Wednesday, August 28, 2024

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA terajin skit buat entry awal pagi..lepas tu buat plak entry yang ni...hahaha...bukan la takde kerja..tak banyak kerja sebenarnya...Isnin SA buat asam pedas tu sebenarnya SA cuti emergency..Dania plak cuti peristiwa dan suami mencutikan diri dia sendiri...orang dah tender and nak pindah kerja kat KL kan...habiskan la cuti apa yang ada...settlekan semua urusan yang tertangguh...

Eh jom la tengok menu dan resepi asam pedas untuk lunch Isnin hari tu...




Ikan Pari memang sangat sedap kalau dimasak asam pedas. Cuma pastikan basuh ikan pari bersama sedikit pati asam jawa supaya hilang bau hanyirnya. Alhamdulillah SA dapat ikan pari yang segar dan tidak berbau hancing..kecewa kalau beli ikan pari tapi sampai di rumah ikan pari berbau hancing..ada jenis- jenis ikan pari berbau ye kalau korang nak tau..

Asam Pedas Ikan Pari  sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau juga bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Memang hidangan yang membuka selera.SA goreng ikan gelama masam aje masa ni...ikutkan nak buat telur dadar tapi dah banyak sangat pulak lauk..so ikan masin gelama masam goreng aje dah la...


Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan asam pedas:
  • 1 ekor ikan pari, potong kecil 
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu kecil halba
  • 1 batang serai
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Kacang bendi
  • tomato
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
Cara Masak :
  • Blender bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  • Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
  • Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
  • Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan bendi, tomato, bunga kantan dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
SK komen semalam kalau nak lagi sedap letak lada hitam..okey nanti next SA cuba ye...

Lepas tu SA tambah sayur kangkung goreng, Dania goreng keropok ikan dan SA up ikan gelama masam goreng...




 
Alhamdulillah suami suka, PZ pun suka..Dania pun siap bawak bekal pi Kolej...SA memang masak banyak..and frozen kan untuk bekal...Now dah tau dah macam mana nak masak asam pedas yang sedap...kuah kena pekat x boleh ceroi ye...

Lepas ni boleh la buat lagi...tunggu semua balik berkumpul dulu...teringin nak buat asam pedas daging tetel..tapi macam x yakin plak...

7 comments:

  1. Nieyl suka makan masak asam pedas ni cuma ikan pari tu nieyl mmg kurang dan sebenarnya tak makan pun ikan pari..tak tahulah kenapa, nieyl dengan seorang abg nieyl pun mmg x makan ikan pari ni tapi husband, mak ngan ayah nieyl makan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak.. fav ni.. ada ikan masin, kena plak kangkung..memang ngam sgt...

    ReplyDelete
  3. Dugaan betul bila bw lunch time ni haha...
    Sayang kalau terkena ikan pari yg hanyir kan, udah la mahal harganya. Kena cuci betul²kan...

    ReplyDelete
  4. sedap betul la asam pedas ni..i nak save resepi u ni hahah cuma tak tau la bila nak buatnya

    ReplyDelete
  5. Kadang kan.. masa beli ikan pari tu takde pun bau hancing, tapi sampai rumah bila nak masak ada bau.. pasaipa pun tak tau. geram je rasanya.
    oooo... resepi asam pedas ni ada bubuh halba.
    Akak kan halba ni tak tau nak masak apa selain gulai/kari ikan. Itu yang tak habis-habis halba kat rumah. Lepas ni boleh try bubuh.

    ReplyDelete
  6. Dah kawin dgn bangsa Johor kenalah pandai masak asam pedas pulakkan. Betullah yg SK ckp tu masukkan lada hitam, lebih ngam. Kalau SIL ammi dia letak jintan juga tp ntahlah jintan manis ke yg putih ntah

    ReplyDelete
  7. JD teringin nak cari asam pedas 🤣🤤. Di sini ada resto ikan pari, tp dibuat mangut (semacam gulai orang Jogja) . Belum ketemu pula yg buat asam pedas

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......