Wednesday, April 17, 2024

SA Amik Jalan Unfriend Follower Yang Outspoken di FB menggelarkan Orang Gelaran Binatang

Assalamualaikum....

Viral sana sini gambar yang dijadikan muka haiwan seperti anjing dan khinzir tu di FB dan media sosial yang lain..ni semua kerja mereka- mereka yang terpaling boikot...ye kami yangboikot ni faham sesetengaha orang dalam keadaan terpaksa baru- baru ni gara- gara tiada tempat atau kedai makan dibuka time raya...tapi bukan la tugas kita nak menghukum diorang yang beli MCD or KFC tu...x salah pun diorang makan sebabnya makanan tu halal...pelik la orang- orang kita ni yang terpaling boikot tapi x ikut landasan ni..sedih tau...free je digelar macam tu...

Tak fikir ke kalau ada sedara mara yang bekerja kat dua franchais ni? rezeki diorang tu halal kot..sebab semua ni dah la rezeki terjejas..diorang jugak di tuduh dan digelar macam- macam..xde ke simpati jauh di sudut hati orang- orang terpaling boikot ni?

Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam. Jika dia tidak mampu (mengubahnya dengan lidah), maka ubahlah dengan hati jantungnya dan ia adalah iman yang paling lemah. (Sahih Muslim, 70).sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesiapa antara kalian yang melihat sebarang kemungkaran berlaku maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Jika dia tidak mampu (mengubahnya dengan tangan) maka ubahlah dengan lidah (suara dan advokasi)



Perkongsian dari seorang penulis di FB SA share kat sini...

Well Said brother...

Semalam aku unfriend dua orang yang aku dah kategorikan sebagai akstremis agama. Kalau bahasa netizen diorang ni geng terpaling.

Terpaling boikot, terpaling Islam. Aku cemuih dengan geng-geng macam ni sebab pada mereka syurga neraka, amal ibadah, dosa pahala terletak dihujung jari mereka atas papan kekunci. 

Aku okay saja kau nak boikot ke apa ke, malahan aku pun boikot KK Mart sekarang ni sanggup tak beli roti Gardenia kat situ walaupun hanya itu je kedai yang ada dekat tempat selalu aku melepak. 

Tapi tidak pula aku downgrade orang-orang yang masuk ke KK Mart beli barang keperluan mereka. Hak masing-masing. This is a free country brader sister. Semua orang boleh percaya dengan apa yang mereka nak percaya. 

Jadinya bila kau meletak komen merata menyamakan orang yang ke McD atau KFC sebagai anjing maka aku rasa eloklah aku menjauhkan diri. Sebab stand kita berbeza cuma aku tidak pula menyatakan aku yang terpaling betul apatah lagi mencampak muslim lain ke neraka atau menjadikan mereka binatang hanya kerana tidak sealiran dengan aku.

Lagipun McD dan KFC tu memang ada sijil Halal Jakim. Bukan sijil halal Jakim ni ke yang terpaling diperjuangkan bila nak makan? Dah kenapa sekarang orang pilih nak makan kau rasa kau terpaling baik, terpaling berjuang? 

Aku malas pergi jauh lagi macam penggunaan Meta ni sedangkan Meta ni memang jelas-jelas antara penyumbang terbesar I$ra3l. Malahan ada kenyataan terbuka pasal ni pun. Bila tang McD, tang KFC bukan main berjuang. Bila cakap tentang Meta "Ehh kami guna untuk kebaikan". Habis tu McD KFC tu takde kebaikan kepada negara ni? Kepada orang Melayu dekat negara ni? 

Sembang macam orang bodo ni aku memang takleh nak lawan jadi sebab tu aku blah.

Lagi satu, tu Iphone kat tangan tu jangan lupa, Apple punya. Dah cek ke duit Apple ni pergi mana?

Kau tak setuju, kau unfriend je aku siap-siap. Aku malas nak berdebat. Sebab ni ruangan aku, aku punya suka nak tulis apa macam kau punya suka anjingkan orang sana sini sebab kau terpaling pejuang. Sebab aku tak suka benda tu maka aku sendiri akan unfriend. Dalam hal ni aku tolak setuju untuk tidak bersetuju.

Mungkin Islam kau tahap paling tinggi berbanding Islam orang lain.

Jadi level kita tak sama.

Fikir- fikirkanlah...

Baru ni yang di tangkap gara- gara serang orang ramai yang beli MCD rupa- rupanya ada banyak kes...see...bukan orang yang sepatutnya layak bersuara. Dengan positif dadah lagi...selamba je sound- sound oranag mengalahkan ornag yang di sound tu buat jenayah...orang tu xde pilihan...terpaksa beli sebab anak- anak dah kelaparan..kedai or mamak kehabisan makanan...sebagai ibu bapa, apa pilihan yang ada...SA share kat FB ada plak yang bergaduh kata taik politik la apa la...sedih betul..dikalangan followers SA pun ada macam tu...terus SA blocked dan unfriend...


16 comments:

  1. sy pun ada sorang kwn fb yang ckp pelahap la apa la ( kata2 yg tidak sopan) kpd mereka yg pegi mcd dan kfc. boikot ni bukan wajib cuma atas kesedaran sesama islam. boikot ikutla sekadar kemampuan kita. lps tu jgn nk paksa2 org lain ikut cara kita. yg terpaling boikot tu betul ke 100% boikot. ntah2 dlm rumah dia bersepah dgn barangan yahudi.

    ReplyDelete
  2. rasanya sebab kedai makan tutup time raya tu yg terpaksa beli. kami pun mujur depan rumah ada kedai buka raya kedua tu. balik dari penggebumian arwah mak sedara anak dah bising lapar. pusing2 mamak penuh sangat.mujur ada kedai melayu jual mi goreng lambak.

    ReplyDelete
  3. Bila dah sampai menyamakan dengan binatang, melampau sangat tu.

    ReplyDelete
  4. betul tu SA.. memang unfriend je org-org yg terpaling mcm tu..

    ReplyDelete
  5. betul kak, kita boikot mana boleh tapi jangan la melampau... tak payah sampai nak gelar2 org gini, kt tiktok banyak cerita gini kak, kadang kesian betul lah. Sebab terlampau terpaling rasa diri bagus buat org jd gini... abis yg hp, media sosial diguna tu compom ke bkn sokong isrhel? kita ni berpada-pada je dahla, jaga adab jaga tutur kata kita...

    ReplyDelete
  6. medsos nie pun ruang yang paling mudah dapat dosa dan pahala...
    sekarang nie, selalu menahan nafsu daripada menaip yang bukan2..

    ReplyDelete
  7. Betul SA, saya pun unfriend orang2 sebegitu. Melampau kan.

    ReplyDelete
  8. memang tak boleh extreme dlm apa jua hal pun

    ReplyDelete
  9. Melampau betul sampai gelarkan orang macam tu. Kalau dia terpaling boikot, silalah boikot semua yang berkaitan jangan guna dan jangan beli gitu.

    ReplyDelete
  10. Tak semua org ada kefahaman seperti apa yg sesetengah org itu faham. boikot produk israhell itu bagus atas support kita ke atas humanity - pembunuh rakyat gaza yg menggila. Tapi utk sedarkan org biarlah dgn berhemah bukan dgn terus mengata dan mencemuh..

    ReplyDelete
  11. Sebab tu saya dah jarang bukak medsos kecuali IG je tu pun sbb nak simpan gambar2 sebagai memori di IG. FB dah terlalu toksik bagi saya.

    ReplyDelete
  12. owh laaa... haritu ada nampak member share kat FB pasal orang yang samakan dengan binatang.. rupanya sekali bubuh gambar camtu.
    Allahu.. sampai begitu sekali.

    ReplyDelete
  13. setuju sgt kak.. boikot ni hak masing2..bukan boleh dipaksa2..
    kalau dah org tu x nak boikot ..biar la. bukan haram pun....

    ReplyDelete
  14. Sha pun ambil pendekatan macam akak.. Block atau unfriend je mereka yang toksik dan terpaling ini.. Kalau berdebat pun dia je nak menang jadi jalan yang ada block dan unfriend..

    ReplyDelete
  15. terkadang menjauh dari org sekeliling bukan sbb kita ni tak baik. tapi kita perlu jaga mental kita dari org-org mulut puaka.. Kita boleh pilih dengan siapa kita nak berkawan. ambil org2 yg positif saja..

    ReplyDelete
  16. Nak boikot tu tak salah , tapi sampai edit samakan manusia dengan haiwan ni Allahhuakbar .

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah