Friday, September 13, 2024

Farewell Mr Clive COO MCB


Assalamualaikum...

Hi korang...

Khamis minggu lepas merupakan farewell untuk Chief Operation Officer kami iaitu Mr Clive. Contract dia dengan MCB dah habis so dia tak nak sambung dan nak balik negara dia semula for good. So adalah majlis kecil- kecilan skit untuk dia yang level 11 buat..kami semua di jemput hadir macam biasa untuk memeriahkan suasana. 

Nampak sugul la Mr Clive sebab dia memang sayangkan MCB...sebelum ni dia sebagai Plant Manager di Johor, lepas tu naik jadi COO...tahun ni last dia kat sini...dia siap menangis lagi masa ni..merah- merah muka dia..ye la Mat Saleh kan...putih...merah la muka dia bila dalam keadaan sedih...


Butterscotch Cake best giler..


Satay


jelly pelbagai perisa


kuih muih...


Kari ayam


daging masak hitam


sayur campur


laksa


condiments for laksa




nasi impit kuah kacang


yang diraikan


butterflies in his stomach katanya


masa ni la dia sebak..


cake cutting ceremony..


ni makanan SA


amik satay skit


kuih muih


laksa




Kami semua dapat gift ni ye...comel dan cantik kan?

Cuti panjang korang pi mana..bestnya kalau dapat pi jenjalan satu family...esok depan rumah SA ada wedding...dia pinjam rumah SA jugak untuk PA System dan DJ..

SA esok ikutkan ada wedding officemate kena attend, tapi macam tak dapat pergi je..so SA dah kirim duit je kat kawan...harap- harap officemate SA tu x kecik hati la..bukan apa..Pak Zain x sihat..suami plak petang baru sampai kalau dia balik..kalau nak pi sendiri memang x la kot kan...SA pun tak familiar tempat tu...Dania lagi la x balik terikat dengan aktiviti Uni...mereput la SA cuti ni...kalau tak fikir Pak Zain tak sihat, dah lama SA plan pi mana- mana...tapi tu la..nak buat macam mana kan...

14 comments:

  1. meriah menu farewell..ingtkn biscoff cheesecake td....

    ReplyDelete
  2. Farewell to Mr.Clive..
    Muka dia mcm ala2 rupa Chef Andrew Zimmern. Rancangan Bizarre Foods

    ReplyDelete
  3. ala ala..sure sedih.. makanan nya..semua sedap2 nampak kak

    ReplyDelete
  4. Meriahnya makanan dia kak oi... geram nengok satay tu lahai. Itu cactus betul ke plastik tu? comel

    ReplyDelete
  5. Dalam sedih2... sy suka tgk mknn2 tu =)

    ReplyDelete
  6. meriah betul mknn nya :) esok pg2 MZ fly aboad insya Allah :) Doakan MZ yer

    ReplyDelete
  7. Dpt dirasakan kesedihannya tu. Seronok hidup merantau. Moga Mr Clive bahagia balik for good & dipermudahkan.

    ReplyDelete
  8. Sedih bila ada yang akan tinggalkan company tapi lumrah kan. Food tu semua sedap2 la SA.

    ReplyDelete
  9. Yang meraikan pun dapat gift... comel plak tu.

    ReplyDelete
  10. Ala, sedihnya bila acara perpisahan ni. Mesti ada tangisan. Kita pun tumpang sedih.

    Menu yang dihidangkan tu rasa macam nak rasa semua je. Takpe kak, ada hikmah tu tak dapat pergi. Dapat jaga Pak Zain dan teman dia.

    ReplyDelete
  11. Butterscotch cake tu yummy. Eh eh nampak laksa jugak. Sedapnya SA.

    ReplyDelete
  12. mr clive ni asal mana?
    ya laa siapa x sedih kan... keje kat sini dah jd sebahagian drpd hidup dia...

    ReplyDelete
  13. Sedap2 semua hidangannya kak SA 😍😍😍😍. Pastilah Mr Clive akan rindu dengan masakan Malaysia kan 😄👍

    Ya laah, kalo pak Zain tak sehat, tak mungkin kakak paksa utk pergi kan. Pasti paham juga office mate kak SA kenapa tak bisa datang.

    ReplyDelete
  14. tersandar kekenyangan ni kalau makan semua menu tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah