Sunday, April 14, 2024

Petang Raya & Malam Raya Kami

Assalamualaikum..

Petang raya tu suami sampai dalam.pukul 5 macam tu..ingatkan dia sampai malam...rupanya jalan x jammed langsung...SA x sihat kan...so suami la banyak tolong kemas-kemas rumah...takde apa yang nak dikemas pun...masa Mak Pah meninggal kami dh kemas...baju2 lama Mak Pah kami dah sorting out dan masukkan dalam plastik hitam untuk disedekahkan...mana yang boleh kami adik beradik pakai ..kami pakai..macam.kain batik, baju-baju kurung yang baru2 yang Mak Pah x sempat pakai..semua kami simpan untuk pakai...adik2 kalau balik x payah nak bawak banyak2 baju...t-shirt Mak Pah boleh guna..handbag2 yang mahal2 dan baru kami simpan..siapa nak pakai boleh pakai...mana handbag yang masih elok kami bagi kat mak2 saudara..diorang boleh pakai...


Suami siapa la rajin mengemop dan kemas2  rumah  ni..


Masa ni pergi isi minyak..nampak kaunter zakat masih buka..malam raya pun masih ramai yang bayar zakat fitrah


Suami kat Petronas...

SA sejak puasa dan sejak Mak Pah meninggal memang kurang selera makan..berat badan turun mendadak..ramai yang tegur...lepas tu demam plak..raya pun SA x selera makan..

Lepas isi minyak SA ajak suami pi dobi...sambil tunggu dobi kami lepak NKI BISTRO malam raya...ramai weyh lepak mamak malam raya...


Makan maggi kari...pun x habis...


Dua2 sepakat pekena nescafe O tarik


Suami jadi mangsa habiskan maggi


 minah muka demam dan batuk

Jahat tau batuk ni...SA dapat batuk yang jenis perit dan gatal tekak..selagi x batuk puas2 selagi tu x berhenti...bukan ada kahak pun...sakit uiii dapat batuk macam ni..

Kadang minum jugak air batu sebab nak hilangkan gatal tekak tu...

Esok dh kerja..Rabu nak amik anugerah Lobg Term Service Award...harap batuk ni bagi kerjasama la...

9 comments:

  1. Kalau gi kedai makan , makanan tak dihabiskan memang suami laa mangsa kena habiskan sampai licin . Hehehe ..

    Alhamdulillah barang² arwah makpah diberi pada adik beradik at least mereka pun boleh pakai yang mana padan . Tak laa membazir tersimpan saja dalam almri kanc

    Batu plus gatal tekak tanpa kahak nii perik SA .sekali batuk terus nak batuk dan batuk lgi

    ReplyDelete
  2. Nak raya hari tu memang jalan tak jem sgt.. Sebab ramai balik beransur2.. Dr sabtu, ahad, isnin, selasa..
    Dia batuk gatal kerongkong kan.. Moga cepat sembuh SA

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh nak garu kat kerongkong yang gatal tu kan.

    ReplyDelete
  4. Eid Mubarak Maaf Zahir Batin SA.

    I pernah lalui batuk teruk mcm tu masa haji . Sampaikan kami 1 bilik ni ada yg telan kicap (petua). Entah la.. tengok sama je tak de perubahan. Balik haji tu masih batuk lagi.. mmg "rezeki" la.. haha..sbb bleh dpt MC (masa tu I study).

    ReplyDelete
  5. aduii seksanya kalau batuk rasa nak tercabut habis urat2 perut

    ReplyDelete
  6. Sebab panas agaknya sekarang ni...demam batuk mudah hinggap

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ada encik suami yang boleh membantu. Seksa batuk macam tu. Dah merasainya awal puasa haritu. Semoga cepat baik dan semoga dipermudah urusan terima award nanti.

    ReplyDelete
  8. sama la...ayu pun banyak sedekahkan baju arwah dulu..ada jugak yg pas kat adik2 .. and sampin2 memang simpan utk Ian pakai

    ReplyDelete
  9. Ammi malam raya lepak rumah je sambil tunggu anak2 lelaki dan suami gi bertakbir. Abahnya nak ajar anak2 bertakbir dan rupanya malam raya tu je dah hampir 100 collection duit raya asbab bertakbir. Semoga murahlah rezeki tuan rumah yang bagi duit banyak2 kat orang takbir ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......