Tuesday, April 2, 2024

Resepi Mee Champa

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA adalah penggemar menu yang berasaskan mee, mee goreng, mee kari, mee sup, mee celup dan resepi kat bawah ni adalah Mee Champa. SA x tau la Mee Champa tu mee apa tapi SA perasan rupa parasnya macam mee celup. SA masih x pandai buat mee celup lagi..selalunya order jer makan kat kedai..ada satu kedai yang SA pernah makan mee celupnya sedap giler..tapi masa SA stay kat Sungai Buloh la...boleh dikatakan selalu SA makan kat situ..sekarang tak tau la wujud lagi ke tak kedai tu sebabnya SA pun dah pindah lama dah..2019 SA dah balik Seremban.

 Boleh dijadikan salah satu menu hari raya tak lama nanti..itupun kalau ada kerajinan..rsanya bab cuba mencuba ni memang SA suka..

Gambar 2 keping dan resepi ni kredit kat empunya resepi ye..korang kalau nak resepi boleh jer copy dari entry SA ni...


Sedap kan?


Yang ni guna kuew teow rasanya yang jenis kecik2 tu..


Resepi Mee Champa

Bahan  Kuah

  • 1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan 
  • daun ketumbar seikat
  • daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga lawang*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • gula
  • garam
  • perasa jika suka
  • serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging 


caranya

1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita .. 

caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.. 

2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih 

3.  Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.  rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2.. 

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..


SAMBAL LADA

4 biji lada merah (besar)*

20-30 biji cili api*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar cuka

sedikit garam


caranya

1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

MINYAK BAWANG PUTIH

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus 

1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ... 


AKSESORI LAIN

kuey teow, mihun,mee champa

daun ketumbar, daun sup, daun bawang

limau nipis

hirisan daging

minyak bawang putih

lobak asin yang dipotong halus

sambal lada

tauge

kicap

serbuk lada sulah/lada hitam

gula (tambahan jika suka manis)

sos ikan jika perlu

 

## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi


Kredit: FB Tahrunnisah Jali

Jom kita cuba jom...

17 comments:

  1. Saya pun suka menu mi² ni. Mi champa ni macam tak pernah makan kot. Nampak ringkas cara nak buatnya. Terima kasih share resipinya.

    ReplyDelete
  2. Owh... Champa.. ingat Campak-Campak....hehe

    ReplyDelete
  3. Kemain lama ye nak sediakan bone broth tu... pernah nmpk rakan blogger guna slow cooker utk sediakan bone broth ni, mgkn lebih cepat & jimat masa

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar mee champa tapi tak pernah jumpa apalagi makan.
    Nampak sedap juga tu SA.

    ReplyDelete
  5. Macam rupa mi celop dah. Kat kuantan ada mi calong pun sedap. Nanti akak pi kuantan cari la.

    ReplyDelete
  6. CCL kurang sikit dengan mee ni . Kalau nak makan pun cukup dalam kuantiti yang sedikit . Tapi kalau mee tu rasa pahit-pahit kapur tak celur tue memang lagi tak boleh makan terus

    ReplyDelete
  7. Pernah makan..betul, ada ala-ala mee celup..

    ReplyDelete
  8. sedap mee champa mcm mee celup tapi bagi dana sup dia lebih sedap ... lebih segar gitu

    ReplyDelete
  9. sedap tu mee campa..ala2 mcm mee celop

    ReplyDelete
  10. Sedapnya...kalau mee kuahnya sup memang suka.....mee kari je yang tak berapa suka.

    ReplyDelete
  11. my fav!! sama geng la SA dan MZ ie suka noodles

    ReplyDelete
  12. Ha ah la, lebih kurang macam mee celup. Saya pun tak pernah cuba mee champa lagi.

    ReplyDelete
  13. di KL ada jual mana ya kak :D.. tak mungkin saya buat sendiri kalo ini hahaha. tapi teringiiin lihat bentuknyaaa ^o^

    ReplyDelete
  14. Mee Champa ni seakan Pho Bo Mee sup Vietnam. Suka dua2 sebab Mee sup. Kita geng sup kan. Sedapnya la kalau dapat makan ni hari ni. Thanks kongsi resepi. Moga dapat cuba buat nanti. Take care.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......