Wednesday, April 24, 2024

Malaysia Bersedih Kehilangan 10 Wira Negara

 Assalamualaikum wrt..

Semalam...seluruh negara bersedih diatas kehilangan 10 wira negara dalam kejadian helicopter bertembung dan terhempas ketika menjalani latihan sempena Sambutan Hari Ulangtahun ke 90 TLDM

Justeru Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM dibatalkan, diganti majlis tahlil dan doa.

Innalillahiwainnailaihirojiun buat mangsa yang beragama islam dan rest in peace buat mangsa yang bukan beragama islam..semoga roh semuanya bersemadi dengan tenang...


Tragedi 2 helikopter terhempas 

Inilah wajah mereka yang terkorban…


Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang:

1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503.

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna


Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:

1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502.

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan, dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi tadi.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.


Salam Takziah buat semua keluarga yang terlibat...


Kredit info : BH Online

8 comments:

  1. terkejut dengar berita nie semalam..
    semoga keluarga mangsa tabah mengharungi dugaan..aamin

    ReplyDelete

  2. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
    وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

    ReplyDelete
  3. Turut berdukacita bila dengar perkhabaran sedih ni . Allahuakbar . Salam takziah untuk semua ahli keluarga mangsa .

    ReplyDelete
  4. Ternampak videonya berlanggar di udara kemudian jatuh.....moga mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Rakyat Malaysia turut berdukacita.

    ReplyDelete
  5. sedey sgt masa mula2 tahu psl tragedi ni semlm

    ReplyDelete
  6. Moga segala urusan dipermudahkanNYA.
    Moga mental dan fizikal family arwah kuat walau dah tak sekuat mana.

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

    ReplyDelete
  7. Beritanya sampai ke Indonesia. Ikut berdukacita sekali. Sedih sangat tiap kali dengar kecelakaan terbang seperti ini :(

    ReplyDelete
  8. Inna lillahi wa inna ilahi raji'un
    Turut bersedih. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......