Wednesday, August 7, 2024

Lunch Di Sultan Salai, Simpang Ampat, Melaka

Assalamualaikum...

Masih lagi cerita bulan lepas..masa hantar Dania register Sem 2 kat UCAM. Lepas je register tu kami berdua tak terus balik rumah tapi kami ke Sultan Salai Simpang.Jika datang korang ke Alor Gajah melalui Lebuh Raya PLUS di susur keluar Simpang Ampat terdapat sebuah kedai makan yang menawarkan pelbagai juadah masakan dan yang pastinya juadah utama ialah salai. 

Tidak jauh dari bulatan Simpang Ampat kedai ini sudah kelihatan dengan papan tanda kuning. Kedai ni hanya kelihatan seperti kedai makan biasa, namun sebenarnya kedai ini  terletak di tepi jalan Kampung Taboh Naning di sini, mempunyai pelbagai menu salai  istimewa serta menjadi sebutan ramai. Kedai makan yang dinamakan Sultan Salai itu, menyediakan lebih 30 menu masakan berasaskan salai dan lauk kampung untuk dinikmati oleh para pelanggan. 

Antara menu paling mencuri perhatian para pelanggan adalah masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api itik salai, masak lemak cili api ayam kampung salai, masak lemak cili api keli salai, masak lemak cili api talapia salai, masak lemak cili api siput sedut, masak lemak cili api telur itik dan ulam – ulaman




Masa SA dan Dania sampai sini hujan lebat...terpaksa parking di bahagian belakang sebab depan kedai dah penuh...ramai yang datang dari crowd yang hantar anak- anak register belajar..SA dan Dania redah aje..leh tahan tinggi tangga tu...hehehe...



Pintu masuk















Ni yang SA dan Dania amik...semua total termasuk air RM80







Masa kami duduk kat meja xde ramai orang


Tak lama tu rmaai giler...

Boleh tahan la makanan kat sini cuma pedas....kalau tak pedas tak NS la kan..tapi kitorang kat area Melaka..hehehe...mana lauk x habis tu SA suruh Dania bungkus, nak bungkus kena buat sendiri..plastik bungkus dah disediakan ye....


Korang nak terjah?

Alamat
Sultan Salai
Batu 20 Kampung Taboh Naning,
78000 Alor Gajah,
Melaka.
Tel : 011 - 2124 8292

9 comments:

  1. Siput sedut masak lemak tu kan..memang mengoda la..
    sebenarnya dari pagi tadi asyik terlintas dalam kepala nieyl siput sedut masak lemak je tau..
    Entry akak ni betul2 menduga nieyl betul la..nampaknya weekend ni kena cari siput sedut la dekat pasar...

    ReplyDelete
  2. huhu seram bab pedas tu SA kalau orang negori sendiri yang komen pedas adaoiyai... :)

    ReplyDelete
  3. Sultan Salai kawan fb saya. Dulu bermula dengan kecik je. Sekarang ni dah maju dah. Siput sedut tu sukanya. Masaknya tak reti. Makan je reti....

    ReplyDelete
  4. lama tk mkn siput sedut,,,sedapnya tp kalo pedas tkleh tahan...kita tk mkn pedas sgt

    ReplyDelete
  5. Linda tak suka siput sedut... Sebab tak reti sedut... Hahaha... Tapi, kalau husband nak makan... Linda suruh dia siang sendiri, n linda masakkan...

    Jarang ke arah situ, ikot bulatan terus balik rumah dekat sg udang.. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Sedap sangat lauk-pauknya SA....alahai, terliur pulak!

    ReplyDelete
  7. Datang awal kot ya, nengok lauk-lauk pun macam ada yang belum bersentuh.
    Nampak semua sedap-sedap. Suka nya restoren masakan kampung gini.

    ReplyDelete
  8. Oh maaaiii sedap nya, banyak nya pilihan.

    ReplyDelete
  9. Suami kita org melake kak ooii. Memang sejenis makan pedas jugak dorang ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......