Monday, June 17, 2024

Salam Aidiladha Buat Semua

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha  SA ucapkan buat semua..maaf zahir batin...

Persiapan raya SA ala kadar aje..SA x masak pun semalam seharian settlekan Pak Zain kat hospital..bila fikir balik..itulah pengorbanan SA kan..letih memang letih...lepas dh settle nak balik kereta plak battery  kong...dengan kedai kereta tutup Ahad kan..teringat Bateriku.com..terus je call...

Pak Zain SA suruh adik ipar ambik...settlekan kereta kami terus pi makan..badan dh gigil...lepas makan terus pi Econsave cari plak nasi impit segera dengan kacang tanah..cari plak lemang...dh dapat sekua baru balik rumah..nasib baik la adik2 pandai masak jugak..balik semalam dh siap rendang cuma adik nak buat kuah kacang 




Konsep Pengorbanan

Ibadah korban mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melatih diri kita untuk sentiasa menghidupkan konsep berkorban dalam kehidupan.

Pengorbanan bukan hanya nampak pada daging lembu atau kambing sahaja, tetapi pengorbanan yang lebih besar dalam hidup kita sebagai hamba Allah. Ada kewajipan ibadat fardhu seperti solat, puasa, zakat, haji bagi yang berkemampuan. 

Pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin, pekerja, bapa, ibu, suami, isteri, anak, abang, jiran dan sebagainya.

Siapa pun kita, kita tetap perlu melakukan pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab. 

Sebagai pemimpin atau ketua, wajib untuk kita berkorban bagi memastikan orang yang berada dibawah tanggungjawab kita mendapat hak dan pembelaan hidup yang terbaik. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, pemimpin perlu berusaha sedaya mungkin meringankan beban ke atas rakyat yang terkesan.

Ketika dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar RA bimbang andai sekiranya setiap perkara di bawah penguasaannya akan menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT kelak. Kata Umar:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kalaulah mati seekor kambing di persisiran Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak,” (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)

Sebagai ketua keluarga, kita perlu berkorban mencari keperluan ahli keluarga sama ada menyediakan tempat tinggal, makan minum serta keperluan asas yang lain.

Sebagai pelajar, kita perlu berkorban dalam menuntut ilmu, tinggalkan keseronokan untuk bermain game, menonton video dan TV serta yang lain-lain. 

Sebagai orang yang dahagakan ilmu, kita perlu berkorban untuk melapangkan waktu mengikuti kelas-kelas pengajian di masjid dan surau secara bersemuka juga secara online di FB Masjid dan laman sesawang yang lain demi menambah ilmu kita.

Bersegera menunaikan ibadat seperti bangun untuk qiamullail juga solat subuh di masjid merupakan suatu bentuk pengorbanan. 

Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT yang kadangkala jika dilakukan memberikan keseronokan kepada diri juga merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Semoga kita tergolong di dalam golongan mereka yang diredhai dan diterima Allah SWT.  Firman Allah SWT:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ  وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu para Nabi, para Siddiqiin dan para syuhada', serta orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah sebaik-baik teman." (Surah An-Nisa' ayat 69)


14 comments:

  1. Laaa PZ masuk hospital ke? Moga dipermudahkan urusan PZ yaa.. SA pun jaga diri tau..

    Selamat Hari Raya Aidiladha buat SA sekeluarga ..

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil5..Semoga dipermudahkan urusanmu..Senang ada adik beradik pandai Masak ni..Settle semua ❤️

    ReplyDelete
  3. Salam eiduladha utk SA sefamili

    ReplyDelete
  4. Salam Aidiladha buat SA sekeluarga. Semoga PZ lekas sembuh ya.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidiladha kak SA

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga dan sihat selalu :)

    Haii sis yang cantik manis. Saya singgah dan follow sini. Jemput singgah blog saya jugaa. Hehehe. Salam kenal dan selamat hari raya untuk sis sekeluarga, :)

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha buat SA sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah mudahkan urusan SA & PZ🤲

    ReplyDelete
  9. Semoga pak Zain semakin membaik kak sa. Konsep berkorban ini memang hrs diketahui oleh semua umat muslim. Ikhlas dalam mengorbankan sesuatu demi allah semata.

    ReplyDelete
  10. Semoga SA dan PZ cepat sembuh .
    Salam Aidiladha

    ReplyDelete
  11. Salam Aidil Adha SA & keluarga.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah