaa

    ReplyDelete
  4. Ehhh nasib baca kredit tu. Ingat sis punya gambar, baru nak puji sebijik kejadiannya dengan kedai. Hehehe

    ReplyDelete
  5. anak buah ammi sebelum masuk rekrut polis penah jual ayam singgit ni. lagi senang cara dia, buat batter guna serbuk bistari dan telur, rendam ayam dalam tu. pastu kaut ayam, celup dalam air pastu lumur dengan serbuk bistari pulak. then goreng.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap. Boleh try resipi ni nanti.

    ReplyDelete
  7. Saya belum berhasil lah buat ayam goreng crispy begini. Ntah kenapa saat jadi tak terlalu crispy 🤣🤣..

    Harga 1 Ringgit muraaah tuh. Tak akan Nemu harga segitu di sini

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......