Tuesday, May 21, 2024

Resepi Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum...

Ayam goreng berempah memang menjadi kesukaan ramai especially anak- anak kan. Yang buat jualan nasi lemak pun ramai yang jual ayam goreng berempah...AGB ni fav Dania dan suami SA..SA kureng skit..SA lagi suka ayam goreng biasa...tapi kalau takde pilihan SA makan aje..

Baru ni anak dara tu request nak makan ayam goreng berempah, buat nasi lemak ke apa yang patut..tapi SA buat kurang menjadi serdak- serdak tu..maybe tak cukup bahan...nanti boleh la cuba lagi dan dapatkan yang serupa macam dalam gambar...

SA sertakan resepi kat sini untuk korang jugak kalau nak cuba buat AGB ni sendiri..



 

Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam seekor potong 20 pcs - basuh bersih ketepikan 

  • Serai 5 btg - Potong 1/2" , 1/2" mcm tu
  • Halia 2"
  • Lengkuas 1"
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Biji ketumbar 1 SB
  • Jintan Manis 1 SB 
  • Jintan Putih 1 SB


Blender semua bahan diatas jangan terlalu halus

Lepas tu tapis buang air.

Tuang semua tu dalam bekas yang berisi ayam tadi.

Masukkan rempah kari 1 pek kecil

Masukkan serbuk cili 1 pek kecil.

Garam, aji dan gula secukup rasa.

Masukkan tepung jagung 2 sudu besar

Telur ayam sebiji dan gaul bagi rata.

Perap dlm 1/2 jam gaul lagi dan goreng dalam minyak yang penuh hingga tenggelam ayam tersebut.

Bila dah hampir garing masukkan daun kari . Agak2 dah masak angkat bersama2 daun kari tersebut.

Ulang macam tu sampai selesai menggoreng.


Selamat mencuba!

Credit Nazri Mat Zain

8 comments:

  1. sedapnya ayam goreng berempah..:)

    ReplyDelete
  2. Favorite sangat2 ni. Thanks for sharing SA, yumm yumm best

    ReplyDelete
  3. Pernah juga buat resipi ni tapi kurang yg serdak2 tu. Nanti nak cuba try SA punya resipi ni pulak.

    ReplyDelete
  4. pernah try tapi ammi tak tapis bahan blended tu. patutlah macam benyek sikit ayam tu tak crispy

    ReplyDelete
  5. sedap ni. anak LM suka. mak nya saja kurang suka. suka yang biasa je hehe.eh sama la kita. kadang buat pun tak banyak serdak. sejak tu kalau seekor ayam LM akan guna 7 8 batang serai baru lebih sikit serdak dia, kalau tak, berebut la diorang

    ReplyDelete
  6. Version goreng berempah ni x penah lg try.. takut x menjadi

    ReplyDelete
  7. Kebetulan memang tgh mencari... tq kak SA...harap2 menjadi la hendaknya...aamiin. nanti Ayu share hari khamis yer..

    ReplyDelete
  8. Favorite saya sangaaaat menu ini. Apalagi kalo serbuk Laos nya itu banyaaaak, beuuhh sedaaap 😄😍

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......