Sunday, September 22, 2024

Resepi Sotong Singgang Sedap

Assalamu’alaikum...

SA terjumpa resepi ni di FB...simpan sini sebab memang dari hari tu duk cakap dengan Dania nak makan sotong masak singgang...FB tu macam tau plak kan apa yang kita fikir dan tergerak dalam hati..sekali keluar resepi ni..terus copy simpan sini je untuk rujukan...

Minggu ni SA start bawak bekal semula kan..so memang nak cari resepi yang senang2...asyik makan dan masak resepi sendiri..rasanya elok kalau cuba2 resepi orang lain...ye tak?


 
Resipi Sotong Singgang 

Bahan-bahan:


Sotong

Serai

Bawang Holland

Bawang Putih

Lengkuas

Halia

Cili padi

Asam keping

Tomato

Putik Jagung

Daun Limau Purut

Daun Ketumbar


Cara Penyediaan:

1. Didihkan Air dalam periuk

2. Masuk kan 2 Batang Serai diketuk , 1/2 biji bawang holland dihiris , 3 ulas bawang putih dihiris, 1 inci lengkuas , 1 inci halia , 10 tangkai cili padi diketuk

3. Masuk asam keping 1/2 keping

4. Betul2 mendidih , masukkan Sotong , tomato , putik jagung & daun limau purut

5. Perasakan dgn garam & mushroom seasoning

6. Last masuk daun ketumbar sekali dengan akarnya


Tips: mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut


Sumber : Yatiekitchen


12 comments:

  1. Tak pernah lagi nyinggang sotong
    Sedap agaknya

    ReplyDelete
  2. Segar sangat pasti. Cocok dimakan saat udara tengah sejuk 🤤🤤. Asam gurih segar ❤️

    ReplyDelete
  3. Sotong singgang tak pernah dgr dan tak pernah cuba.. tapi tgk gmbr ni mcm terliur juga hahahahaa..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar menu ni, nampak macam menarik, ada rasa pedas masam-masam sikit memang sedap dimakan dengan nasi panas.

    ReplyDelete
  5. udah nampak macam tomyam putih kak... mesti sedap masam2 gitu

    ReplyDelete
  6. my fav ni! hi SA, MZ singgah BW ni..nanti MZ maraton yer entries SA hehehe

    ReplyDelete
  7. mcm menarik jugak ni..nampak sihat.

    ReplyDelete
  8. First time tengok resipi sotong singgang. Biasa ikan je buat singgang ni. Boleh cuba jugak.

    ReplyDelete
  9. fuh... x pernah buat resepi singgang sotong

    ReplyDelete
  10. Sedap nii ..dah lama tak cuba menu sotong singgang .. kalau beli sotong asyik masak kunyit x pun sambal sotong

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah