Thursday, July 4, 2024

Resepi Kerabu Kerang Pucuk Paku

Assalamualaikum...

Bila demam tekak nak macam-macam  tapi x boleh makan..kang lagi melarat. Scroll2 ternampak orang share resepi Kerabu Kerang Pucuk Paku ni...ni permintaan arwah Mak Pah masa hayatnya tapi x kesampaian...

Jom la kita belajar cara nak buat...

Tapi nak bg tau awal2...

Ini bukan masakan SA..SA share aje..korang kalau nak cuba buat pun boleh...amik je resepi tu..



KERABU KERANG PUCUK PAKU


  1. Pucuk paku - dicelur
  2. Taugeh - dicelur sekejap
  3. Kerang - direbus
  4. Bawang holland - hiris nipis
  5. Bawang merah - hiris nipis
  6. Kerisik
  7. Jus limau nipis secukupnya
  8. Cili api - dihiris @ serbuk lada hitam
  9. Garam & gula secukup rasa

Cara cara buatnya

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kuantiti ikut jumlah kerang dan pucuk paku yang digunakan.

2. Jika suka rasa kerabu yang lebih menyerlah lebihkan jus limau dan garam.

3. Sedia untuk dinikmati.

Resepi & foto towan choi


10 comments:

  1. nieyl x pernah lagi buat kerabu kerang, nanti nak buat juga sekali

    ReplyDelete
  2. ini salah satu feveret Abah Ana ni! dah lama jugak Abah tak request hehe

    ReplyDelete
  3. kerabu cam ni sedap ratah je kan. terliur la pulak.

    ReplyDelete
  4. ohh tak pernah pulak buat kerabu dgn black pepper! nak try next time

    ReplyDelete
  5. masa zaman sekolah dulu saya alergic dengan kerang.Kalau makan je mesti naik 'kelopak garam' (-bahasa orang utara.

    ReplyDelete
  6. Kerabu kerang memang sedap. Sayangnya sekarang ni isi kerang kecik sangat.

    ReplyDelete
  7. Segala macam jenis kerabu saya memang sukaaa lah kak SA 😍😍. Apalagi kalo rasa asam, manis gurih nya pas, dan mixed well. Sedaaap sangat memang 🤤🤤

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah