Saturday, July 6, 2024

Resepi Pencicah Thai Sedap

Assalamualaikum...

Siapa suka buat BBQ atau makanan macam seafood rebus- rebus? SA antara yang suka...SA x pandai buat sos pencicah yang ni...ternampak resepi terus cepat2 copy simpan kat sini senang nak refer...

Korang kalau nak cuba pun boleh..amik jer resepi kat bawah...ni kalau buat dan cicah daging bakar, ayam bakar, sotong bakar je..kerang rebus atau kerang bakar mesti sedap ni....

Rasa macam nak ajak adik buat BBQ aje la...nanti la nak tanya diorang...nak buat x...hehehe...



RESEPI PENCICAH THAI SEDAP!

Bahan- bahan

  1. Bawang putih: 7-8 ulas
  2. Cili : bergantung pada kepedasan Masing2
  3. Akar pakchi @ketumbar
  4. limau nipis 6-7 biji
  5. 2 sudu sos ikan


Cara- cara

  1. Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Saya guna chopper, sebab malas nak tumbuk 😅
  2. Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.
  3. Perah limau nipis , letak gula, garam sikit je dan perasa.
  4. Daun ketumbar potong2 dan gaulkan je. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tu😅) siapppp...


Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tambah sedikit air suam

Boleh la untuk jadikan pencicah untuk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yang telah direbus atau dibakar. Yang saya buat sotong sumbat Bakar.


Credit : FB Siti Zubaidah Ibrahim

10 comments:

  1. My fav ni🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  2. Alamak, semua bahan ada. Kena buat ke ni? Ahahahahaha 😆

    ReplyDelete
  3. Boleh try buat ni nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Pencecah Thai memang tersedap! Cukup rasa, aromanya menggoda.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap ni. Rasa kap pun ka......

    ReplyDelete
  6. Yang penting kena ada saun ketumbar tue ..baru naik aroma wangi sos tu ..tiberr terliur tengok sos pencicah nii .makan dengan daging bakar ..sedapnyaaa .

    ReplyDelete
  7. Rumah ammi rajin juga buat stimbot. Selalunya pencecah ammi beli je yg dlm botol sesiap

    ReplyDelete
  8. Daun ketumbar ini memang saya tak bisa makan 🤣😅. Itulah kalo pesan makan Thailand, dan ada daun ketumbar di dalam, pasti saya singkirkan dulu. Bisa diganti tak dengan seledri hahahaha

    ReplyDelete
  9. letak gula kabung sikit ...lagi kick bg ada rasa manis2 sikit...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......