Monday, September 30, 2024

Pre- Celebration Birthday Dania

 Assalamualaikum...

Plan asalnya nak dinner di Allson Klana Resort, semalam SA dan suami singgah la AKR nak booking, malas nak call sebab lalu kat kawasan tu..sekali hampa ye korang. Hari Ahad xde dinner...ada BBQ dinner setiap Sabtu je...so x nak hampakan anak dara sorang tu bawak la pi kedai makan western kat Jalan Labu.

Okey la tempat ni..first time sampai dan xde la penuh sangat. Menu kat sini western dan ala-carte. Kami sepakat pilih western dan coffee...SA x put high expectation..SA x nak komen lebih..sebab banyak kureng la..sebab tu SA x letak high expectation. Boleh diperbaiki lagi la sebenarnya..syg pengunjung ramai dan vibes menarik tapi tu la...SA x nak cakap lebih sebab x nak jadi macam kes baru- baru ni SA kena hentam teruk oleh owner kedai sebab cakap makanan kedai dia x menepati citarasa SA dan dalam entry tu dah ramai komen..tak sanggup dia kalau orang x datang kalau disebabkan komen tu...SA pun x kan letak keywords nama kedai lagi dah lepas ni kecuali kalau betul- betul menepati citarasa..itu yang terbaik rasanya kan..sebab orang akan google lepas tu..x semua boleh terima apa pun komen pengunjung walau sememanganya rasa makanan tu perlu diperbaiki..












Yikea Meatball


Mushroom & Garlic Bread


Kami order coffee lain-lain perisa, the best part is x de label..jenuh rasa satu2 nak pastikan order masing2....


Cake untuk birthday girl, yg ada kinder bueno tu sedap giler, cheesecake kalau x salah..yg choc cake tu dry skit texturenya


Waffle ni Dania punya..x habis pun


Pizza, bawak balik sebab dah kenyang..PZ x makan pun..dia takut perut dia meragam



5 item ni bayar kat kedai kopi tu...balance food bayar kat cashier yang ada...so total RM140++









Experienced kat sini Dania selalu akan tanya rate by bintang...berapa bintang nak bagi...even kat mana- mana tempat makan pun...dia akan tanya...

SA 4.5 Bintang

Dania 5 Bintang

Uncle 5 Bintang

Masa ni Dania dapat hadiah birthday dari uncle dia jugak...special thanks to uncle...tersenyum simpul Dania ngan hadiahnya, siapa dh tengok kat FB tau la dia dapat apa...

Next Entry SA share ye...busy plak kejap tadi...biasa lah Isnin kan...


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah