Friday, September 20, 2024

Menu Dinner & Pak Zain Discharged

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua...Alhamdulillah  hari ni SA back to office. Ikutkan hati nak sambung cuti tapi macam x adil plak kan..lama SA cuti sampai Khamis...berlambak kerja atas meja...nak plak SA jaga project International dan Waste To Energy, jaga 2 section dalam 1 department bila SA xde tu akan jadi haywire jugak development progress...

So semalam Pak Zain dah discharged dari hospital. Ikutkan keadaan PZ blom pulih sepenuhnya tapi memandangkan kes PZ adalah tidak kritikal so kena la discharged..cukup lah 3 hari dia warded termasuk dari emergency. SA kepenatan sebab dalam.masa sama uruskan pengebumian arwah Makcik SA, SA x amik gambar masa dia discharged. Sabar je la...

Menu malam semalam..selepas beberapa hari makan kat luar aje 3 beranak, tak larat nak masak...berdua ngan Nia pun makan kat luar je...malam ni kita masak la semula...hati dh senang skit dah tau punca PZ sakit kan..SA masak lauk simple aje..apa yang ada dalam fridge aje...


Kari Ayam tanpa santan


Sayur goreng


 Ikan pekasam goreng

Sepanjang Pak Zain sakit memang SA x dapat nak masak , kami 3 beranak makan kat luar je...sarapan pun kat luar...masa lebih tumpukan kepada Pak Zain dan arwah Makcik...nasib arwah warded ICU/CCU satu level ngan Pak Zain...terkejar kejar la SA kejap tgok Pak Zain..kejap tengok makcik..penat tu x tau nak kata macam mana.

Masa arwah makcik meninggal pukul 10.45pm, SA baru nak lelap mata..bangun dan urus jenazah kat bilik mandi jenazah dia bahagan forensic HTJS. Nasib ada kami adik beradik perempuan dan kakak sepupu yg datang uruskan..sebab anak-anak makcik semuanya lelaki.Ustazah cakap kalau boleh biarlah semua perempuan yang uruskan.

Hari ni SA akan sedikit busy...lama x masuk kerja kan..cuti pun dah habis..tinggal balance 3 hari utk emergency sampai hujung tahun..dugaan betul 2024 ni...semua plan SA terpaksa cancel dan postpone ke tahun depan...harap2 PZ behave la akan datang ni sampai ke appointment MRI dan follow up...


8 comments:

  1. Alhamdulillah dah discharged. Rasa lega sikit tak perlu nak ke hospital. Syukur juga dah tahu punca sakitnya tu. Kita boleh pantau. Selamat kembali bekerja kak. Lepas ni rehat secukupnya ye.

    Salam takziah. Semoga sekeluarga sabar dan tabah hadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah pakzain dah discharged..moga makin sihat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah discharge. Moga Pak Zain sihat selalu hendakNYA. Juga salam takziah buat SA dan keluarga.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah PZ dah discharged... Semoga diberi kesembuhan pada PZ

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...Semoga PZ terus sihat..Amin

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dh discharge Pak Zain y..smoga cpt sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah PZ dah discharge, moga terus sihat. Moga dipermudah kan semua urusan SA. Take care tau.

    ReplyDelete
  8. Semoga PZ cepat sembuh. Semoga dipermudahkan urusan kak SA sekeluarga. Btw sedapnya ikan pekasam tu 😬

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah