Thursday, June 20, 2024

Kejap Nak Balik Awal, Kejap Nak Balik Lambat

Assalamualaikum...

Kisah Suami SA Isnin hari tu...plan nak balik lepas lunch, kensel...balik kul 8 malam la...pas tu kensel lagi balik pukul 10 malam la...eh....terus tukar lagi ye...balik pukul 5am..itupun antara nak balik ngan tak nak balik..kalau tak fikir kerja memang tak balik la dia kan...SA gesa jugak dia balik pukul 5am...nasib x balik petang semalam katanya kalau tak bersidai dalam jammed..ye la orang masih cuti dan budak- budak pun masih cuti sekolah kan...

Malam lepas makan kat Gateaway tu pergi dobi keringkan baju...lepas tu pi pam tayar plak...tayar macam kurang angin..




Kalau suruh SA ni memang sampai ke sudah x reti ni


Pam...jangan x pam...

SA memang tak amik tau la pasal ni...tapi SA selalu ingatkan orang untuk cek angin tayar. Sebagai pemandu, kita hendaklah memastikan tekanan angin tayar kenderaan kita sentiasa mencukupi, tidak kurang dan tidak pula berlebihan.

Jika tekanan tayar kita tidak betul, ia juga boleh memberi kesan kepada kos operasi kenderaan melalui kehausan tayar pramatang dan menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi daripada biasa.

Jom Baca 


Tekanan tayar yang betul adalah penting untuk tiga sebab utama:
  1. Tayar yang kembung teruk (akibat terlebih tekanan angin tayar) menjadikannya lebih sukar untuk mengendalikan kereta anda di jalan raya, menjejaskan keupayaan anda untuk mengemudi, membelok, memecut dan brek.
  2. Inflasi yang tidak betul menyebabkan tayar anda lebih cepat rosak dan haus kerana bahagian getah yang salah bersentuhan dengan jalan raya.
  3. Tekanan tayar yang tidak mencukupi meningkatkan rintangan berguling di jalan raya, menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api.
Bila Patut ‘Check’ Angin Tayar?

Biasakan untuk cek tekanan angin tayar kita sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk keselamatan diri kita ketika memandu.


Cara Isi Angin Tayar Kenderaan

Jangan terkejut, ramai juga pemandu yang tidak tahu mengisi angin kenderaan tayar mereka sendiri!

Betul, ramai wanita terutamanya yang sudah berkahwin tidak tahu cara untuk pam tayar kenderaan mereka memandangkan semua dilakukan oleh suami mereka.

Bagi yang tidak tahu cara, mari belajar kerana ianya tidaklah sukar.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengisi angin tayar kenderaan:

  1. Sila ke mana-mana stesyen minyak berhampiran anda dan letakkan kereta anda berhampiran tempat mengisi angin tayar
  2. Setkan tekanan pada mesin mengisi minyak tersebut – sekiranya anda tidak tahu tekanan yang perlu digunakan untuk tayar anda, sila rujuk pada pelekat di bahagian pintu pemandu
  3. Buka injap tayar kereta anda
  4. Masukkan kepala hos pemampat udara pada injap tayar anda
  5. Perhatikan bacaan pada mesin pengisi angin tersebut, biasanya apabila tekanan angin sudah mencapai tekanan yang anda setkan mesin tersebut akan berbunyi.
  6. Cabut kepala hos tersebut dan pasangkan kembali injap tayar kereta anda.
  7. Ulangi langkah 3 – 6 untuk keempat-empat tayar kereta anda.

Kredit Info > https://ecentral.my/cara-isi-angin-tayar-tekanan/


13 comments:

  1. MZ memang selalu check dan pam angin dlm tayar keta ;)

    ReplyDelete
  2. penat PJJ tu kak, itu malas nak balik

    ReplyDelete
  3. Bab pam tayar ni, sampai sekarang kalau nak pam, Sis ke kedai kereta aja hahahaha takottt...
    Meh laa pindah JB aja SA hahahaha

    ReplyDelete
  4. Saya dari dulu masa PJJ dgn asben smp skrg klu nak isi angin tayar je mesti call asben dulu tanya brp psi nak tekan. Puas dia ajar refer kat mana tapi asyik lupa je 😂

    ReplyDelete
  5. Alamak....bab check tayar memang serah kat hubby je. Kena belajar jugak la kan.....

    ReplyDelete
  6. linda lepas ada kejadian pam tayar, tapi tayar maken melepet...jadi trauma nak pam tayar sendiri... hahaha

    ReplyDelete
  7. actually, bukan akak je yg x reti..nieyl sendiri pun dah belas tahun bawa kereta pun x reti-reti isi angin..org isi angin masuk, nieyl kalau isi asyik keluar je angin hahaha...

    ReplyDelete
  8. Sy sendiri pun masih terkial2 & x pandai nk isi minyak motor sis...Biasa partner yg isikn =D

    ReplyDelete
  9. ayu pun baru2 ni je pandai.. he he he

    ReplyDelete
  10. Haha ammi pun sama. Bab angin, bab minyak semua tak amik port

    ReplyDelete
  11. Kalo saya dah give up soal ini 🤣🤣. Jangankan cek angin pada ban, bawa mobil di jakarta saja saya tak berani kak, terlalu banyak pembalap di jalanan sini 🤣

    Tapi hrsnya cek angin pada kendaraan skr ini dah mudah kan? Tinggal lihat pada layar di dalam mobil, biasanya akan bagi Signal ban mana yg perlu diisi angin. Suami saya begitu soalnya . Atau seharusnya semua kendaraan sudah seperti itu?

    ReplyDelete
  12. Akak kalau nampak kurang angin bawak gi kedai tayar je. Setel masalah.. biasa free je🤭

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah