Thursday, August 22, 2024

Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Perimenopaus (Pre-Menopause)

 Assalamualaikum...

Hi korang..Khamis dah hari ni...hari ni SA nak share dengan korang masalah yang SA hadapi dan SA dah rujuk doktor SA baru- baru ni...SA diberi surat rujukan ke Pakar Gynea untuk dapatkan nasihat dan rawatan. Secara tak langsung masalah ni buatkan SA sedikit stress sebab symtom- symtom memang dah ada..Doktor SA pun dah check SA keseluruhan 10hb lepas..SA dah mula mengalami symtom Pre-menopause atau disebut Perimenopaus dalam bahasa Melayu. Banyak la soalan dari doktor hari tu...bila mula period, keadaan SA semasa period..yada..yada...nampaknya SA kena la jumpa Doktor pakar sakit puan secepat mungkin...tak nak la ambil mudah memandangkan ia akan melibatkan macam- macam especially mental dan emosi...

Kawan- kawan cakap ini memang semulajadi dan ramai aje dah hadapi..tapi at this age 46yrs for me macam too early. Faham perubahan kepada setiap wanita adalah berbeza dan punca adalah dari lifestyle dan pemakanan but..SA rasa sedikit down sebenarnya...symtom ni banyak ubah SA sebenarnya. Berubah dari segi emosi adalah paling teruk..


Jom baca info tentang Pre-Menopause yang SA dapat dari WEBSITE PANTAI SA share kat sini untuk korang ye...



Photo source from google.com

Perimenopaus ialah proses biologi semula jadi yang menandakan peralihan ke arah menopaus dan boleh bermula pada usia 40-an wanita, walaupun boleh bermula lebih awal atau lewat, bergantung kepada beberapa faktor.

Panduan ini akan menerangkan semua perkara yang anda perlu tahu tentang perimenopaus, termasuk gejala, punca dan pilihan pengurusan. Pemahaman yang lebih mendalam tentang fasa ini boleh membolehkan wanita menangani kesihatan mereka dengan lebih baik.

Apakah Perimenopaus?

Perimenopaus ialah fasa peralihan antara tahun reproduktif wanita dengan menopaus. Kebiasaannya bermula beberapa tahun sebelum menopaus.

Pada peringkat ini, badan wanita mula mengurangkan pengeluaran estrogen dan progesteron, lalu menyebabkan perubahan dalam kitaran haid, menyebabkan haid menjadi tidak teratur. Gejala lain termasuk berpeluh malam, kesukaran tidur, panas badan dan perubahan mood.

Apakah Perbezaan Antara Perimenopaus dan Menopaus?

Menopaus adalah kejadian semula jadi yang diperhatikan dengan pemberhentian pengeluaran telur dalam ovari wanita dan penurunan pengeluaran hormon wanita secara beransur-ansur iaitu estrogen dan progesteron. Seorang wanita dianggap telah mencapai menopaus apabila tidak lagi mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut.

Sebaliknya, perimenopaus ialah tempoh sebelum menopaus apabila tubuh wanita sedang beralih kepada menopaus.


Bilakah Perimenopaus Bermula?

Perimenopaus boleh bermula pada bila-bila masa semasa wanita berumur 40-an, juga boleh berlaku seawal pertengahan 30-an wanita. 

Jika menopaus berlaku sebelum umur 40 tahun, keadaan ini dipanggil menopaus pramatang atau awal. Peralihan awal ini boleh dikaitkan dengan penyakit atau rawatan perubatan yang sedang diterima.


Berapa Lamakah Perimenopaus Berkekalan?

Perimenopaus boleh berlangsung selama beberapa tahun, dengan tempoh purata sekitar 4 tahun. Namun, sesetengah wanita mungkin mengalami perimenopaus selama beberapa bulan atau selama 10 tahun.

Apabila seorang wanita tidak mengalami haid selama lebih setahun, dia telah memasuki fasa menopaus.


Apakah Tanda-tanda Perimenopaus?

Tanda-tanda perimenopaus boleh berbeza-beza antara wanita dan terdiri antara ringan hingga teruk. Sesetengah wanita mungkin mengalami hanya beberapa gejala, manakala yang lain mungkin mengalami pelbagai gejala. Berikut adalah beberapa gejala yang biasa:


Haid tidak teratur:

  1. Tempoh haid mungkin menjadi tidak teratur dari segi perubahan tempoh kitaran dan aliran.
  2. Panas badan dan berpeluh malam:
  3. Rasa panas badan secara tiba-tiba dan sengit, selalunya disertai dengan peluh yang berlangsung selama 5 hingga 10 minit.

Perubahan mood:

Perubahan mood adalah perkara biasa semasa perimenopaus, termasuk perubahan angin, ragam dan kemurungan. Perubahan ini mungkin berkaitan dengan turun naik hormon yang berlaku semasa perimenopaus.

Kesukaran tidur:

Ramai wanita mengalami gangguan tidur akibat turun naik hormon. Gangguan ini mungkin juga berkaitan dengan panas badan dan peluh malam.

Kekeringan faraj:

Pengurangan estrogen boleh menyebabkan tisu faraj kehilangan keanjalan dan pelinciran. Ini boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks, menyebabkan penurunan keinginan seksual pada pertengahan umur.

Kesuburan berkurangan:

Tahap kesuburan berkurangan secara semula jadi semasa perimenopaus, tetapi kehamilan tidak mustahil berlaku.

Bilakah Saya Perlu Berjumpa Doktor?

Walaupun gejala perimenopaus boleh menyebabkan rasa tidak selesa, biasanya tidak perlu dibimbangkan. Namun, wanita harus mendapatkan rawatan perubatan jika gejala yang dialami adalah teruk atau sukar untuk menjalankan tugas harian.


Beberapa petanda anda perlu mendapatkan nasihat perubatan:

  1. Gumpalan darah haid.
  2. Pendarahan tidak teratur antara kitaran.
  3. Pendarahan selepas hubungan seks.
  4. Perubahan mood mengganggu keupayaan anda untuk bekerja.

Bagaimanakah Perimenopaus Diuruskan?

Pengalaman setiap wanita adalah berbeza-beza. Namun, terdapat beberapa pilihan boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat perimenopaus.

Terapi hormon: 

Boleh mengurangkan gejala perimenopaus seperti panas badan, perubahan mood dan haid yang tidak teratur.

Pelincir dan pelembap faraj: 

Boleh digunakan untuk mengurangkan kekeringan faraj dan ketidakselesaan semasa hubungan seksual. Pilih alternatif berasaskan air untuk meminimumkan risiko kerengsaan. 

Pemakanan yang sihat: 

Diet yang sihat boleh membantu menguruskan penambahan berat badan dan gejala perimenopaus lain, termasuk risiko osteoporosis dan penyakit jantung yang lebih tinggi. Makanan diet rendah lemak dan kaya dengan kalsium dan serat (iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh). Elakkan makanan diproses, minuman manis dan jumlah alkohol yang berlebihan.

Senaman: 

Senaman yang kerap boleh membantu menangani penambahan berat badan dan meningkatkan mood serta kualiti tidur. Cuba lakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman sederhana setiap hari, seperti berjalan pantas, berbasikal atau berenang. Namun, elakkan bersenam sebelum tidur. Bagi wanita yang lebih berusia, bersenam secara kerap membantu pertumbuhan tulang, meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko patah pinggul. 

Dapatkan rehat yang mencukupi: 

Rutin tidur yang sihat adalah penting dan sebaiknya sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam. Elakkan pendedahan kepada skrin sebelum tidur, cipta persekitaran yang tenang dan santai pada waktu malam, elakkan kafein atau alkohol sebelum tidur.

Menguruskan tahap tekanan: 

Melibatkan diri dalam teknik mengurangkan tekanan boleh melancarkan peralihan kepada menopaus dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. Beberapa kaedah untuk dicuba ialah yoga, meditasi, senaman pernafasan dalam dan kewaspadaan.

Bolehkah Saya Hamil Jika Saya Dalam Perimenopaus?

Walaupun mungkin untuk hamil semasa perimenopaus, situasinya semakin rumit kerana tahap hormon berubah-ubah dan ovulasi menjadi kurang kerap. Wanita yang ingin mengelakkan kehamilan harus menggunakan kontraseptif sehingga telah 12 bulan berturut-turut tidak mengalami haid.

Atur Janji Temu di Hospital 

Perimenopaus adalah peringkat semula jadi kehidupan yang menandakan peralihan daripada tahun reproduktif kepada menopaus. Walaupun gejala mungkin membuatkan wanita tidak selesa, gabungan rawatan perubatan dan gaya hidup boleh membantu anda menguruskannya.

Berbincang dengan doktor anda tentang gejala yang dialami dan bekerjasama untuk membentuk pelan rawatan yang diperibadikan. Dengan penjagaan yang betul, wanita boleh menguruskan perimenopaus dan menikmati kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.


Tolong korang berikan SA kata- kata semangat sikit untuk SA lalui stage yang paling ditakuti oleh wanita ni...SA dah hampir 2 bulan x datang period. SA dah buat ujian kehamilan 5 kali..boleh dikatakan setiap minggu. Dan dah scan jugak masa jumpa doktor hari tu..tiada tanda- tanda SA hamil. Stress oii...badan rasa tak selesa..sentiasa panas dan SA alami anxiety jugak...

Ada sesiapa yang dah lalui fasa ni? jom share pengalaman korang..tak perlu malu sebab semua wanita hadapi dan akan hadapi fasa Pre-menopause ni kan..at least hati SA ni boleh tenang dan emosi SA ni pulih..SA akui memang SA x boleh terima kenyataan tapi SA sangat-sangat stress dengan perubahan yang SA alami.

12 comments:

  1. Semoga semuanya dipermudahkan utk SA 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. moga fasa tu akan berlalu dgn lancar nya..semua wanita pun akan mengalami tp umur 46 tu mcm awal lah jugak...ada my colleague, seawal 40 pun dh menopouse (tp rare case)..dia memang mkn mcm2 supplement lps menopaose tu utk maintain healthy...nmpk dia happy2 jer pun...dia pernah jd single mom lama jugak (anak 2 org) sblm remarry tp of course dh tak de anak lah utk 2nd marriage tu (may be mcm ada persamaan dgn situasi SA)

    ReplyDelete
  3. bab ni mmg berbeza2 depend pd bdn masing2 bila baca org share...ada yg awal juga tp ada baca juga certain org akan emosi tidak stabil tp ada juga yg ok....smoga dipermudahkan utk SA...

    ReplyDelete
  4. Nice sharing sis...Sy ade kenal sorg akak ni..Dia pun mcm dah dlm fasa premenopouse sbb once period, mmg lama smp 3 minggu..Kalo x dtg period tu smp 3 bulan xde period. Kalo dah dtg tu dia main tikucak plk...On Off..Semoga semuanya baik2 aje utk sis ya...

    ReplyDelete
  5. semoga dipemudah kan untuk SA...risau jugak, rupanya time nie lah ramai yang "ter" pregnant...sebab igt ovari dah tak proses telur kan...

    ReplyDelete
  6. Ha’ah tak sama setiap org. I pun tak sangka masih diberi peluang “cuti solat” (abc) oleh Allah lagi. Kwn2 I ada yg meno pd usia 30an, ada yg disbbkn operation buang rahim.

    Tp jika one day, masanya sampai, I kena ingat pesanan jiran I (omputeh), menopouse adalah waktu yg best sbb kita tak perlu mikir kehamilan, pakai pad dsbnya. Bg kita org Islam pula, masa tu akn byk waktu dgn Allah.

    SA jgn sedih2 or takut2. Ramai je org terhenti haid bukan saja 2 bln, tp bertahun pastu haid lg. Mungkin sbb “V” pun iya kot, sbb yg lebih junior dari I pun ada yg mcm tu skg ni. Wallahualam.


    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudah kak SA... setiap wanita kena lalui fasa ni x kira cepat atau lambat... jgn stress ye

    ReplyDelete
  8. semua wanita akan melalui fasa ni...dont worry kak SA... stay positive!!!

    ReplyDelete
  9. takpe tenang-tenang je. kita asyik fikir je karang HBP pulak mencanak.

    ReplyDelete
  10. Insyaa Allah smooth semua. Kita kena laluinya.

    ReplyDelete
  11. Sharing yang berilmiah tapi memang setiap orang akan mengalami keadaan yang berbeza cumanya cara kita nak menanganinya. Kalau bab panas memang ya. Orang lain sejuk kita yang panas tapi melalui pembacaan boleh juga kurangkan minuman yang berkafein sebab terlebih kafein boleh menyebabkan demam, cirit birit, kehausan, mudah marah, badan rasa panas. Pernah ada kawan pula awal 40an dah tak datang haid disebabkan dia buang rahim sebabnya ada cyst. Dr kata nak buang atau tak. Cyst ni bila kita dah tak datang period takde la masalah cyst ni. Dia pula sejenis yang bila dtg bulan sakit teruk jadi dia pun buang rahim dia. Tetapi dia ada ambil ubat terapi hormon. Dia kata nak beribadat senang sikit. Ada pula kawan lewat 40an pula mengalami pendarahan period lagi lama dari 7 hari sampai badan dia penat sangat sebab kurang darah. Dr kata pre menopause. Kita pasti akan melalui juga fasa tersebut tetapi bagus SA share pengalaman. Kita sebagai orang perempuan kena support kawan perempuan kita yang lain. Kemurungan tu kalau nak kita lupakannya buat aktiviti yang menggembirakan SA macam window shopping, mengurut (saya rasa ni sangat membantu), tengok movie yang bersemangat ke, baca novel....so that murung tu kita boleh lupa kejap. Bila kita murung kita ni senang menarik benda2 yang -ve. Fadzilah Kamsah pernah cakap dalam motivasinya....kalau kita +ve...kita akan menarik aura yang +ve juga. Jadi kita akan menarik kawan2 yang +ve juga. Lagi....bila keluar hormon gembira (hormon endorfin) kita akan gembira seperti bersenam dan makan coklat. Paling baik ialah makan Black Chocolate.

    Moga urusan SA dipermudah ya....jaga diri.... :) (maaf terpanjang).

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......