Assalamualaikum...
Hi korang...
Untuk wordless wednesday kali ni...SA nak share dengan korang panduan pengendalian daging ayam yang selamat...zaman ni macam- macma penyakit muncul kan...untuk mengelakkan sebarnag kemungkinan jom la kita menimba sedikit ilmu yang orang pandang remeh tapi sebenarnya sangat penting. Paling penting untuk elakkan keracunan makanan.
Baru- baru ini tular ramai pelajar sekolah terkena keracunan makanan disebabkan daging ayam yang disajikan di kesan sebagai punca kejadian..malah kejadian sama selalu sangat berlaku dan ada yang mengakibatkan kematian..bukan sahaja pelajar malah pernah berlaku kepada pengunjung sebuah majlis perkahwinan di Utara juga..pengajaran kepada kita kerana disebabkan kes-kes sebeginilah yang membuatkan masyarakat kita membuka mata tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan.
Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif agar pengendalian dan kebersihan persekitaran di dalam tempat memasak mereka dipastikan sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu. Pengusaha dan peniaga makanan tidak boleh hanya memandang kepada keuntungan semata, tetapi perlu juga menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan.
Pemilihan bahan mentah merupakan proses dimana pada SA suatu fasa yang kritikal dalam penyediaan makanan kerana sekiranya bahan mentah seperti daging ayam yang dimasak sudah rosak dan berbau, ia tidak selamat untuk dimakan lagi dan harus dibuang segera.
Kita juga perlu menggunakan deria rasa kita. Sebelum ambil atau beli bau atau pastikan keadaan ayam yang kita ambil itu masih elok untuk dimakan..sekiranya terdapat perubahan warna atau ada bau yang kurang menyenangkan, jangan ambil atau beli. Kalau boleh terus adukan kepada pengendali makanan tersebut. Kita perlu cakna bukan pada kesihatna kita sahaja tetapi untuk orang lain juga..
Untuk itu, pengendalian bahan mentah terutama ayam dan daging perlu diambil perhatian. Panduan boleh rujuk pada poster di atas.
Sharing is caring kan...
nieyl kalau nak beli ayam, memang lama ya nak pilih..berpusing2 ayam tu nieyl kerjakan tak nak ada lembam , patah bagai..
ReplyDeleteterima kasih sharing nya kak...
ReplyDeletetula, kdg risau, makanan nampak elok...
Info yang baik ni SA. Dulu pernah la makan ayam kat kedai ayam yang satu ni....balik ajer satu family kena cir bir dan muntah2. Saya pulak terus demam. Mungkin ayam yang dimakan tak fresh agaknya.....Mujur la cir bir ajer....
ReplyDeletehaah sedih dgr kes keracunan sampai kematian tu
ReplyDeleteTeringat satu cerita kenduri kahwin di Kedah pasal ayam yg tak elok ni: Kira-kira 10 tahun lalu, lebih 270 orang yang hadir kenduri kahwin di sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah mengalami keracunan selepas memakan ayam masak merah. Empat mangsa meninggal dunia. Puncanya ayam disimpan dalam suhu bilik dan menyebabkan bakteria Salmonella merebak.
ReplyDeletethanks for sharing!
ReplyDeletenice sharing SA. kat rumah ni sok seminggu 3 ekor. kadang habis kadang tak.tapi memang LM simpan 1 bekas untuk 1 portion masak. malas nak pening nanti dah defrost tak habis masak takkan nak simpan semula. bahaya pula. bahagian dada pun kadang buat banyak bekas. mudah nak urus
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian kak
ReplyDeleteAyam ini memang tak bisa dimasak sembarangan. Bahkan saya saja tak berani menggunakan pisau dan wooden board yg habis dipakai memotong ayam. Pasti saya bersihkan dulu atau pakai pisau lain..Krn tak tahu kan kalo sampai ada bakteri dari ayam mentah ini
ReplyDeleteGood sharing kak..tq
ReplyDelete