Sunday, September 29, 2024

Program CSR UCAM Di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu , Masjid Tanah Melaka

Assalamualaikum..

Semalam merupakan program CSR Team MPU Kemasyarakatan di Pusat Konservasi Dan Penerangan  Penyu, Padang Kemunting Masjid Tanah Melaka. Dania merupakan salah seorang peserta program..seriously SA baru tau ada pusat konservasi penyu dia Melaka ye...dan ianya di buka kepada orang ramai. SA ingat kat Trengganu je memandangkan Penyu banyak di sana..oooo kat Melaka pun ada...boleh la pergi dan buat aktiviti kat sini...

Tengok Dari gambar macam panas terik..kalau mama sure berkicap tiak ni..haha..bagusnya aktiviti Ini adalah ianya dapat memberi hebahan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga penyu iaitu haiwan reptilia unik yang semakin mengalami kepupusan dan program pemuliharaan populasi penyu sekali gus memberi kesan positif kepada ekosistem laut yang semakin terancam. Selain itu...orang ramai jugak boleh menimba pengalaman dan pengetahuan tentang habitat penyu..

Jom tengok gambar Yang Dania share..







Lawatan sebelum program CSR bermula Dan penerangan tentang Penyu










Penyu karah Yang selalu mendarat Di Melaka



Program CSR, bersihkan kawasan telur penyu




Cara -cara  Gali tempat telur yg dh menetas




Masa ni semua kena gali keluarkan telur Yang dah menetas dan tak menetas ikut bilangan yang ada pada kad putih tu


Telur yg tak menetas dan yg dah menetas


Telur Yang X jadi menetas


Telur Yang X jadi menetas


AJK program..Dania pun AJK rupanya



 
Seronok plak tengok diorang buat aktiviti ni...SA nak ajak suami la pergi sini nanti...sebab pusat konservasi ni dibuka untuk orang ramai....gerak aje tengok anak-anak Penyu Yang baru menetas tu...lagi satu mereka akan melepaskan anak -anak Penyu pada masa-masa yang ditetapkan sewaktu Malam. Anak -anak Penyu yang dilepaskan x semestinya akan hidup semuanya kerana terdedah kepada pemangsa. Jangkaan 1 dari 1000 ekor yang dilepaskan yang Akan berjaya hidup dan bebas Di lautan..

Best kan? Cuma masa sesi melepaskan Penyu tu SA x pasti ianya di buka kepada orang awam atau tak...kalau dibuka kan best kan?


11 comments:

  1. wahh meriahnye jalan2 tengok penyu bertelur., hehe

    ReplyDelete
  2. Comel nya anak2 penyu. Dulu suka makan telur penyu, masa jahil. Sekarang tak dah. Moga terpelihara spesis penyu di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. Dekat dengan kampung kita ni. Pi la kak. Tempat minum petang pun ada kat situ. Boleh try Kedai Mak Jah.

    ReplyDelete
  4. Oh, ada rupanya di melaka... kalau di PD ada tmpt kita boleh tgk anak² penyu, x ingat di resort mana... pernah bawak #theIMANS stay di situ dulu.. dpt la tgk anak-anak penyu

    ReplyDelete
  5. Wahhh..Best & Bagus program ni sis =D

    ReplyDelete
  6. Dekat sangat dengan kampung ai.. :)

    ReplyDelete
  7. Menarik. Ingatkan dekat belah pantai timur je ada pusat konservasi penyu ni.

    ReplyDelete
  8. Memang menarik liat konservasi penyu ini. Di Indonesia pun ada beberapa, macam di Bali, dan Ujung Genteng Jawa barat. Besar2 sangat penyu yg ada. Dan saya sedih bayangkan hanya 1 : 1000 anak penyu yg mungkin bisa survive. Blm lagi orang2 yg suka mencuri telur penyu ini

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah