Monday, September 9, 2024

Selamat Pagi Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua, selamat bekerja kepada yang sedang bekerja..selamat menguruskan rumahtangga buat semua surirumah di luar sana...SA dh kebah demam, badan masih x berapa kuat macam selalu, cirit birit masih ada walau x kerap dan SA bekerja hari ni macam biasa...malas nak amik MC ke apa..ikutkan boleh je MC...kang duduk rumah SA stress sorang-sorang kat tingkat atas tu...

Hari ni SA berbaju kurung..masih pakai baju kurung arwah Mak Pah..rasa  dekat je ngan arwah bila pakai baju ni...suka pakai baju yang ni sebab size dia x besar sgt dan x kecik sangat..kain cotton and selesa selain SA suka baju kurung bunga kecik-kecik...





 

Alhamdulillah  hari ni tudung on point...tak lewat sangat pun SA naik bas..suami hantar sampai Terminal 1 lepas tu dia terus gerak balik JB...semoga dipermudahkan perjalanan buat suami SA..dia demam tu berjangkit dengan SA...lepas sorang...sorang berjangkit..SA dh buat semua test...semua negative...sekarang cuma.kena makan ubat dan minum air banyak je...letih dh asyik minum air je...bukan letih apa pun..letih nak ke tandas....dah la tandas jauh...

Malam tadi dalam pukul 10.30pm SA dihubungi oleh owner kedai makan di senawang sebelum ni..SA ada buat entry and ada komplen lauk daging masak merah dan tomyam dia so so je..dia x puas hati dengan entry tu katanya boleh tutup pintu rezeki dia..SA explain elok-elok yg SA bukan nak tutup pintu rezeki dia..SA did mention yg maybe pada tekak SA x kena, daging keras tapi makanan Dania order sedap..alamak dia masih x puas hati dan SA pun cakap..SA sebagai customer bagi feedback macam tu untuk kebaikkan, at least boleh buat penambah baikkan in the future. SA pun malas nak panjang cerita, SA opt out entry tu agar tidak berpanjangan..malas nak tegakkan benang yang basah..katanya dh ramai orang baca nanti takut customer dia lari..pada SA maybe dia tak faham konsep blogger. SA banyak kali baca semula entry tu nak tgok ayat mana yang boleh buat tutup rezeki dia..so far memang takde tapi x pe la..walau entry tu dh banyak hits, SA delete je...supaya x berpanjangan kan...inilah suka duka kita as a blogger, x semua orang faham konsep menulis dan penerimaan masyarakat..SA doakan perniagaan owner tersebut lebih maju dan ada penambahbaikkan dari segi kualiti makanan pada masa akan datang...no heart feeling.

16 comments:

  1. Siap Call SA lagi tu .. betul ..mungkin tak kena dengan tekak SA .. sedap di tekak orang lain .. macam tak boleh kenyataan pulak si owner nii kan .. bagus la SA ambil tindkaan untuk spill out entri tersebut .. takut berpanjangan pulak isu sedemikian

    ReplyDelete
  2. jenis yg tak boleh terima kritikan ler tu..nak semua org puji ajerlah agaknya wpun masakan so-so jer

    ReplyDelete
  3. manis akak pakai baju mak pah bunga kecik gini kak...sesuai sgt. Kene selalu pakai baju kurung kak

    ReplyDelete
  4. morning sis SA...sweet je baju tu..alahai, dulu MA pun ada pakai baju arwah nenek..suka sgt bila dpt pakai sbb mcm sis SA la, rasa dekat sgt...Al Fatihah utk MP...

    eh eh..ada plak mcm tu yer, x puas hati bila customer komen..emmm..mcm2 kan

    ReplyDelete
  5. Nampak ayu je pakai baju kurung. BTW pasal owner kedai tu memang tak boleh terima kritikan lah tu.

    ReplyDelete
  6. Baju kurung org dulu2 mesti ade piping dekat bdan..Nice. Abaikn aje la org yg xmo terima pandangan org ttg mknn dia tu sis..Lambat laun org akan rasa & dia akan dgr komplen dr org lain plk.

    ReplyDelete
  7. cantik akak hari ni,saya pun suka baju kurung bunga kecik-kecik ni...
    payah jenis peniaga yang tak boleh terima teguran ni kan

    ReplyDelete
  8. selamat pagi kak,,,sabar jer lah..dunia blogger nak kna tipu semua..xde review yang tak sedap..smua sdap walaupun makanan tu xsdap langsung..huhu

    ReplyDelete
  9. Baju kurung gitu memang nostalgia.. akak pernah jahit baju kurung letak piping dulu. Masa tu trend. Lengan dan bahagian bawah badan baju jahit tangan. Sekarang semua jahit mesin. Nak lagi senang beli je dah siap 😁

    ReplyDelete
  10. Takkan la nak kena puji je. Dia pun tak faham yang SA bukannya penentu rezeki dia. Allah yang tentukan rezeki dia.

    ReplyDelete
  11. Dia expect org review yg indah2 je. Tu yg kadang2 bila tgk org buat video review kedai takut2 jugak nak try

    ReplyDelete
  12. Tipe owner yg tak akan maju perniagaannya , Krn tak bisa menerima kritik. Kita pun JD tak respect kan. Nasib baik kak SA tak tulis review di google. Lebih banyak yg membaca nanti. Terkadang saya suka baca komen di google ttg rasa suatu makanan. Dan lihat rating dari situ.

    ReplyDelete
  13. Allahuu org komplen tu utk kebaikan dia juga. cubalah terima dgn berlapang dada. dah mcm x percaya pula dgn rezeki Allah. kalau org baca nnt cust x dtg. apa ni?? hmm...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah