Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi
Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras
Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.
Kredit : Murni Rahmat
Selamat Mencuba semua 😋
sedapnya ayam gorenggg..makan panas2..
ReplyDeleteAah kan, untung ke tak jual ayam goreng seringgit ni sbb tengok bahan2 ni mcm banyak jugak. Pernah beli ayam dia mmg kecik sesuai utk org yg tengah diet hehe.
ReplyDeleteWow..Sedap ni sis =D
ReplyDeletesedappp and layan sgt ni
ReplyDeletesedapnya! MZ goreng ayam guna tepung bestari tu jer..my boys sukaaa
ReplyDeleteEhhh nasib baca kredit tu. Ingat sis punya gambar, baru nak puji sebijik kejadiannya dengan kedai. Hehehe
ReplyDeleteanak buah ammi sebelum masuk rekrut polis penah jual ayam singgit ni. lagi senang cara dia, buat batter guna serbuk bistari dan telur, rendam ayam dalam tu. pastu kaut ayam, celup dalam air pastu lumur dengan serbuk bistari pulak. then goreng.
ReplyDeleteNampak crunchy ..
ReplyDeleteNampak sedap. Boleh try resipi ni nanti.
ReplyDeleteSaya belum berhasil lah buat ayam goreng crispy begini. Ntah kenapa saat jadi tak terlalu crispy 🤣🤣..
ReplyDeleteHarga 1 Ringgit muraaah tuh. Tak akan Nemu harga segitu di sini