Tuesday, April 23, 2024

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Favourite En Suami

Assalamualaikum...

Asam pedas merupakan makanan fav kebanyakkan orang ramai...masakan asam pedas ni sangat terkenal dia Johor dan Melaka..Asam Pedas juga merupakan makanan kegemaran suami SA. Tak kisah la ikan apa...tapi selalunya SA suka buat guna ikan pari atau ikan kembung yang gemuk- gemuk tu. Pernah juga buat guna ikan keli dan ikan siakap..pun sedapa gak...cuma kalau guna ikan pari selalu kena scam ngan ikan pari tu...sebabnya dapat rasa yang dh x fresh dan ada bau hancing...pernah buang seperiuk sebab x boleh makan ikannya. Ada bau hancing yang melampau...

SA masih x boleh bezakan Asam Pedas Johor dan Melaka...bahan semua sama aje..x tau apa yang membezakan asam pedas dari 2 negeri ni...ada sesiapa boleh bagi pencerahan? Tapi SA dah pandai la masak asam pedas...kalau suami mintak dah boleh la masak...

Jom tengok resepi yang SA guna dan SA rujuk dari FB....kredit gambar dan resepi kepada pemilik resepi ye...



RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

  1. Ikan boleh guna apa sahaja ikut citarasa
  2. Bunga kantan
  3. Bendi
  4. Daun kesum
  5. Tomato - belah
  6. 7-8 sudu makan pes cili - lebihkan jika suka pedas
  7. Air asam jawa @ pes asam jawa
  8. Garam, gula dan perasa secukupnya


Bahan kisar :

  1. 1-2 biji bawang besar - nak kuah pekat boleh guna lebih
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 1 inci belacan
  4. 1 hiris halia
  5. 1 hiris lengkuas
  6. Serai - dititik


1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar dan serai yg telah dititik. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.

3. Tambahkan air asam jawa dgn secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yg diingini.

4. Bila kuah mula mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut.

5. Masukkan hirisan tomato serta perasakan dgn garam, gula, secukup rasa.


Kredit Resipi & foto : Haslinda Hashim


12 comments:

  1. ldy kalau buat asam pedas xpernah menjadi... maka kite beli je lah ...

    ReplyDelete
  2. Sedap ni, SA. Saya bukan takat ikan. Ayam pun pernah masak asam pedas juga. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Last year bulan puasa rajin buat asam pedas. Kena lama tumis bahan2 kisar, 3x tambah air lepas tu baru tunggu pecah minyak (ikut petua CheNom). Tapi asben tak minat sangat asam pedas, anak2 pun tak berapa. So tahun ni tak buat dah huhu.

    ReplyDelete
  4. Woahhh warna asam pedas memang sangat tertarik, sedap sangat ni SA. Betul ikan pari ni bila dapat yg bau tak sedap, memang tak jadi masak langsung.

    ReplyDelete
  5. Asam pedas ni kalau orang buatkan sedap pulak...kalau masak sendiri macam tak berapa suka pulak.....

    ReplyDelete
  6. Asam pedas johor (mak mertua) guna daun kesum bunga kantan, asam pedas melaka (arwah ibu) ada tumis rempah dia guna daun kari

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni saya tak berani beli ikan pari. Kena scam jugak masa nak masak asam pedas. Anak sulung sebut nama pari pun dia tak nak dengar. Punyalah dia tak suka rasa ikan pari tu.

    ReplyDelete
  8. akak paling suka masak asam pedas ikan pari sebab kegemaran anak-anak.
    kalau dapat yang hancing memang spoilt huhu

    ReplyDelete
  9. Tengok gambar tu warna pun menggoda...
    Kalau SA masak...nak request sambal belacan sekali taušŸ¤­

    ReplyDelete
  10. Sedap ! . Rasa nak hirup-hirup kuah asam pedas tu .

    ReplyDelete
  11. Betuuul kak. Ikan pari ini kalo tak pandai pilih suka dpt yg tak segar.

    Saya sendiri sukaaa asam pedas. Di sumatera banyak menu asam pade kami sebut. Trutama di Padang . Kalo mama biasa pakai ikan pari. Pernah juga pakai ikan kembung, saya tak nak makan šŸ˜…. LBH suka pari

    ReplyDelete
  12. Saya pun tak dapat bezakan asam pedas Johor dan Melaka. Yang saya tahu, makan je. hihi..Dulu tak suka, sekarang dah jadi favourite. Bestnya kalau pandai masak asam pedas.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah