Monday, September 30, 2024

Hadiah Birthday Dari Uncle Haidy

Assalamualaikum..

Hi korang...

Saje je SA asingkan entry sebab gambar banyak..so khaskan entry ni untuk Nia...dapat jer tempat duduk semalam, dah order terus Uncle dia bagi paper bag..Uncle cakap nah...hadiah Dania...hope you like it...

SA memang dh tau awal...senyum lebar dia sebelum dia buka kotak tu...satu hal Uncle x balut pun..apoooo...


Mama suruh pose dulu sebelum buka hadiah


Tengok la muncung dia...


Dapat smart watch...


Abaikan habuk dari bekas tu sebab lapil tu baldu..memang perangkap habuk..haha


Smart jugak smart watch ni....Uncle..mama tanya untuk.mama xde ke? 😆😆


Lawa kan....


Candid photo



 

Jaga elok - elok jam tu ye...

Belajar rajin-rajin lagi...

SA ni bukan la seorang yang into smart watch...SA old school..x reti la nak setting2..orang heboh duk pakai smart watch yang boleh monitor steps, heart beat la..sync with hp la..bleh baca message apa segala..SA x ke arah tu..but kalau ada yang bagi SA amik je...hahahahha....

Pre- Celebration Birthday Dania

 Assalamualaikum...

Plan asalnya nak dinner di Allson Klana Resort, semalam SA dan suami singgah la AKR nak booking, malas nak call sebab lalu kat kawasan tu..sekali hampa ye korang. Hari Ahad xde dinner...ada BBQ dinner setiap Sabtu je...so x nak hampakan anak dara sorang tu bawak la pi kedai makan western kat Jalan Labu.

Okey la tempat ni..first time sampai dan xde la penuh sangat. Menu kat sini western dan ala-carte. Kami sepakat pilih western dan coffee...SA x put high expectation..SA x nak komen lebih..sebab banyak kureng la..sebab tu SA x letak high expectation. Boleh diperbaiki lagi la sebenarnya..syg pengunjung ramai dan vibes menarik tapi tu la...SA x nak cakap lebih sebab x nak jadi macam kes baru- baru ni SA kena hentam teruk oleh owner kedai sebab cakap makanan kedai dia x menepati citarasa SA dan dalam entry tu dah ramai komen..tak sanggup dia kalau orang x datang kalau disebabkan komen tu...SA pun x kan letak keywords nama kedai lagi dah lepas ni kecuali kalau betul- betul menepati citarasa..itu yang terbaik rasanya kan..sebab orang akan google lepas tu..x semua boleh terima apa pun komen pengunjung walau sememanganya rasa makanan tu perlu diperbaiki..












Yikea Meatball


Mushroom & Garlic Bread


Kami order coffee lain-lain perisa, the best part is x de label..jenuh rasa satu2 nak pastikan order masing2....


Cake untuk birthday girl, yg ada kinder bueno tu sedap giler, cheesecake kalau x salah..yg choc cake tu dry skit texturenya


Waffle ni Dania punya..x habis pun


Pizza, bawak balik sebab dah kenyang..PZ x makan pun..dia takut perut dia meragam



5 item ni bayar kat kedai kopi tu...balance food bayar kat cashier yang ada...so total RM140++









Experienced kat sini Dania selalu akan tanya rate by bintang...berapa bintang nak bagi...even kat mana- mana tempat makan pun...dia akan tanya...

SA 4.5 Bintang

Dania 5 Bintang

Uncle 5 Bintang

Masa ni Dania dapat hadiah birthday dari uncle dia jugak...special thanks to uncle...tersenyum simpul Dania ngan hadiahnya, siapa dh tengok kat FB tau la dia dapat apa...

Next Entry SA share ye...busy plak kejap tadi...biasa lah Isnin kan...

Menu Lunch Ahad, 29 September 2024

Assalamualaikum...

Semalam punya menu lunch..semalamx sempat nak update, lepak je petang semalam ngan PZ dan Dania while husband keluar..panas betul semalam, on aircond lepas tu lepak je la...

Petang plak Mak Lang dan Pak Lang datang rumah, pukul 5pm SA dah nak keluar celebrate birthday Nia. Ni bukan betul- betul celebration ye...ni pre-celebration sebab Ahad kat Allson Klana takde dinner. Sabtu je..mama confident nak walk in..haha...my mistake kat situ so postponed ke Sabtu nanti...kiranya ni makan saje2 dan uncle nak bagi hadiah je..

Eh pasal birthday celebration Nia tu kita up entry lain...jom tengok apa SA masak...

Semalam masak Asam Pedas untuk suami...dan beberapa menu lain...kat rumah SA ni memang susah nak jumpa 1 lauk je..mesti 2-3 lauk...dah biasa dari kecik macam tu..




Asam pedas ikan kembung


Sayur bayam yang Dania tanam


Telur dadar anak dara tu buat


Ikan gelama masam goreng terlebih garing..hahahah...


Sotong goreng tepung Dania buat...


Hari ni suami balik JB, petang nanti balik si ni semula..hari ni ada farewell dia..dalam pukul 3pm nanti dia balik ke Seremban semula..esok nak service baby Meyun tu 10k Kilometre. Baru 2 bulan dah 10k dah...pas tu next keta Dania plak...huiii...jenuh mama...

SA nak buat kerja jap...nanti SA up entry lain plak..

Sunday, September 29, 2024

Program CSR UCAM Di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu , Masjid Tanah Melaka

Assalamualaikum..

Semalam merupakan program CSR Team MPU Kemasyarakatan di Pusat Konservasi Dan Penerangan  Penyu, Padang Kemunting Masjid Tanah Melaka. Dania merupakan salah seorang peserta program..seriously SA baru tau ada pusat konservasi penyu dia Melaka ye...dan ianya di buka kepada orang ramai. SA ingat kat Trengganu je memandangkan Penyu banyak di sana..oooo kat Melaka pun ada...boleh la pergi dan buat aktiviti kat sini...

Tengok Dari gambar macam panas terik..kalau mama sure berkicap tiak ni..haha..bagusnya aktiviti Ini adalah ianya dapat memberi hebahan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga penyu iaitu haiwan reptilia unik yang semakin mengalami kepupusan dan program pemuliharaan populasi penyu sekali gus memberi kesan positif kepada ekosistem laut yang semakin terancam. Selain itu...orang ramai jugak boleh menimba pengalaman dan pengetahuan tentang habitat penyu..

Jom tengok gambar Yang Dania share..







Lawatan sebelum program CSR bermula Dan penerangan tentang Penyu










Penyu karah Yang selalu mendarat Di Melaka



Program CSR, bersihkan kawasan telur penyu




Cara -cara  Gali tempat telur yg dh menetas




Masa ni semua kena gali keluarkan telur Yang dah menetas dan tak menetas ikut bilangan yang ada pada kad putih tu


Telur yg tak menetas dan yg dah menetas


Telur Yang X jadi menetas


Telur Yang X jadi menetas


AJK program..Dania pun AJK rupanya



 
Seronok plak tengok diorang buat aktiviti ni...SA nak ajak suami la pergi sini nanti...sebab pusat konservasi ni dibuka untuk orang ramai....gerak aje tengok anak-anak Penyu Yang baru menetas tu...lagi satu mereka akan melepaskan anak -anak Penyu pada masa-masa yang ditetapkan sewaktu Malam. Anak -anak Penyu yang dilepaskan x semestinya akan hidup semuanya kerana terdedah kepada pemangsa. Jangkaan 1 dari 1000 ekor yang dilepaskan yang Akan berjaya hidup dan bebas Di lautan..

Best kan? Cuma masa sesi melepaskan Penyu tu SA x pasti ianya di buka kepada orang awam atau tak...kalau dibuka kan best kan?