Tuesday, September 3, 2024

Resepi Rendang Ayam Minang, Penambat Selera Keluarga

Assalamualaikum...

Hi korang...

Baru ni SA rindu sangat dengan rendang ayam arwah Mak Pah masak, takde la jauh sangat dari rendang biasa buat tapi ini cara orang Minang buat, Arwah Mak Pah orang Minang...nak buat sendiri rasa x sama...nak yang sama macam arwah masak..tengah scroll-scroll FB kat group masakan..lalu la resepi dan gambar ni..allahu sama macam arwah Mak Pah selalu buat la..minggu ni SA nak buat la..memandangkan nak sambut birthday adik bongsu dan jugak nak sambut anniversary SA dengan family plak...tapi SA nak buat rendang ni guna ayam kampung...


source from FB group



RENDANG AYAM MINANG

Bahan-bahan A:

  • 1 ekor ayam organik / Ayam Kampung – dipotong ikut suka
  • 4 batang serai – dititik
  • 320ml santan  + 2 cawan air
  • 150gm kerisik
  • 3 helai daun kunyit – dipotong halus
  • Beberapa helai daun limau purut – dibuang urat tengahnya
  • 2 – 3 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar gula merah
  • ½ kiub pati ayam
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis


Bahan-bahan B (rempah tumis):

  • 2 inci kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang


Bahan-bahan C (dikisar):

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah – dibuang biji tengahnya
  • 6 biji cili padi (hijau + merah)
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup


Bahan-bahan D (dibancuh menjadi pes):

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit air


Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan B sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan C dan serai yang dititik, masak sehingga kekuningan.

3. Masukkan bahan D dan kacau rata.

4. Setelah terbit minyak, masukkan santan, ayam & kerisik. Tambahkan dua cawan air.

5. Masukkan kiub ayam, gula merah, gula putih, garam dan asam gelugor. Masukkan juga daun kunyit dan daun limau purut. Kacau rata.

6. Biarkan ayam mereneh di atas dapur. Gunakan api sederhana. Selepas ayam masak dan kuah sedikit pekat, barulah ditutup api.

Kredit Resepi : FB group Jom Masak ( cari semula x jumpa plak owner resepi, mintak halal ye)


Plan seterusnya buat pulut kuning kan? bleh makan rendang dengan pulut kuning, atau boleh cari lemang jugak kan..area Seremban tu ramai je oranag jual lemang sebab lemang bukan tertakluk makanan untuk perayaan aje...tapi kalau makan dengan nasi lemak pun okey jugak kan...ehhh...semua ko nak buat ni SA...mana satu ni....


10 comments:

  1. Agak lain resepi dari resepi rendang yang biasa kan. Tapi kalau memang sedap tak salah juga mencuba. Minta halal kan resepinya... dah tak de idea nak memasak ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. Pernah dulu ada anak murid bagi rendang macam ni, sedap.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..makan dgn lemang/pulut kuning mmg terbaikk..

    ReplyDelete
  4. Dah siap masak nanti roger-roger ya 😉

    ReplyDelete
  5. Ohhh Mak Pah orang Minang ya kak . Pasti sedaaaaap rendang dia. Rendang Minangkabau itu rumiit tapi memang enak. Apalagi kalo dimasak sampai hitam. Cuma kalo mama saya masak rendang ayam, prefer yg basah macam tu juga. Kalo rendang daging baru sampai hitam.

    ReplyDelete
  6. MZ memang penggemar rendang laaaa.terliurrr

    ReplyDelete
  7. ammi simpan resepi ni...kot nanti boleh dicuba.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Rendang, thanks SA kongsi resepi tau

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah