Tuesday, September 3, 2024

Bayam Dania Dah Tumbuh!!

Assalamualaikum..

Pagi ni SA dapat gambar-gambar dari Dania yang sekarang ni ada di ladang..alahaiiii....kesian SA tengok sayur bayam Dania..dh membesar la tapi sedihnya x banyak yang tumbuh sebab benih sebelum ni x elok...selepas 2 minggu baru la Dania semai semula dan dh nampak ada yang hidup..Dania cakap x pe la still  ada masa...

Dapat je gambar ni tadi SA terpesona dengan gambar pokok sakura Malaysia ni..eh..eh..kalau ada kat situ dh lama SA pose bawah dia..siap ada bangku tu ha x leh tahan la..rasa nak je pergi situ..haha..


Giler cantik la....


Bayam yg tumbuh hasil semaian benih sebelum ni..


Okey la ni dari takde kan..tapi tu la jarang2 plak jaraknya..


Berapa batang aje yang hidup dan membesar ni..cane nak buat report..


Ni baru nak tumbuh sebab semai semula hari tu...


Dania kata hari ni dia kena bersihkan longkang..aik..dipanggil longkang ke laluan antara batas ni...kira merumput la ni...buang rumput2 yang ada tu..


Kena bersihkan rumput-rumput yg tumbuh tu..


Dah bersih..


Bersihkan ye..jangan x bersihkan..


Kena siram sayur...doa2 la sambil.siram tu...supaya sayur tu cepat tumbuh dan membesar




Kaut rumpai guna alat yang biru tu..


 

Bukan senang nak senang ye duhai anak...bercucuk tanam ni kena banyak sabar..nak pulak bila melibatkan pelajaran kan..penat kejap aje...nanti dah semua mendatangkan hasil akan jadi seronok...nak nampak cantik batas tu kena la sabar tunggu sayur-sayur tu tumbuh...ikutkan bayam paling senang dan cepat di semai..tapi benih sebelum ni xde kualiti kan...so kena plak beli lain dan semai lain...

Semoga cepat la membesar sayur2 Dania dan peserta yang lain....

11 comments:

  1. Stay strong Dania. Insyaa Allah tumbuh subur bayam baru nanti.

    ReplyDelete
  2. ah ah..cantik plak pokok tu siap ada bangku kan..
    harap2 ni ni membesra dgn jaya nya bayam dania yer..

    ReplyDelete
  3. alat biru tu kami panggil pongkes

    ReplyDelete
  4. Seronok buat ramai-ramai camtu.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pokok tu. kat tempat cie pun ada jugak. Hari2 parking mengadap pokok tu tapi tu la tepi jalan & tinggi susah nak ootd. Yang ni sedang elok siap ada kerusi.

    ReplyDelete
  6. Ok bab benih yang tak baik tu ya boleh menyebabkan bayam tak tumbuh dengan baik. Macam benih bayam Dania saya ni....fridge rosak jadi benihnya panas. Hasilnya bayam Dania kecik2. Rupanya benih ni kena letak tempat sejuk.

    Alat biru tu namanya Pongkes. Ada belikan satu untuk Dania juga.

    Moga tanaman Dania tumbuh dengan sihat ya. Bab mencabut rumpai tu alahai....rumpai akan tumbuh dengan cepat bila selalu hujan.

    ReplyDelete
  7. Moga bayam dania tumbuh merimbun ya .. ehhh ada pokok sakura dah berbunga tu ..cantik laa

    ReplyDelete
  8. Oh Dania pun jurusan pertanian ya kak? Sama dengan Dania kak ezna jurusannya ya.

    Semoga nanti semakin baik dan subur tanaman2 yg Dania semai yaa 😊

    ReplyDelete
  9. cantik betul gmbr bunga tekoma dan bangku tu...moga2 bayam dania tumbuh byk2 dan suburrrr

    ReplyDelete
  10. ni habis je kelas, mandi2 terus booommm ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......