Assalamualaikum...
Kejadian Ahad lepas...tinggalkan Pak Zain sekejap dengan Acu, SA dan Dania ke sini...ST Rosyam Mart..sejak officially buka kepada orang ramai 4hb lepas..SA x pernah jejak lagi...ini baru sampai dengan Dania...sungguh besar dan syukur Kip Mall ni hidup semula selepas adanya ST Rosyam ni...ada banyak kedai- kedai baru juga...siap ada Zus Coffee dalam ni...yang lain SA lupa..besar jugak kawasan yang ST Rosyam occupied. The best part is STRM ni buka 24 jam hoke...manage la kunjungan...tak bleh pi siang bleh pi malam..kan?orang memang ramai la..benda baru...
Nak cerita bab keluasan...memang luas dan SA x dapat explore semua...jenuh la kalau nak habiskan jalan - jalan kat semua section dalam masa 1 jam..sekejap pun SA dah rasa lenguh merayau...ini kalau bawak Pak Zain memang kena pakai wheel chair ni...takut dia x larat berjalan dengan masalah urat saraf lagi...harga plak standard la..sayur- sayur murah...geram SA di buatnya...
Jom SA bawak korang jenjalan...
Ada bahagian untuk wholesale jugak, mana-mana peniaga nak membeli secara pukal kan..
SA bila dah masuk sini...erm..inilah tempat yang di tuju dulu
dengan bag Christy Ng dia...laju je menonong kata Dania...Dania plak dari belakang rupanya snap setiap pergerakkan SA..
Dah start geram dengan macam- macam yang ada..mula- mula tengok harga dulu...eh murahhhhh....eh..murah ni...itu je ayat kuar dari mulut..sebab otak duk compare ngan tempat lain kan..
Nak bok choy tak? satu pek RM1.70 tapi banyak ni...Dania cakap...ambikkkkk....
belek lagi...nak ke tak nak...ambik je la 2 pack..
Nampak plak terung....geram....boleh buat terung sambal ni...
Bahagian buah dan sayur-sayuran
sedap ni...buat goreng berlada campur udang...x beli pun...fikir x ramai yang suka..
geram betul tengok cili besar..beli la sikit
Nun dihujung sana bahagian fresh seafood
SA beli ikan tongkol tu seekor RM20, suruh dia potong siap- siap, PZ x sihat nak siang ikan
Bahagian dried seafood
Kata ada ayam 80 sen seekeor..x nampak pun..ke ada plot twist, harga ayam per kg SA nampak RM8.80
Tempat yang SA suka kat sini...
Bahagian ribs kambing
geram dengan udang harimau ni...besar- besar
Dried seafood macam ikan masin, ikan bilis dan sebagainya
Sotong beku
Dalam ni smeua cheese, Dania suka la ni
Emborg greek cheese...ni nak masuk dalam makanan apa ni? x pandai SA
SA baru nak buat kad..RM10 untuk setahun , tahun depan bulan 9 kena renew
Kelebihan menjadi ahli STRM
Senang nak cari barang, korang rujuk aje kat papan tanda tu..so tak perlu la korag terpusing- pusing tercari- cari barang kan
Ini hasil tangkapan...daging steak tu mahal skit..4 slices tu RM47
Total damage RM111.00
Ada banyak lagi gambar yang SA snap...selain Dania yang snap...nanti SA buat part 2 la kalau rajin ye...sayang plak nak delete gambar...pendapat SA ST Rosyam Mart ni ok la barang- barang dia..ada murah dan terlampau murah serta ada yang mahal dan terlampau mahal gak...so kena pandai- pandai la manage kehendak hati...berpada- pada ikut kemampuan dan keperluan orang kata...
SA buat kad STRM sebab boleh kumpul point macam SA ada kad Zemart kan...SA akan buat kad kalau tempat tu berbaloi untuk SA beli keperluan dan boleh dapat banyak point.heheh..nampaknya STRM ni bakal SA kunjungi selalu..Nanti nak ajak Pak Zain dan Suami pusing- pusing sini plak...mesti Pak Zain suka nanti...
bestnya kakkk, tapi tulah, dari nilai ni nak ke senawang nunnn, terasa juga jauhnya. haha
ReplyDeletebest nya.. ayu x sampai lagi.. emborg cheese tu gaul makan ngan salad ..sedappp
ReplyDeleteLuas betul yang kat Senawang ye...syok kalau shopping tempat luas nih...kalau ramai pun takdelah berlaga sangat hihi
ReplyDeletesukanya tengok kak...harap kuantan pun ada STRM la 1hr nanti
ReplyDeletenieyl dah byk kali juga masuk ST mart ni kak tapi ntahla..selalu keluar dengan troli kosong hahaha
ReplyDeleteAyam seekor 80 sen tu habis dah kot, mungkin ada limit yang diorang keluarkan.
ReplyDeleteBestnya fresh vege murah2 tu
ReplyDeleteWow..best ni..Sy pun kdg2 membeli dkt ST ROsyam ni...Suka beli daging frozen dia..
ReplyDeleteBanyak barang-barang . Mesti best kalau shopping barang dapur kat sini
ReplyDeleteBesar dan luas tempatnya. Pernah nampak juga kat USJ tapi tak pernah masuk dalam lagi.
ReplyDeleteLihat aneka sayur dan buah, memang geraaam, nampak fresh sangaaat kak SA 😍😍😍. Dan kalo hitung2 harga, murah jugaaa. LBH murah drpd harga sayur dan ayam di jakarta
ReplyDelete