Friday, August 2, 2024

Dania Sertai Program Saringan Kesihatan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua...

Semalam Dania bg tau dia attend program kat  Uni dia..Program Kesihatan Panel Penasihat Alor Gajah. 

Ada la sesi saringan kesihatan, check gula dalam darah, tekanan darah tinggi, HIV dab Pap Smear. Ada ceramah jugak dan tajuk ceramah Risiko Remaja Hamil dan Ceramah tentang Vape.

Semua saringan kesihatan Dania buat termasuk la pemeriksaan payudara...terus dia message SA...hahaha..biasa la anak oiii..memang la kena check kat situ..yang check pun nurse perempuan terlatih kan..



Banyak darah mengalir lambat stop katanya


Semua pun ok cuma BMI x ok..terlampau berat dan kena turunkan banyak jugak..berat dia dh cecah 70kg, kena turunkan at least 10kg


Tu la asyik makan je..kan dh berat..mama baru 64-65kg





 Dapatlah cenderahati yang sangat2  berguna...fingertip pulse oximeter, ada thermometer..yg hitam tu x nampak plak apa..


Program macam ni sangat-sangat bagus di adakan secara menyeluruh. Kalau boleh di semua sekolah dan semua universiti. Kesedaran untuk utamakan kesihatan perlu dipupuk agar murid-murid cakna dengan pelbagai masalah kesihatan di negara kita. Kadar kehamilan di kalangan remaja pun amat menakutkan. Program saringan kesihatan memang wajar dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengesan risiko penyakit kronik dan sebagainya. 

SA berharap sangat agar program sebegini dapat memberi impak positif dikalangan pelajar dan anak-anak remaja.

Alhamdulillah  Dania sihat cuma perlu turunkan berat badan sebab BMI x cantik..hahaha...

9 comments:

  1. Bagus program mcnie...
    skrg ni pun office pun ada buat juga saringan mcnie...
    bagus sebenarnya kan..memberi kita kesedaran banyak tentang tahap kesihatan kita nii..

    ReplyDelete
  2. Program yang bagus ni. Paling best dapat cenderahati yang kita guna pulak tu.

    ReplyDelete
  3. bagus la program ni dan banyak jugak alatan kesihatan yang dapat tu kak, kalau beli mahal jugak tu

    ReplyDelete
  4. dania lagi berat dari mamanya yer...err berat SA sama range mcm berat MZ laaa...satu geng hahah MZ nak kena lose weight bg max 60kilos jer sbb bj2 byk dh ketat niiii

    ReplyDelete
  5. Dania muda lagi.. senang tu nak turun berat badan.
    Mama & atuk plak masaknya semua sedap2.. takkan nak tolak makan 😅

    ReplyDelete
  6. insya allah bole turun berat dania tu...best dpt gift tu

    ReplyDelete
  7. Belum kahwin boleh buat pap smear ke SA?

    Dania kena selalu jog or briskwalk pepetang lepas kelas. Pastu kene cuba cut down sugar at least cut 1 cawan sehari

    ReplyDelete
  8. Insyaa Allah nanti bila banyak kerja, assignment mesti turun, macam anak solehah ni jugak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......