Assalamualaikum...
SA tengah buat kerja tadi Dania whatsaap...bagi gambar- gambar ni...gelak SA...bayam yang seciput tu dah boleh harvest dan jual...dapat la dia seplastik hasil kerah tenaga awal- awal hari tu...kalau benih elok hari tu sure merimbun bayam merah Dania ni...tapi nak buat camno kan..
Kira berjaya gak la ni dapat hasil dari usaha menanam bayam...jangkamasa tanam bayam xde la lama sanagt rasanya..dalam 3 minggu ke sebulan macam tu...mama plak sedih tengok hasil bayam Dania tu...walau ada jugak yang beli..bayam fresh sape tak nak kan...
Dah matang untuk dituai
Bersihkan dulu
Kawan Dania bagi sikit kot bayam hijau...
Seplastik ni RM2
Terima kasih Dekan beli bayam Dania..
Kawan dia yang tanam bayam hijau pun harvest bayam hari ni..
Pun jual seplastik RM2
Dania cakap minggu depan kena tanam semula...harap- harap kali ni berjaya la dan hasilnya lagi memberangsangkan...apa cerita kawan- kawn Dania pilih tanam Bendi agaknya kan...lupa plak nak tanya dia...
Dania sekarang aktif join macam- macam aktiviti. Sabtu ni Dania akan hiking lagi tapi kali ni di Gunung Datuk, Rembau...macam- macam persediaan dia buat dah tu..speechless, Dania bendahari..seramai 40 lebih pelajar berjaya dikumpulkan untuk aktiviti kali ini dan kebanyakkannya lelaki..Dania ni banyak mengikut SA la masa muda- muda..suka aktiviti lasak..ni SA pun dah lama x hiking..nak ajak suami nanti...
bayam sedap! semlm pun i masak bayam :) beli kat kedai acheh kat luar perumahan ni jer
ReplyDeleteWalaupun seciput je tapi nampak cantik dan segar! Kalau saya pun nak beli bayam yg mcm ni sebab suka sayur bayam 💕
ReplyDeleteNice..Seronok kalo tanaman menjadi =D
ReplyDeletePuas bila dapat hasil drpd tanaman kita sendiri
ReplyDeletewah Dania, berjaya dengan bayam merahnya.. kena semai banyak sikit biji benih pas ni belajar dengan atok tu pandai bertanam kan SA :)
ReplyDeleteMenjadi ekk tangan Dania bercucuk tanam, ikut Datuknya PZ .. lepas ni boleh bertanam di rumah ..
ReplyDeleteSedapnya bayam fresh...
ReplyDeleteLinda pun masa belajar dulu, mcm dania jugak.. Hihihi...
Suka bayam juga tapi suka yang warna hijau. Dania saya tanam bayam hijau. Ya betul kalau tanaman fresh memang laku.
ReplyDeleteWahh dah boleh petik bayam si dania tu .. CCL suka bayam hijau
ReplyDeleteElok elok bayamnya pun kak. Sedap tu kalau terus dimasak. Menjadi juga hasil tanaman Dania dan kawan-kawan. Wahhh ke Gunung Datuk pulak ye. Nanti boleh ajak husband akak hiking Bukit Kepayang tu dekat sikit dan mudah.
ReplyDeletesedap tu bayam fresh
ReplyDeleteBest ni bayam fresh.
ReplyDeleteBayam merah ini saya sukaaaaa sangat. Bagus untuk anemia ❤️. Biasa saya hanya rebus saja, makan dengan sambal belacan
ReplyDeletelagi bersemangat laa.lps ni nak tanam bayam lagi
ReplyDelete