Tuesday, July 9, 2024

Siri Jelajah Pasar Saloma Di Lotus Seremban Jaya..

Assalamualaikum,..

Macam yang SA mention sebelum ni...kami anak beranak ke Siri Jelajah Pasar Saloma di Lotus, Seremban Jaya. Masa kami sampai langit dah mendung...hujan pun dah rintik- rintik tapi tak mematahkan semangat kami pun masa ni...satu persatu gerai kami jejaki...most of them jual pelbagai makanan dan minuman..ada jual tudung jugak...dan macam biasa la SA ngan Dania terjebak dengan tudung la.. SA beli Moon & Stella dan 2 jenis lagi...4 helai RM100..

Beli tudung tu masa nak balik..kami explore dulu satu- satu gerai..gerai- gerai banyak dinamakan mengikut filem- filem P Ramlee dan filem lakonan Saloma.

Hujan makin kuat dan lebat...sudahnya kami yang terperangkap dalam tu..ada la a few yang redah aje sambil membeli..SA beli begedil, popia dan ubi rebus...beli coffee gak...coffee memang best...Coffee Saloma untuk Dania dan Uncle and SA amik Coffee Latifah...sedap giler dua- dua coffee...Kami lepak makan duduk bawah payung dan meja yang disediakan walau hujan makin lebat..hahaha...basah- basah dibuatnya...

Jom tengok gambar yang sempat Dania snap.
















Beli sup urat/tetel ni untuk Pak Zain..sedap giler..








Beli coffee kat gerai ni...






Ni je makanan kami beli..sebab hujan kan..


makan ubi rebus, malam tu angin satu badan..laki bini berlawan angin


Sambil tunggu hujan reda, sambil makan, sambil pose...gambar Dania kat bawah ni SA snap guna hp Samsung SA..cantik kan? knowing Dania dia memang high expectation kalau amik gambar..kalau x kena kat mata dia..memang kena delete la gambar tu...hahaha




Ni pun candid


Candid



apehal suami buat muka cenggitu..


Pencahayaan x cantik bila tiba gambar SA dan suami..

Hujan macam xde tanda- tanda nak berhenti...kami gerak redah dan masuk Lotus dulu..lepak dalam Lotus la.. Kami plan hujan dah berhenti baru nak explore lagi...

Lepas tu yang SA ngan Dania beli tudung, sorang 4 helai...hahaha...

Sebab hujan...sekejap aje la explore..cuba kalau tak hujan..SA baru tau pasal siri jelajah Pasar Saloma ni memang dia jelajah satu Malaysia rasanya...cuma SA tak tau sebelum ni diorang kat mana..SA tau pun Dania yang tunjuk tik tok..lepas ni tak tau la diorang jelajah negeri mana plak...


13 comments:

  1. romantik la mkn2 suasana hujan ;) gambar dari sisi tu..mancungnya idung dania :) comeyyy

    ReplyDelete
  2. Pasar Saloma ini rasanya baru 1st time jelajah luar Lembah Klang.Biasanya di KL dan Selangor. Kalau tak kat Giant dan akan berada di Lotus's. Pernah juga pergi yang sejauh Semenyih & sedekat Giant Shah Alam seksyen 13 (yg ni tak buat entry) sebab macam malas.

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya. Macam2 benda menarik kat Pasar Saloma tu ye.

    ReplyDelete
  4. menariknya..sampai bila ni kak SA?
    tambah menarik bab coffee tu..ha ha ha.. leh terjah weekend ni kalau ada lagi

    ReplyDelete
  5. ala....dah google dah, last 7.7 ..terlepas sudah

    ReplyDelete
  6. waduh bestnya macam-macam makanan ada

    ReplyDelete
  7. aritu kt aeon area umah ada juga kwn share ada pasar saloma tp tk sempat pegi sbb blk kampung

    ReplyDelete
  8. Meriah juga pasar saloma tu . Makanan pun banyak ..

    ReplyDelete
  9. Ammi haritu teringin gak popia basah. Dah beratur tp alamak hujan pulak. Batalkan jelah hasrat

    ReplyDelete
  10. Pasar saloma ini tak ada kena mengena dengan jembatan saloma ya kak?

    Saya nyesaaal sangat selama di KL tak bisa ke pasar malam. Krn tak cukup waktu. Padahal saya sukaaa DTG ke tempat2 seperti ini. Banyak makanan 😍😍

    ReplyDelete
  11. Entah bila masanya boleh ronda sekitar KL.
    Bila dah balik LD, selalu teringat 'lupa' hendak jelajah ke sana.

    ReplyDelete
  12. Nampak gelap sangat cuacanya tu.. kalau tak hujan mesti boleh explore pelan²

    ReplyDelete
  13. Nampak gelap sangat cuacanya tu.. kalau tak hujan mesti boleh explore pelan²

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah