Saturday, July 6, 2024

Misi Mencari Ahmad"s Fried Chicken...

Assalamualaikum..

Balik kerja semalam..SA ngan Dania terus ke Mydin Senawang. Misi kami berdua kali ini nak mencari Ahmad's Fried Chicken yang baru je buka kat area Mydin..SA x tau dia dah ada berapa kiosk dalam Malaysia ni. Sebab tu nak cuba sendiri apa rasa AFC ni...setanding x dengan jenama satu lagi yg sedang diboikot tu..

Sampai-sampai je tengok dah ramai beratur..kami dua beranak pun join la beratur sekali..SA tengok yang beli ada sampai 4-5 kotak..wah..menarik ni...

Ada 3 set AFC ni
1. Hungry Set 3pcs RM16.90
2. Most Favourite Set 2pcs RM11.90
3. Family Bucket 10pcs RM55

Sampai turn SA beli la 2 kotak...Hungry Set ada 3pcs RM16.90. Nak add on fries or garlic sos, takde..soft drinks pun xde...okey la husnuzon je..maybe dah habis...takpe kita tapau ayam je..hanya ada Spicy ye...Original xde...









Sejarah Ahmad's Fried Chicken..menarik pada SA





Review jujur dari SA lepas makan AFC ni...

Okey la...x boleh la SA nak compare dengan jenama satu lagi tu..maybe perlu diimprovisekan dari segi rasa, tekstur dan sebagainya. Packaging ok xde masalah..ini review jujur dari tekak SA ye..kalau tekak orang lain SA x tau..

Apapun tahniah Ahmad's Fried Chicken kerana mewarnai dunia makanan. Kira ada la pilihan sekiranya xde idea nak beli apa makanan untuk keluarga..budak-budak  pasti suka kalau bab ayam goreng kan...

Korang yang tinggal area Seremban kalau nak cuba boleh la terjah kiosk Ahmad's Fried Chicken di Mydin Senawang. 

Jumpa lagi next entry...


7 comments:

  1. Boleh try ni... sbb brand satu lagi tu kan boikot

    ReplyDelete
  2. Kalau ada semua tempat ni memang laku keras. Sejak musim boikot2 ni.

    ReplyDelete
  3. Semoga AFC tambah maju. Kenalah jaga selera pelanggan dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  4. Maybe Ahmad ni area di Negeri Sembilan ni. Kalau Muiz Fried Chicken ada kat sini.

    ReplyDelete
  5. Ammi pun belum try lagi…tunggu reda dulu. Dgrnya kat Palm Mall pun nak buka juga, nampak kat TT rasanya

    ReplyDelete
  6. Nantilah kalo saya ke KL lagi nak cari kak. Memang hrs coba dulu biar tahu sesuai selera kita atau tak ..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah