Wednesday, August 7, 2024

Dania Dan Aktiviti Ladangnya

Assalamualaikum...

SA dah tau dah Dania kena tanam apa...semalam Dania hantar gambar- gambar ni kat SA..Dania kena tanam sayur bayam merah dan bendi uolls...

Tengok jer gambar ni rasa kesian plak dengan Dania..alahai...hitam lah kulit dia..dia dah la x berapa cerah...bila ada aktiviti macam ni mesti extra penat kan...kesian dia...tapi demi untuk berjaya dalam sem 2 ni memang la dia kena usaha keras...hidup ni mana- mana pi pun memang keran duhai anak...

Nampaknya diorang dah semai benih dah minggu ni...tak sabar nak tengok benih- benih tu tumbuh subur...ikutkan SAa nak engok dia tanam jagung macam Dania Ezna...tak kesampaian nampaknya...



Benih bayam merah


Benih bendi


Memang SA pesan pakai topi dan minum air kosong banyak- banyak untuk elakkan strok haba..musim panas kan sekarang...


Topi tu topi mama masa hiking...


Siap kena ikut ukuran yang dah ditetapkan


Siram tanah dulu


Ni apa benda erk


Taburkan benih kot ni


Selawat kakak...supaya subur sayur- sayurnya...musim panas ni kan risau plak kalau benih- benih tu tak menjadi..

 

Semoga sayur- sayur yang di semai tumbuh dan hidup subur...kena pesan, jaga sayur ni dengan penuh kasih sayang...nanti boleh tanam sayur kat rumah...cara PZ tanam sayur lain...kat kolej of course lain sebab ada step by step yang perlu diikut kan...apapun kita tunggu la update dari Dania nanti...mesti dia seronok kalau benih- benih tu bercambah dengan suburnya....

11 comments:

  1. Seronok kalau tengok pokok tu menjadi... Dulu kat ofis lama, memang kitorg ada mini kebun.. Keledek lah, bayam lah.. Bendi lah.. Puas makan..

    ReplyDelete
  2. Wah, menariknya!
    Aktiviti hands on Dania ye.

    ReplyDelete
  3. Salute la dgn Dania. Minatnya ke bidang pertanian rupa-rupanya. Kalau takut sun burn, pakai furdah. 😁

    ReplyDelete
  4. Kena kerja keras sebab hidup ni mmg keras nak hihihi... Tanam bayam merah dan benda tu mmg menarik.. Nanti update hasil selepas seminggu yer SA

    ReplyDelete
  5. Tak sbr tgk pokok bayam dan bendi tu tumbuh dan suburrr..pesan kat dania suruh pakai sunscreen tau

    ReplyDelete
  6. Siap pakai boot lagi.. extra protection tu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah. Ya tanam bayam hijau dah. Dania SA tanam bayam merah. Lepas tu tanam bendi pulak. Wahhhh ada 2 tanaman. Ye tak ye jugak Dania saya pun 2 tanaman iaitu bayam hijau dan jagung. Bayam ni kena jaga elok2 sebab ada serangga suka serang. Kalau tengok kawan2 Dania yang tanam bayam merah dan bayam hijau.

    Moga pokok2 Dania akan tumbuh segar, sihat dan Dania akan score subjek ni. Aamiin...

    ReplyDelete
  8. Tengok Dania, aunty ni lagi rasa bersemangat jaga pokok2. Nak try tanam sayur la pulak.

    ReplyDelete
  9. Selamat bercucuk tanam. Jangan lupa tunjuk hasilnya.

    ReplyDelete
  10. xsabar nak tgk benih tu cambah..:)

    ReplyDelete
  11. Atok tanam sayur, korek2 letak benih kambus. Siap. Sekolah lain pulak caranya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah