Tuesday, June 11, 2024

Review Filem Hindi Crew Di Netflix

Assalamualaikum...

Korang dah tengok filem Crew ni kat Netflix?

SA dah tengok dah seminggu dah tapi x buat review lagi..banyak je citer yang SA x buat review lagi..ada satu citer Korea, macam x leh in la citer dia tapi SA dah tengok episode ke 3...jalan citer macam slow..tajuk citer Korea tu THE ATYPICAL FAMILY...sekarang ni SA stop kejap...sebab jalan citer dia slow..kalau rasa nak sambung SA sambung la...

Sekarang balik kerja naik bas SA lebih suka dengar lagu2 kat MP3 list hp SA...mood nak tengok movie tu macam kelaut dalam plak...ntah bila nak sampai mood tu ntah..



 
CREW (2024)

Filem Hindi bergenre Komedi ini mengisahkan tiga orang pramugari dari Kohinoor Airlines, Geeta Sethi ( Tabu) , Jasmine Kohli ( Kareena Kapoor) , and Divya Rana ( Kriti Sanon) yang berdepan dengan masalah kewangan syarikat. Mereka bertiga dari latar belakang yang berbeza namun persamaan antara mereka, mereka perlukan wang untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. Giler la kerja dab 6 bulan tapi gaji takde kan..

Satu hari mereka bertiga berdepan dengan kecemasan apabila salah seorang ketua pramugara meninggal dunia di dalam kapal terbang. Yang lebih mengejutkan, pada badan pramugara tersebut penuh dengan jongkong emas. Mereka terkejut dan mula menyedari terdapat sindiket penyeludupan emas ke luar negara adalah nyata dan mahu menyertai sindiket tersebut. 

Filem ni ada babak kelakar, ada babak mencemaskan dan ada plot twist. 

Lakonan pelakon ok, SA terhibur cuma filem ni tak sesuai di tonton seisi keluarga, mereka bertiga agak seksi dan ada sikit babak yang tak sesuai ditonton oleh anak anak. 

Best la citer ni...recommended cuma jangan tengok dengan anak- anak la..

SA bagi 9/10 bintang...


7 comments:

  1. tak tengok pun lagi cerita ni
    ammi dok marathon tengok cerita melayu aku bukan ustazah tu. melayan kebongokan si aminah tu..rasa macam nak lepuk2 je dia ni. bongok nau

    ReplyDelete
  2. wak pon baru tgk tuari., best je kan tgk seksi2 kann., hehe

    ReplyDelete
  3. best gak..dah tgk dah
    tgk cite Under Paris sis...citer shark...

    ReplyDelete
  4. Done tengok.. Cuti sek hari tu anak2 takde, ibu amik peluang lah tengok cerita2 yang disukai... Sebab kadang2 tak tahu jln cerita macam mana kan... Hahaha

    ReplyDelete
  5. Dah saya save memang di list. Blm sempat nonton.. Liat trailer memang menarik. Nanti start nonton weekend lah

    ReplyDelete
  6. Ramai yang review citer ni best . CCL pun belum berkesempatan nak menonton

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah