Assalamualaikum...
Selamat hari Isnin permulaan hari...selamat bekerja bagi yang bekerja...Selamat berjaya buat anak- anak yang mengambil keputusan SPM hari ini. Apa aje keputusan..terima dengan berlapang dada ye...Alhamdulillah semalam SA berjaya bawak diornag kat bawah ni berjalan...plan asalnya nak keluar berdua ngan Dania nak lepak tepi laut healing2 je. Dah Acu pun balik...tiber Acu nak ikut...
Pukul 10am kami gerak dari rumah..sampai PD cari tempat mengopi dulu sebab Nia belum sarapan...lama jugak la habiskan masa megopi sebab Opick buat hal meroyan nak mandi laut...puas ibunya pujuk...biasa la Opick dan laut memang berpisah tiada...gatal je kaki dia nak pi mandi laut..sebab tu SA x jadi ajak diorang ni lepak kat kedai- kedai tepi laut yang ad ajual celup tepung dan laksa tu...kang selamba je dia terjun tiruk dalam laut..dah la x bawak apa baju pun..satu hal plak kang...
Kat Bt8 PD ni ada kedai kopi APACABA COFFEE...first time SA nampak outlet ni..ni cawangan ke berapa SA x pasti tapi yang pastinya dah ada beberapa cawangan. Nampak pun masa kami masuk simpang nak ke kedai makan tepi pantai tu..terus SA ajak diorang lepak situ..nampak menarik...Moh beramai-ramai menyokong produk tempatan di Apacaba Coffee yang baru sahaja membuka cawangan di Teluk Kemang ni...
Memulakan perjalanan
Tiara ni demam tau..tapi mood dia ok je bila suruh bergambar tempat cantik..
Pilihan bagel
Antara coffee- coffee yang ada
Selfie seketul
Opick yang banyak hal
Kesayangan kami..
ni memang always sayang
Amik muffin dan cookies dulu...Dania x nak sarapan berat
Cababaik Cookies Acu share ngan anak- anak...anak- anak dia x minum manis so...dia la tukang abiskan
Hazelnut latte SA
Cababaik Macadamia
Total damage RM59
Acu melayan Tiya
Opick plak
Apacaba Coffee Jelebu blend
Amik gambar je tak beli pun
Dari lensa Iphone Dania
Kami yang happy...
Okey la lepak sini...Apacaba Coffee ni jadi tumpuan sebenarnya..masa SA masuknx ramai orang..seat pun x banyak sebenarnya...lepas tengah tunggu order tu..siap diorang tanya kitorang, duduk aje ke atau tunggu order..lama lagi x...eh..eh...kami tengha tunggu order kot kan..makan pun tak start lagi...
Kat sini selain coffee, bagel, croissant, muffin, pilihan cakes dan macam- macam lagi...ada pilihan nasi lemak, pizza dan spaghetti.
Ada orang sebelah meja kami tu order pizza, si Opick dah ternampak...erm...dia nak pizza, ibunya dah beratur panjang dah sampai kaunter tiber diorang stop order untuk food...kesian Opick x dapat makan pizza...tapi kami makan la pizza kat Cheng Melaka...yang tu x amik gambar sebab Domino's ramai yang boikot...kang teruk plak SA kena kecam..ikutkan Domino's xde dalam senarai tapi kami pilih berjaga- jaga la..dah anak- anak Acu ni cuma makan pizza Domino's je...nasi apa semua diorang tka nak..takde pilihan..makan aje la kat situ...
Sekiranya korang bercuti ke Port Dickson and cari tempat lepak...boleh la terjah APACABA Coffee ni...jenama APACABA Coffee ni merupakan jenama baru yaang boleh diketengahkan..setakat ini cawangan Teluk Kemang adalah cawangan terbaru. Sebelumnya ada di Kuala Klawang dan Semenyih. Tempat lain SA x pasti..
Jom sokong product tempatan
APACABA COFFEE
Jalan Pantai 3, Batu 8 Jalan Pantai Telok Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel : 010-457 9793
Buka : sarapan pagi - 11.30 malam
Kreatif dia bagi nama kedai.
ReplyDeleteNampak sedap.... Nanti nak try yang kat Semenyih lah.......
ReplyDeletewah..best nya, mengopi dulu kannn
ReplyDeleteAkan² sama pulak tudung mama & Dania ye...
ReplyDeleteSkrg byk kopi lokal kan, kita pakat support 👍
best tu jln2 ;)
ReplyDeleteSedap nampak semua nya tu SA. Nama pun unik.
ReplyDeletebestnya short trip
ReplyDeleteSelamat JJCM
ReplyDeleteSelamat bercuti dan beristeri rehat
best enjoy je walaupun balik hari...
ReplyDeleteWahhh..Nice...Happy holiday sis =)
ReplyDeleteOh...nama Tiya tu Tiara ya....sedap namanya.....apacaba ni maksudnya Apa Khabar agaknya. Nak bagi catchy sikit nama kedainya.....
ReplyDeleteAmmi 1st time nampak outlet ni last year or early this year masa gi makan kat Jelebu.
ReplyDeleteUnik nama dia ya kak. Saya pikir tadi apakaba 😄
ReplyDeleteKopi pun nampak sedap. Apalagi aneka bagel nya. saya suka bagel, dengan topping yg savoury.