Assalamualaikum..
Kampung Telok Pasir Panjang Port Dickson merupakan perkampungan nelayan..Pak Zain sangat-sangat mengimbau kenangan semasa beliau suka menjala dan menjaring dulu. Ramai kawan-kawan nelayan Pak Zain dah takde lagi..dh bertemu penciptanya...tapi masih ada yang kenal dengan Pak Zain...tempat ni sangat dekat di hati Pak Zain..terus dia mintak SA belikan jala untuk dia..sesekali boleh ke sini dan menjala..mana tahu ada rezeki katanya..aduhai..Pak Zain lupa yang dia dh tua, tenaga belum tentu kuat lagi nak menjala kan..
Sampai je kat sini Pak Zain dh merayap dh..kami 3 beranak yang tinggal tak ikut la..terus kami buat aktiviti kegemaran kami..bergambar...hahaha...
Korang layan kan aje la gambar kitorang...ada banyak candid jugak dari hp Dania...minah tu memang suka amik gambar candid...
Sepet-sepet mata sebab panassss...
Macma tengah memujuk GF yang tengah merajuk..
Tengok la PZ menemuramah budak yang tengah menjala tu..
Video yg sempat SA rakam
Dia pergi plak kat hujung jambatan tu..
Cantikkan pemandangan kat sini?
Korang suka pantai atau laut?
SA sangat cintakan pantai dan laut... Bila badan rasa penat. SA akan pergi ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai.Sambil hirup udara segar, boleh tengok kecantikan laut biru. Rasa tenang aje... Waktu yang terbuang di pantai adalah waktu yang dihabiskan dengan baik...
Lepas PZ dah puas mengimbau kenangan dia kat sini..kami pun gerak ke Pengkalan Balak..saje nak pi cari ikan yang baru naik...boleh beli buat stok..sebelum tu SA singgah di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk bergambar..kenangan..selalu lalu je tak pernah nak singgah...itu nanti SA cerita di entry lain ye...
berkerut dahi laki bini muda nih mesti panas berdeting lit lit nih., hehe
ReplyDeletePernah cuba nak ke jeti ini tapi tak jumpa jalannya.... masuk ikut mana ya SA...
ReplyDeleteAda kak jalan dia belah kanan yg ada org jual ikan tu..sebelum kem membina semangat atas tu..kecik je jalan dia...
DeleteCantiknya semua foto. Memang sama la sepet2 mata kalau bergambar tengah panas.
ReplyDeleteTeringat pula kisah SA mengidam ikan kitang dulu
ReplyDeleteYe betul..hari tu dapat gak..tp dh x fresh...so kecewa
DeleteSeronok tengok SA bertiga layan PZ 👍
ReplyDeleteKita yg pertengahan umur ni pun suka imbau kenangan, orang lebih berusia lagilah kan... Teringat kawan², hobi dia, tempat kesukaan dia dsbnya... Sihat selalu PZ 🤲
Itu janji SA pada arwah Mak Pah sebelum Mak Pah meninggal PH, Mak Pah pesan jaga abah elok2...macam mana SA jaga Mak Pah..since MP dh xde..PZ yg dulunya kuat jadi sering x sihat..
DeleteSeronok tengok SA, menghargai PZ yg masih ada.. Samalah kita kak, berbakti pada ayah pula skrang
ReplyDeletesubhanallah..cantik sgt. of coz PZ mengimbau kenangan, tempat cantik & tenang sgt
ReplyDeleteAyu pun suka pantai..tenang je
Cantik view gambar2 dan nampak santai je uols.
ReplyDeleteSuka nengok.
PZ tengah turunkan petua kot kat budak yang menjala tu 😁
View pun cantik ... Tenang
ReplyDeletePadahal kalo liat foto nampak tak panas ya kak. Ternyata panas sampai silau mata 😄. Senangnyaaa bisa datang ke tempat masa kecil. Pak Zain pun pasti suka balik ke sini, teringat masa lalu.
ReplyDeletenice view...semangat tu PZ nak menjala yer hehhehe
ReplyDelete