Assalamualaikum...
Hari Khamis minggu lepas kebumi arwah makcik, SA dan Dania lunch kat Warung Selera Kampung. Dah lama teringin nak lunch kat sini sebab hidangan lauk campur dia banyak betul. Warung ni pun viral sana sini di Tik Tok...masa SA sampai ni belum ramai orang dalam pukul 11.45am lauk semua dah banyak terhidang..kami masuk jer dah amik makanan dan duduk baru Warung ni di serbu ramai orang..hari biasa pun ramai orang mungkin sebab cuti sekolah kot.
Cuaca panas betul masa ni ye...petang tu la jemput Pak Zain dari hospital..lagi la panas...
Siput sedut masak lemak cili api
urat masak lemak cili api
Jangek masak lemak cili api
Terung goreng berlada
Paru berlada ni sedap..SA beli hari Ahad
Hidangan kami
pinggan SA
memang sedap ikan patin tu..takde bau lumpur langsung...
SA pilih ikan patin tempoyak dan sayur...
Dania amik ayam goreng berlada ngan apa lagi ntah..SA tambah siput sedut..sygnya siput sedut tu tak berapa fresh..isi nya dah kecut macam simpan di freezer...tapi takpe la..makan aje..apa yang ada aje la..dah beli kan....lauk pauk kat sini sedap la...sebab tu SA repeat beli lauk hari Ahad..cukup rasa dan cukup sedapnya...
total damage kat sini RM47.00
Korang kalau tetiba sesat ke Seremban dan mencari tempat makan sedap ( ikut tekak SA) dan hidangan nasi campur boleh la terjah ke sini. Nanti nak bawak suami makan kat sini pulak la...sure rambang mata dia tengok berpuluh- puluh lauk.
WARUNG SELERA KAMPUNG
41, Jalan Tok Dagang, Kampung Paroi,
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 013-932 7375
Banyak betul pilihan menu dia, no wonder la viral 👍
ReplyDeleteTeringin nak beli ikan patin tp pernah terkena yg bau lumpur sampai sekarang fobia :(
menariks..byk pilihan lauk2 nya..leh cuba nanti... tq kak SA, selalu share port menariks
ReplyDeletelauk2nya nampak sedap
ReplyDeleteWah, lain kali boleh singgah sini kalau lalu time tengahari.
ReplyDeleteSedapnya semua, especially paru dan siput sedut tu.
ReplyDeletepatin masak tempoyak memang kalau ada, nieyl takkan amek lauk lain dah tuuuu...
ReplyDeleteWow nice...Sedap betul tgk siput sedut tu =D
ReplyDeletesedap2 lauknya
ReplyDeleteYa allah terliur tengok siput sedut dan paru berlada tu....
ReplyDeleteSelera kampung macam nih yg saya sukaaa 😍😍😍. Prefer makan menu dengan lauk Macam2 ala kampung lah, drpd kuliner yg tengah viral 😄.
ReplyDeleteParu berlada itu memang menggoda sangat kak SA. Saya nih penyuka paru juga soalnya.
ammi pernah makan kat sini. pernah sekali nak makan hari Jumaat sekali dia tutup Jumaat daaa
ReplyDeleteBanyak pilihan makanan ..semua sedap-sedap nii
ReplyDelete