Monday, July 29, 2024

Tonton Munkar Berjemaah Di Netflix

Assalamualaikum...

Antara aktiviti SA dan adik-adik serta anak buah Sabtu lepas...kami menonton filem di panggung Netlix di rumah kami aje...tengok lepas sarapan pagi so yang kecik-kecik ni berkepit je celah ketiak mamalong...especially si princess Tiya tu..penakut betul..penakut sampai gigil2 tapi tengok jugak..sabar je la..Opick memang suka tengok citer hantu..duduk celah SA gak...Aydan je takde perasaan..

Apapun citer ni best...plot twist banyak dan of course jumpscare dia buat sentap jantung gak...hantu dan jin islam siap boleh baca ayat qursi hafal ye...confuse kat situ









Jom baca sinopsis filem Munkar 

Munkar (2024)

Filem Munkar ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Herlina yang baru saja memasuki sekolah berasrama penuh bagi mendalami ilmu agama. Dia dihantar ke situ oleh bapanya tanpa kerelaannya. 

Sekolah asrama ini pula mempunyai peraturan, dimana jika seorang pelajar melakukan kesalahan, maka pelajar-pelajar lain turut dikenakan hukuman. Dalam proses menyesuaikan diri, Herlina banyak melanggar peraturan asrama yang membuatkan beberapa pelajar lama disitu tidak berpuas hati dengan Herlina dan kerana Herlina jugalah prestasi kelas mereka yang dulunya sentiasa di atas, kini menurun.

Herlina berkawan baik dgn Ranum, satu2nya kawan yang dia ada di situ. Satu malam, Ketika ketiadaan Ranum, Herlina didatangi oleh Obi dan rakan2nya dan mereka beramai2 telah menyerang Herlina, dan malang tidak berbau, Herlina mengalami kemalangan dan dimasukkan ke hospital, namun tiada sesiapa dari pihak asrama (melainkan pengajar) yang pergi melawat Herlina di sana.

Selepas seminggu, Herlina ‘kembali’ ke asrama dan pelbagai perkara aneh dan pelik berlaku. Siti dirasuk untuk membunuh Obi dan banyak lagi kejadian menakutkan berlaku yang melibatkan Herlina. Herlina juga dilihat berkelakuan tidak seperti dirinya sebelum ini, kerap senyum dan memberi salam. Seram wehhhhh ... 

Jumpscare yang tak dapat dijangka dan semestinya dengan plot twist.

Apakah kesudahanan Munkar dan adakah dendam berjaya dilunaskan?

Korang kena tengok sendiri walau ada je yang komen x berapa sedap dan biasa-biasa je..untuk SA yang penakut ni memang citer ni best dan menakutkan..bayangkan hantu sengih-sengih bagi salam...."assalamualaikum Ammi....Assalamualaikum Carneyz..Assalamalaikum SA....pas tu sengih menakutkan...giler laaaa....

Munkar boleh ditonton di Netflix, pergi tengok cepat....


14 comments:

  1. Selalu tonton cerita kat Viu je

    ReplyDelete
  2. ha haa sama la kita ank buah dtg kita tgk ramai2 adoii kecohh
    tp best jga citer ni kan, ada part terkejut cuma boleh agak mesti bukan dia

    ReplyDelete
  3. Ini kalau tengok belah malam, lagi seram ni :)

    ReplyDelete
  4. Tengok princess tu takut nak tengok je tu SA...di sebalik bantal lagi....Opick tu mata dia bulat tu ha.....seram kot....

    ReplyDelete
  5. Adoi la SA, gelak kita baca part last tu! Hahaha! Memang seram kalau hantu bagi salam dekat kita hihi. Budak2 tu comel je takut2 pun gigih jugak tengok citer hantu. Jangan mengigau malam2 sudah 🤭

    ReplyDelete
  6. MZ tak tgk citer2 seram sbb nanti stress hahahah

    ReplyDelete
  7. Citer macam ni best tengok ramai-ramai hahahaa :P

    ReplyDelete
  8. idokla dana nak layan filem seram gini... kita ni penakut

    ReplyDelete
  9. Akak takleh tengok citer2 seram ni.. kadang boleh bawa mimpi.
    Ada juga tengok tapi tak pakai spec.. so takde lah penampakan yang ketara 😁

    ReplyDelete
  10. Best jugak, tapi kalau Ranum mastermind lagi hebat plot twist dia.

    ReplyDelete
  11. malam tadi tengok jugak..tp tak habis, sebab line intenet tak ok, asyik lah loading...geram betul..malam nie kalau rajen, kita sambung lah

    ReplyDelete
  12. hahaha...dah kene seru maknanya ammi kena tengoklah juga ye

    ReplyDelete
  13. memang x la ayu.. kalai iris dia suka. tapi kena tgk rumah ibu, sbb ayu memang x berani..kalau tgk kat rumah..kena slow kan volume.. x feeling la kan.. he he..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah