Tuesday, April 9, 2024

Mencari Persiapan Untuk Raya..

Assalamualaikum...

Pagi2 SA dh ke Pasar pasar dengan adik bongsu...rupanya pasar besar Seremban tutup hari ni untuk cuci..aduhai...terbantut nak mencari kelengkapan untuk raya esok...lupa plak pasar besar tutup setiap hari selasa...dapat beli Santan aje tadi 4 kilo..SA dengan tak sihat...masih demam dan batuk...gigihkan badan jugak mencari barang....ikutkan memang x selesa...tapi nak buat camne kan...selalunya macam tahun2 sblom arwah mak sakit..SA dan Pak Zain serta Mak Pah la orang yg awal2 dh sibuk kesana kesini..balik rumah terus masak plak...tapi semua tu jadi kenangan  aje..

Tahun ni kami beraya sederhana...sedih tu memang sedih tapi kita yang tinggal ni perlu meneruskan kehidupan...kena kuatkan semangat walau semangat kami dah hilang..syurga kami dah takde meraikan kegembiraan menyambut syawal..


Beratur beli santan


Adik bongsu dan husbandnya


Pergi plak pasar tani ampangan...pun xde apa..semua mahal..dapat beli daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit aje...sempatlah SA rakam suasana di Pasar Tani...





Cili api tu mahal benor..sepiring tu RM5




 Jumpa blogger Hazman Fadhil yg meniaga nenas MD2

Kami teruskan misi pencarian bahan-bahan  masakan di Family Store plak..nasib baik jumpa udang harimau dan harga murah...RM36.90 sekilo...



Sedang elok dan cantik udang harimaunya 



Lepas pergi Family Store kami terus ke Zemart plak nak mencari laksa , ikan untuk buat laksa dan keperluan lain..

Sampai rumah SA dh collapse  dh...terpaksa korbankan puasa lagi untuk makan ubat...tapi tu la x dapat jugak rehat sebab perlu siapkan bahan-bahan  untuk masakan ..

Korang dah sampai kampung?

Macam mana persiapan raya?


8 comments:

  1. Gemok2 serai tu haaa...
    Linda dekat ofis lagi nie, ptg kang baru gerak balik

    ReplyDelete
  2. betul SA, kita yang tinggal di perlu meneruskan kehidupan.. semalam kami melawat rumah baru Bak.. :(.. semoga arwah2 semua ditempatkan di kalangan insan terpuji.. ameeennnn

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat sampai di kampung dah, dan segala persiapan raya pun on the right track 🤲
    Kdg terpaksa tepis juga rasa rindu pd yg telah tiada khususnya ibu Ayah tercinta tp demi anak² dan ahli keluarga lain yg masih ada tetap kita usahakan agar semua gembira menyambut hari raya...

    ReplyDelete
  4. Selamat menyedia persiapan raya
    Tentu banyak yang nak dimasak nanti

    ReplyDelete
  5. Alamak, silap timing pulak. Patutnya bukaklah kan nak raya. esok barulah tutup dan cuti. Memang betul betul ikut jadual ni. Mujur tempat lain ada. Mahal cili api tu. Tapi dalam terdesak kadang beli jugalah. Hari last puasa mengemas di kampung pun macam tak larat. Tapi kutahan jugalah. Kalau sakit memudaratkan eloklah makan ubat kan. Alhamdulillah selamat sudah sampai di kampung.

    ReplyDelete
  6. Panjaaaang antrian yaaa. Dan pastilah harga naik kak. Di sini pun harga Chili blm turun. Padahal saya dan kluarga suka sangat pedas.

    ReplyDelete
  7. Dua tiga hari sebelum raya ni memang nak kemana pun penuh dengan orang ramai . Beratur juga kan

    ReplyDelete
  8. hari Selasa tu ammi tak keluar pun mencari barang sebab husband dah cari semua hari Isnin tu. Berapa hari kena ganti puasa tu SA?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......