Friday, September 20, 2024

Breakfast Di Picnic House By NakCikit Taman England Seremban

Assalamualaikum...

Makan nak sedap, harga nak berbaloi, tempat nak cantik boleh ke dapat semua ni kat 1 tempat?

Boleh je u olls terjah ke Picnic House By NakCikit di Taman England Seremban. Ni first time SA pi sini..dah lama tau kewujudan cafe ni...17hb pagi tu SA tiga beranak ke sini untuk breakfast. Sebuah banglo menawan yang berubah menjadi tempat picnic atau lepak yang comel.  Suasana yang sangat tenang sambil-sambil menikmati sarapan pagi. Boleh repeat lagi kalau nak makan malam pulak la..sesuai untuk family crowd yang ada anak kecil jugak sebab ada disediakan tempat untuk anak- anak bermain sambil menikmati hidangan...

SA pilih makan di dalam rumah sebab matahari dah naik tinggi masa ni walaupun masa tu baru pukul 9 am.Okey la sarapan kat sini sebab cozy sangat...harga makanan pun okey berpatutan..paling suka yang 2 beranak tu la..dua-dua enjoy...SA bukan tak enjoy tapi lebih kepada kepenatan...

Kat sini nak order kena guna QR Code ye..so sedikit tak puas la sebab xde buku menu fizikal..tak dapat nak selak- selak menu..so pilih je la apa yang ada supaya cepat sebab perut dah lapar melampau...masa SA makan kat sini ada la beberapa family yang sedang makan..dan ada family yang masuk jugak lepas kami keluar..Rasanya well known la cafe ni..SA tak pasti plak viral ke tak tapi selalu nampak orang update kat Instagram dan Tik Tok..





Waktu malam cantik kat sini sebab SA pernah lalu..


ada menu western dan kampung flavors  


Ruang penyediaan minuman/ makanan


cookies yang dijual


Kopi Ko Teh?


suasana dalam rumah


husband and wife yang kurang rehat


One more pose



Pavlova



Butter cupcakes kot


Chocolate Brownies


soft cookies


ingat nak duduk sini..tapi panas


Suami ilih Kopi C dan Dania Butter Coffee, SA cuba dua2 satu sip..ermm...cannot go la..terus dan- dan tu ebrgelodak perut nak yak yak..nasib tandas dalam rumah tu dan bersih



Air SA teh o panas aje..


Dania kalau amaik gambar curi2 memang bagi kat dia



Makanan kami dah sampai


Nasi lemak pandan grilled chicken Dania punya


Nasi lemak pandan lamb grilled SA punya


Nasi lemak pandan classic suami punya


Ni ruang yang boleh buat aktiviti anak- anak sambil- sambil makan..ke SA salah



ke ruang makan bersila...i dont know..hahaa


 

So warga Seremban kalau mencari tempat sarapan yang tenang dan selesa, boleh la cuba ke Picnic House ni..asyik sarapan kat Mamak aje kan..Macam SA la dah bosan sarapan kat mamak..Dania cari je kat sini..sebenarnya lama dah nak try..baru ada peluang hari tu...

Macam SA cakap harga makanan sangat berpatutan..total damage SA tiga beranak makan RM60.80 kalau tak salah.

SA bagi 7/10 bintang...

Korang nak cuba makan kat sini?

Picnic House By NakCikit
403, Jalan Sikamat, Taman England, 
Sikamat, 70400 Seremban, 
Negeri Sembilan
Tel : 011-2721 8766

Waktu operasi setiap hari kecuali Isnin
Breakfast/ Brunch : 8am–2pm 
Dinner : 7pm–10:30pm

11 comments:

  1. Tertarik dengan cupcakes tu. Nasi lemak grilled chicken tu pun nampak menggoda.

    ReplyDelete
  2. Nampak cantik decomya, food pun nampak sedap

    ReplyDelete
  3. cantik deco dia...nieyl suka tempat2 mcnie...tenangggg

    ReplyDelete
  4. cantik kedainya kak, santai dan cantik betul

    ReplyDelete
  5. Pernah nak cuba breakfast kat situ sekali tapi fullhouse.

    ReplyDelete
  6. Makanannya menarik. Tempat pun sukaaa lah. Vibe nya homey sangat.

    Tp kalo butter coffee rasanya saya pun tak bisa kak 🤣🤣. Pernah coba minuman pakai tambahan butter, tak masuk di selera saya 🤭

    ReplyDelete
  7. uishhh... Taman England. Bukan kaleng-kaleng nama tempat kat sini.
    Tengok pun cozy tempat ni.

    ReplyDelete
  8. ada nampak kat ig nya jugak, tapi tu la...x pernah lagi try..in sya Allah..one day

    ReplyDelete
  9. nice deco esp tema warna putih tu i likeee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah