Monday, July 1, 2024

Lauk Pauk Menyambut Kepulangan Suami

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...selamat bekerja dan selamat menguruskan rumahtangga buat semua surirumah sepenuh masa...yang tak bekerja kerana masalah kesihatan semoga diberikan kesembuhan..buat yang sedang bercuti, selamat bercuti...yang bersekolah dan sedang belajar di institusi tinggi, selaamt menuntut ilmu.

Jom sambung kisah weekend,

Selepas SA beli pokok bunga untuk workstation, terus balik rumah...dan terus masak...sempat petik pucuk ubi kat simpang yang Pak Zain tanam tu..lepas tu ketung ketang sornag- sorang kat dapur while Nia kemaskan ruang tamu. Rumah ni takde budak- budak tapi tu la..mengalahkan ada budak kecik..SA masak lauk ni aje untuk lunch dan untuk sambut kepulangan suami...perut dia kena jaga elok- elok walau dia dah bising salahkan SA sebab berat badan dia naik mendadak...elehhh.....



Sotong goreng kicap


Bawal sweet sour


Pucuk ubi rebus


Sambal belacan

Speechless Dania pun dah suka makan sambal belacan...sebelum ni tak suka...

Alhamdulillah sedap makan tengahari..3 kali SA menambah nasi...aduhai...macam mana nak kurus ni...
Asal weekend je penuh dengan aktiviti makan- makan...sementara Nia belum balik kolej ni, boleh la bawak dia jalan- jalan...short vacation minggu kedua nanti..maybe KL..itupun x confirm lagi...minggu pertama ni cadangnya nak ke Muar, rumah adik lelaki SA..pun tengah tunggu confirmation gak...

Kejap lagi kang SA share citer pasal pokok fittunia yang SA beli untuk workstation...

14 comments:

  1. Ini selama liburan di KL dan Penang, saya pun dah curiga berat badan naik 🤣🤣. Memang tak bisa tak banyak makan kalo sedang liburan kesini 😄

    ReplyDelete
  2. tengah hari kan kalau makan lauk2 kampung yg simple-simple ni pun sedap, bertambah-tambah nampaknyaa

    ReplyDelete
  3. ada pucuk ubi rebus, lawan sambal belacan.memang menambah la jawabnya.rugi ooo tak makan banyak kalau menu camni

    ReplyDelete
  4. part mkn2 memang best dan susah la nak elak hahahah

    ReplyDelete
  5. sedapnye bawal sweet sour ni kak sa...

    ReplyDelete
  6. Mesti gembira husband SA balik tengok makanan sedap2 terhidang atas meja 😄

    ReplyDelete
  7. sambal belacan dengan pucuk ubi rebus je dah buat rasa menambah-nambah XD

    ReplyDelete
  8. waahhhhhh sotong goreng kicap! aduhai sedap2nya lauk SA!

    ReplyDelete
  9. special ni..semuanya sedap2... yum yum

    ReplyDelete
  10. rumah ammi yg suka buat sepah 2 ekor anak bulu..si aswad dan emaknya. berlari tak hingat dunia dalam rumah...habis semua dia langgar bergurau senda. Geram betul. Kadang-kadang celah kaki kita pun dia berlari

    ReplyDelete
  11. Seronok makan ada geng makan.. Tu yg menambah banyak tu

    ReplyDelete
  12. Sedap sedap semua, lama tak makan sotong masak kicap.

    ReplyDelete
  13. Sambal belacan ngn pucuk ubi pun dah sedap nii .

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......