Assalamualaikum..
Hari ni SA busy betul ye...kesana ke sini melayan suami, anak dan Pak Zain..bawak Pak Zain berjalan..nanti la SA update kisah tu...yang penting SA seronok tengok Pak Zain happy hari ni..sampai lenguh-lenguh ikut kami 3 beranak berjalan..paling seronok tengok Pak Zain kat kampung nelayan pagi tadi..kalau korang nak tau Pak Zain tu hobbynya menjala, x kira la sungai ke laut ke..banyak tempat singgah tadi semua orang dia tegur...kenal ke x kenal ke dia tegur je...siap borak macam dh kenal lama..
SA nak citer menu SA masak Jumaat malam dan malam ni..
Kailan ikan masin
Ikan keli masak lemak cili api Pak Zain masak
Teur dadar campur tomato
Ni plak menu malam ni...berdua masak dengan Dania..SA ajar dia buat sambal belacan hari ni..supaya senang kalau mintak tolong dh boleh buat dah..mana yg senang dulu SA ajar...
Sambal belacan untuk malam ni Dania buat
SA celur bendi dan pucuk ubi
Ikan bilis tamban goreng berlada
Telur itik masak lemak cili api campur daun kunyit...
Mencabar ye masak telur itik tu..nak kena sabar dan focus..SA kalau masak telur itik kuning tu nak kena half cook baru sedap..suami pun dah pandai makan..so SA memang belajar dengan Pak Zain masak telur itik...
Now tunggu suami balik dari buat grab kejap kat bandar Seremban..saje dia nak test market..mana tau nanti dh pindah sini senang..ye suami SA part time bawak grab..buat tambah-tambah perbelanjaan..dia ni jenis x reti duduk diam..semua dia nak buat...syukur la dia rajin usaha...
Menyelerakan lauk-lauknya...
ReplyDeleteIkan bilis tamban tu sedapnya lahai. Gu kan pulak dengan telur masak lemak.....terus terliur...
ReplyDeleteTadi saya lihat di IG telur itik masak Cili api ini, langsung terliur. Kali inn lihat lagi di blog, ya Allah lapaaaar langsung 😄😅
ReplyDeleteTadi saya lihat di IG telur itik masak Cili api ini, langsung terliur. Kali inn lihat lagi di blog, ya Allah lapaaaar langsung 😄😅
ReplyDeletesedapnya masak lemak telur itik tu... sy masih x reti buat telur jd mcm tu.. cantik je bulat sebijik... katanya kena pecah dalam air mendidih dulu br masuk dalam kuah masak lemak tu.. mcm tu ke kak SA buat?
ReplyDeletealhamdulillah sedap2 belaka
ReplyDeletealhamdulillah..semua nampak sedap as usual...
ReplyDeleteIkan Keli masak cili api sedapnya SA
ReplyDeleteAmmi masak memula kawinkan, confident masak lomak tolo itik pakai tolo masin. Hahahah. Husband balik kerja makan dia kata sedap tapi terlebih masin….hahaha mana ku tau masa tu telur itik (tak masin) tu wujud.
ReplyDelete