Friday, September 13, 2024

No Caption


 Mood : KEEP MY BIG MOUTH SHUT


Farewell Mr Clive COO MCB


Assalamualaikum...

Hi korang...

Khamis minggu lepas merupakan farewell untuk Chief Operation Officer kami iaitu Mr Clive. Contract dia dengan MCB dah habis so dia tak nak sambung dan nak balik negara dia semula for good. So adalah majlis kecil- kecilan skit untuk dia yang level 11 buat..kami semua di jemput hadir macam biasa untuk memeriahkan suasana. 

Nampak sugul la Mr Clive sebab dia memang sayangkan MCB...sebelum ni dia sebagai Plant Manager di Johor, lepas tu naik jadi COO...tahun ni last dia kat sini...dia siap menangis lagi masa ni..merah- merah muka dia..ye la Mat Saleh kan...putih...merah la muka dia bila dalam keadaan sedih...


Butterscotch Cake best giler..


Satay


jelly pelbagai perisa


kuih muih...


Kari ayam


daging masak hitam


sayur campur


laksa


condiments for laksa




nasi impit kuah kacang


yang diraikan


butterflies in his stomach katanya


masa ni la dia sebak..


cake cutting ceremony..


ni makanan SA


amik satay skit


kuih muih


laksa




Kami semua dapat gift ni ye...comel dan cantik kan?

Cuti panjang korang pi mana..bestnya kalau dapat pi jenjalan satu family...esok depan rumah SA ada wedding...dia pinjam rumah SA jugak untuk PA System dan DJ..

SA esok ikutkan ada wedding officemate kena attend, tapi macam tak dapat pergi je..so SA dah kirim duit je kat kawan...harap- harap officemate SA tu x kecik hati la..bukan apa..Pak Zain x sihat..suami plak petang baru sampai kalau dia balik..kalau nak pi sendiri memang x la kot kan...SA pun tak familiar tempat tu...Dania lagi la x balik terikat dengan aktiviti Uni...mereput la SA cuti ni...kalau tak fikir Pak Zain tak sihat, dah lama SA plan pi mana- mana...tapi tu la..nak buat macam mana kan...

Thursday, September 12, 2024

Lunch Mee Udang Food Court

Assalamualaikum...

SA busy betul la hari ni...2 hari x bz sebab attend HR Day2U kan..tiba la masa bz sikit hari ni...apapun semua dah ok..SA dah relax dh ni...makan pun dah..sempat tido jugak...

Tadi SA cuba kedai baru kat food court bawah office ni...kedai ni ada jual nasi kandar ngan mee udang Perai...Perai tu maybe nama tempat kot..SA cuba la beli Mee Udang dia. Okey la sebab SA x letak high expectation pun...nanti nak cuba Nasi Kandar dia plak sebab tengok lauk menarik tadi...



Kedai ni kedai baru ye...


Mee Udang Perai RM8


Udang tu kalau x buang kulit rasanya lagi best tu


Kuah dia nak kata pekat tak pekat..ok la..

3 hari ni SA x bawak bekal...

Rasa malas nak masak bekal sebab balik rumah dah penat..Pak Zain pun x masak sangat..SA memang pesan tak yah masak banyak- banyak...Pak Zain x pandai masak sikit...dia masak selalunya mengalahkan ada 5 orang kat rumah...ni bila dah pesan memang dia x masak la sebab SA dah start x makan malam dah..kalau makan pun cuma meratah lauk je..x leh jadi la berat badan melampau naik ni..SA ni x leh berat sanagt badan..bila berat akan cepat trigger penyakit sampai...demam la..apa la..kena jaga ni sebab bulan 11 nanti SA ada family day dan akan join Fun Run...


Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...

Baru- baru ni SA dan Pak Zain xde selera makan..Pak Zain ada beli ayam bahagian whole leg tu dalam 3 keping. Pak Zain ada mintak SA buat ayam goreng kicap. SA nak bagi Pak Zain berselera makan, cuba la cari resepi dan jumpa resepi ni..kalau ikut biasa SA masak cincai- cincai aje..tapi kali ni cuba la resepi orang lain..Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je dan tak pernah la SA curah kicap aje selama ni..bahan2 lain jugak main peranan untuk dapatkan rasa yg sedap kan...

Jom tengok resepi dan bahan yang SA guna ikut orang lain punya masakan...dan ternyata mudah serta sedap ye..Bahagian paling sedap buat masak kicap adalah kepak, paha dan thigh.



 
RESEPI AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)

1 biji Bwg merah (hiris)

2 ulas Bwg putih (ketuk)

Halia (hiris)

tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..

1 senduk cili kisar

1 sudu rempah kari daging (optional)

2 sudu sos cili

1 sudu sos tiram

2 sudu sos abc

1 sudu kicap pekat

4 sudu kicap lemak manis

1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)

1 btg Kayu manis

2 Bunga cengkih

1 bunga lawang

1 btg serai (ketuk)

Bwg besar potong bulat

Ubi kentang (goreng dulu)

Cili padi

Daun sup & daun bwg


CARA-CARA :

Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkn bwg2 n halia yg ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah myk.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat..

masukkan ayam goreng... gaul sebati

nampak pekat sgt masukkan air... dah masak.. tabur cili padi

dgn daun sup & daun bwg

*tak perlu letak bahan perasa sbb kicap2 n sos dh cukup manis n masin..


Kredit : Mami Mirza FB


Mama Opick Bz Hari Ini


 Assalamualaikum 
Aunty and Uncle....

Mama Opick cakap....mama busy...mama banyak kerja...

Nanti tengahari mama Opick dah tak busy dah...

Jumpa nanti yee........

P/S : Comey tak Opick?


Wednesday, September 11, 2024

HR Day 2U Day 2~ Talk Financial Literacy

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari ke 2 HR Day 2U..hari ni ada talk yang disediakan untuk tajuk  Financial Literacy. Talk ni lebih kepada cara-cara bagaimana nak manage wang kita. Lama gak a talk tadi dalam 1 jam.lebih termasuk Q&A dan Lucky Draw...

Untuk Lucky Draw SA xde luck...aktiviti lain dapat la hadiah...




 Selfie is a must..


One more...


Sembang Finance by Mr Wilson Leong



Lepas settle talk semua baru la SA check body plak...menyesal la check...sebabnya elok x tau masalah dari tau..bila dah tau terus mental SA down..sebab apa?

Sebab SA over weight...😭😭😭

Banyak kilo nak kena buang ni bila machine tu dah set target berat SA... untuk ketinggian SA, berat yang sesuai adalah 57.1kg...so...berat sekarang 68.4kg...11.3kg kena buang...Fat plak 14.6 nak kena hilangkan...muscle control kena tambah 3.3kg..




Malas dh nak tengok bacaan tu semua...terus SA rasa down...terus terbeli buah banyak...hahaha...ada booth jual buah..4 box RM55, SA beli anggur muscat, Limau dan anggur hitam...

Lepas tu main pusing2 roda tu..terus dapat health snack..



Health snacks merupakan kekacang pelbagai flavour


Check jantung, jantung SA normal..dapat stress ball ni...comel kan?


Buah yg SA beli 4 box RM55


Tyeso Insulated thumbler merupakan door gift untuk tahun ni..


Cantik kan? SA amik warna purple...

Alhamdulillah  selesai dah HR Day 2U..jumpa lagi tahun depan kalau ada insyaallah...jumpa lagi next program November nanti ada Family Day plak..buat kat Taman Botani Shah Alam..dh la x leh bawak Dania sebab dah lebih umur..SA ngan suami je la nanti...masa tu nanti ada Fun Run 5KM....

Tamat dah HR Day2U untuk tahun ni...

Jumpa lagi tahun depan....


Hadiah Farewell Adrian

 Assalamualaikum..

Last week Adrian datang office untuk meeting. Dia kan dah tender and dalam proses menghabiskan cuti..hadiah farewell dah beli dh...so kami pun buat la sesi menyampaikan hadiah sebagai tanda kenangan...

Sambil-sambil tu dia berterima kasih la kat kami sorang-sorang dia sebut..dari plan kejap aje jadi lama...hilang dh salah sorang boss paling best...yang tinggal ni x tau la...
















Seronok dia dapat bag mahal jenama Thule...sesuai la untuk dia yang sangat active...dia memang aimed bag tu tapi sebab sibuk dan kekangan masa dia plan nak beli la dalam masa dia cuti ni..sekali kami semua dh bagi...seronok la dia..dia cakap jangan bini dia amik dh la sebab bag Thule tu memang sporty dan smart...

All the best Adrian...please keep in touch.


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah